Kolam pancing komersial air tawar semakin hari semakin meninggalkan konsep kolam pancing konvensional. Konsep membawa pulang hasil pancingan yang suatu ketika dahulu menjadi satu kebanggaan para pemancing bagaikan tidak menarik minat pemancing generasi baru. Justeru konsep pancingan tangkap dan lepas pula diperkenalkan.

 

Sama ada mengamalkan sistem bayar balik ikan, sistem ranking atau tabung jackpot sebagai pulangan kepada pemancing, ternyata konsep ini paling banyak dipraktikkan.

Apabila ikan-ikan berstatus game fish mula diperkenalkan, sedikit demi sedikit konsep sport fishing mula mendapat tempat. Dan konsep sport fishing ikan-ikan game fish inilah yang cuba diterapkan sepenuhnya oleh pengurusan kolam Senwell Fishing Park.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Khas Kaki Casting

 

Senwell Fishing Park yang terletak di Kamunting, Perak ini beroperasi pada bulan Ogos 2014 yang lalu. Sebuah ladang berkeluasan 6 ekar di dalam kawasan ladang sawit ini suatu ketika dahulu merupakan tapak ternakan ikan kelisa.

Namun, apabila kelisa mula merudum nilainya di pasaran, kolam-kolam ternakan yang ada diubahsuai dan di naik taraf menjadi kolam memancing.

IKLAN

 

Sebagai seorang kaki pancing yang meminati sport fishing, Encik Teoh berusaha menjadikan Senwell Fishing Park sebagai kolam pancing game fish. Atau dalam erti kata lainnya menyediakan kolam khusus untuk kaki-kaki casting.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Khas Kaki Casting

 

Senwell Fishing Park boleh diiktiraf sebagai kolam air tawar khusus untuk pengilat atau kaki casting kerana 2 daripada 3 buah kolam yang ada dikhususkan untuk casting menggunakan gewang sepenuhnya. Malah kolam utama yang berkeluasan 590 kaki panjang dan 234 kaki lebar dengan kedalaman sehingga 12 kaki turut sama dibenarkan untuk casting.

 

IKLAN

Namun keselesaan para pemancing, bahagian kolam berdekatan dengan kaunter dikhususkan untuk pancingan bottom sementara untuk casting pula di bahagian hujung kolam secara berhadapan dengan pemancing bottom.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Khas Kaki Casting

 

Sementara 2 kolam lagi adalah kolam khas untuk casting menggunakan gewang. Dan dari 2 buah kolam casting ini, satu daripadanya adalah kolam toman. Tambah menarik, kaki casting bakal berpeluang untuk mengilat spesies temensis yang sedang dalam proses tumbesaran dalam sebuah kolam khas yang belum dibuka untuk pancingan.

 

IKLAN

Dengan 28 jenis spesies dan anggaran jumlah berat 20 tan, sememangnya kolam Senwell Fishing Park ini harus dikunjungi. Antara spesies game fish yang ada; pla buk atau patin Mekong sehingga berat 33 kg, Chao Phraya Catfish sehingga 28 kg, arapaima sehingga 20 kg, Amazon redtail catfish melebihi 20 kg, aligator gar melebihi 15 kg dan patin tempatan yang merupakan penghuni lazim kolam-kolam pancing juga mencecah belasan kilogram.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Khas Kaki Casting

 

Ikan-ikan berstatus eksotik atau sukar diperoleh di kolam lain turut ditempatkan seperti siamese carp, tiger catfish, black ear catfish, black devil catfish, wallago leer atau tapah, temoleh, asian redtail catfish, spotted featherback atau belida bintik, tarpon dan ikan-ikan lazim seperti pacu, tongsan, karak dan keli.

 

Faktor kolam yang mendapat sumber air bersih dari air bukit ini telah menjadikan penghuni-penghuni kolam ini sentiasa aktif dan bertenaga untuk memberikan tentangan kepada pemancing. Yuran dan peraturan memancing di Senwell Fishing Park juga bersifat mesra pemancing.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Khas Kaki Casting

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI