Berikutan hasil trip memburu sebarau belang tunggal atau Hampala microp.. di Empangan Banglang, Thailand yang memberangsangkan awal Disember tahun lalu, komlpot susulan segera dirancang oleh sebahagian ahli trip.

 

Trip susulan yang dilangsungkan awal Februari lalu bolehlah dianggap trip dinaik taraf dalam banyak aspek.

Jumlah ahli trip dari 14 orang kepada 20, 2 hari 1 malam kepada 3 hari 2 malam dari sekadar memancing dari kawasan pinggir tasik Empangan Banglang, kami pergi lebih jauh ke hulu sungai pergunungan, Taman Negara Hala.

Tak ketinggalan situasi yang paling berbeza ialah paras air tasik Empangan Banglang. Sekurang-kurangnya 6 kaki paras air tasik meningkat berikutan musim hujan di sana.

 

Komplot Hampala Hala Bala
Lesen jenjulong air tawar

 

Nama Hala Bala merujuk kepada 3 bukit yang menjadi sempadan pemisah negara Thailand dan Thailand. Bukit Hala, Bukit Bala dan Bukit Belum.

Malah berkongsi punca air yang sama dari Bukit Belum. Di Thailand, air dari Bukit Belum mengalir turun ke Empangan Banglang dan di sebelah Malaysia ia turun ke hutan Royal Belum dan masuk ke Tasik Temenggur.

 

Perjalanan dengan boathouse dari pengkalan ke Taman Negara Hala Bala memakan masa hampir 5 jam. Manakala dengan bot pancung pula sekitar 2 jam.

Tentu saja kami seramai 20 orang menaiki 10 buah bot pancung sambil mengilat apabila menemui spot berpotensi di sepanjang perjalanan.

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Saya dan Anhar masih menggunakan khidmat tekong yang pada trip lalu mengambil keputusan untuk tidak pulang ke boathouse untuk makan tengah hari, menghala terus ke salah sebuah hulu sungai di Hala Bala.

Dalam perjalanan ke Hala Bala ini, diberitakan hampir separuh ahli trip sudah pun memperoleh dan memperbaharui lesen sebarau Banglang.

IKLAN

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Sekitar jam 2.00 petang, kami tiba di lubuk cetek hulu sungai. Tak menunggu lama Anhar memperbaharui lesennya.

Gewang selaman dalam yang dikatakan kurang berkesan di sini ternyata membuktikannya salah. Namun untuk kekal lama di lubuk berpotensi ini agak sukar berikutan tiupan angin yang agak kuat.

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Kami kemudian beralih ke Sungai Hala. Sungai utama yang mana di bahagian hulunya terdapat pos tentera Thailand mengawal sempadan.

Namun kami sekadar memancing di muka kuala sungai yang masuk ke tasik sahaja. Setelah angin reda barulah kami dapat menduga lubuk Tanjung Seladang yang dilimpahi air.

 

Kawasan rumput kangkung yang baru ditenggelami air menjadi bonus kepada kami. Kesilapan kami tidak menyelitkan seketul dua jumpfrog. Jika ada jumpfrog pasti lagi lebih dari 10 ekor sebarau yang kami daratkan.

IKLAN

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Selesai sesi hari pertama menyaksikan hanya beberapa orang saja ahli baru yang masih gagal memperoleh lesen.

Namun majoriti ahli trip sudah berpuas dengan hasil hari pertama. Lebih memuaskan hati hasil diperoleh dengan penggunaan gewang permukaan yang merupakan sesuatu yang makin sukar untuk diperolehi di padang pancing sendiri.

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Berikutan peningkatan paras air tasik dan lokasi yang sedikit asing bagi kebanyakan tekong, serta radius lubuk-lubuk berpotensi agak terhad, ahli trip perlu menggunakan pengalaman memancing sendiri bagi membantu tekong.

Namun, sebelum rehat makan tengah hari kesemua ahli trip sudah boleh tersenyum sampai ke telinga sambil bercerita hari masing-masing.

 

IKLAN

Komplot Hampala Hala Bala

 

Hari ketiga yang merupakan hari terakhir, kami lebih santai memancing sambil bergerak pulang ke jeti.

Sambil bergerak pulang kami berhenti seketika di mana-mana spot yang difikirkan berpotensi.

Memancing tanpa sebarang tekanan ternyata membuahkan hasil yang lebih baik. Banyak sebarau bersaiz kasar sehingga menjangkau saiz 2kg yang didaratkan.

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Saya dan Anhar pula akibat terlalu santai hampir-hampir kumpau sehinggalah di penghujung waktu sebelum tiba di jeti barulah menjadi.

Sayangnya waktu sudah di penghujung hari apabila bertemu dengan gerombolan sebarau yang bermukim di suatu teluk.

 

Komplot Hampala Hala Bala

 

Setelah kembali ke jeti dan bergerak ke sempadan, kami sempat mengumpul dan membahagikan hasil tangkapan.

Walaupun banyak saiz sebarau kecil dilepaskan kembali, sekurang-kurangnya 150 ekor juga yang dibawa pulang ke Malaysia.

Ketika dalam perjalanan pulang dan belum pun melepasi sempadan, khabarnya sudah ada komplot dirancang oleh di kalangan trip untuk kembali lagi ke Hala Bala ini.

 

Komplot Hampala Hala Bala
Hasil kami yang diviralkan dengan tuduhan mengaran ikan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI