Boleh tak admin jelaskan berapa panjang leader yang sesuai untuk teknik casting?
JAWAPAN:
Untuk teknik casting sama ada menggunakan kekili menegak atau mendatar, saya amalkan satu kaedah berdasarkan jenis leader yang digunakan.
Sekiranya menggunakan leader tangsi atau monofilament, saya akan lebihkan panjang leader sehingga ke dalam spool kekili.
Ads
Sebaliknya jika menggunakan leader fluorocarbon, saya akan pastikan leader panjang leader tersebut tidak sampai ke dalam spool. Memadai panjang leader sama panjang dengan joran atau dari tip hingga cincin pertama saja.
Alasannya cukup mudah. Sebagaimana yang kita tahu, leader fluorocarbon agak keras berbanding leader monofilament.
Atas faktor tersebut, leader fluorocarbon tidak tergulung dengan kemas di dalam spool. Sebaliknya leader monofilament yang lebih lembut boleh disusun dengan sempurna di dalam spool.
Ads
Leader fluorocarbon yang berlebihan di dalam spool akan mengganggu proses kelancaran pengeluaran tali dari spool ketika proses balingan gewang. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan berlakunya masalah sarang burung atau birdness.
Pasa asasnya, peranan leader adalah untuk menyerap sentapan mengejut yang boleh menyebabkan mata kail menjadi lurus atau kerosakan pada terminal tackle yang lain.
Ads
Oleh yang demikian tidak perlu menggunakan leader yang terlalu panjang. Pada saya memadai sepanjang 1meter saja sudah sesuai sama ada leader monofilament mahupun fluorocarbon.
Saya baru berjinak-jinak dengan teknik memancing slow jigging. Boleh tak admin bagi cadangan setup ekonomi untuk kekili, joran, tali dan jig?
JAWAPAN:
Tahniah di atas keinginan saudara untuk meluaskan lagi skop memancing. Sebenarnya belum terlewat, malah inilah masa yang sesuai untuk mencuba teknik pancingan slow jigging.
Untuk pengetahuan saudara, ketika teknik slow jigging mula menjadi ikutan pemancing di Malaysia sekitar penghujung tahun 2014 dahulu, antara cabaran bagi pengamal aktiviti ini kesukaran untuk mendapatkan peralatan khusus untuk pancingan slow pitch jigging.
Terutamanya joran dan jig itu sendiri. Dua item inilah yang menjadi nadi utama skop jigging perlahan.
Kedua-dua item ini bukan sahaja sukar untuk diperolehi malah harganya harganya amat tinggi. Namun, hari ini sudah banyak syarikat pancing menghasilkan produk ini.
Malah produk klon atau oem sudah melempah di pasaran dengan harga di bawah paras ekonomi. Oleh yang demikian, saya tidak nampak di mana kesulitan untuk anda mendapatkan setup ekonomi.
Cuma, saya tidak pasti status ekonomi pada anda itu berada pada tahap bagaimana. Jika setup ekonomi pada anda dalam lingkungan harga di bawah seribu ringgit, saya percaya ia tidak mendatangkan sebarang masalah untuk memilikinya.
Saya teringin nak try mancing haruan tapi tak pandai nak main casting. Saya nak mancing cara biasa-biasa saja tapi tak nak guna katak. Geli dan kesian kat katak tu. Jadi, ada tak umpan lain yang boleh digunakan selain katak?
JAWAPAN:
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa katak adalah umpan yang paling kerap digunakan untuk memancing haruan. Katak dikatakan umpan paling yang efektif dan murah untuk menjerat spesies snakehead ini.
Namun, tidaklah bermakna hanya katak saja yang akan disambar oleh kerana bukan hanya katak sahaja yang merupakan diet utama haruan.
Sebagaimana dinyatakan dalam ruangan Info Spesies bagi haruan, katak bukanlah diet utama haruan. Sebaliknya katak hanyalah rantaian makanan sebagaimana ia memakan amfibia, reptilia, serangga atau haiwan-haiwan akuatik lainnya.
Hanya kerana katak ini lebih mudah ditemui oleh pemancing untuk digunakan sebagai umpan berbanding diet utama haruan.
Oleh yang demikian, haruan juga boleh dipancing dengan menggunakan kaedah umpan hidup yang lain seperti cicak, belalang, anak ikan, udang dan cengkerik. Sementara umpan umum yang banyak digunakan selain katak ialah cacing.
Saya sendiri pernah berpengalaman memperolehi haruan dengan menggunakan umpan cacing, walaupun tujuan sebenar adalah untuk memancing ikan lain. Tetapi ia sudah cukup membuktikan bahawa cacing boleh digunakan untuk memancing haruan.
Sedikit tip yang boleh dikongsikan, cubalah cangkuk 3-5 ekor cacing pada mata kail. Jumlah cacing yang banyak ini lebih cepat menarik perhatian haruan berbanding hanya menggunakan seekor saja. Selamat mencuba!
Sebelum ini, boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengambil soal sangat jumlah ball bearing atau galas bebola yang digunakan dalam sistem kekili. Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja.
Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni. Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.
Ball bearing yang dimaksudkan ialah jumlah galas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili. Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
Ball bearing tu untuk apa? Ia bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.
Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.
Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Begitu pun, ball bearing boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...