Masih lagi meriah dan sensasi!, itu telahan saya apabila saya melayan penghuni-penghuni kolam Damai Fishing Village, Kampung Danga, Perling, Johor Bahru sewaktu kunjungan saya awal Disember lalu, meskipun landskap kolam ini telah berubah hampir 100 peratus.

 

Menurut pemiliknya, Aziz Sadikin, kolamnya telah mengalami perubahan dan berganjak sedikit lokasinya kerana tanah rizab berkenaan telah diambil kerajaan bagi memberi laluan untuk dibangunkan.

 

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Wajah baru

Secara amnya, terdapat 5 buah kolam di Damai Fishing Village ini, iaitu Kolam A&B (jenahak, GT, siakap, siakap merah, bawal dan lain-lain), Kolam C (GT, siakap, tun, kerapu harimau), Kolam C+ (GT, siakap, kerapu harimau), Kolam D (tun, kerapu harimau) dan sebuah kolam air tawar.

 

Bagi Kolam A&B, ia adalah kolam pancingan harian dan juga jackpot. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 2 pagi dan 9 pagi hingga 6 pagi pada hari Khamis –Sabtu. Caj pancingan yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu RM70 untuk pancingan 5 jam.

 

Sewaktu kunjungan saya ke kolam ini, kolam yang terletak berhadapan kaunter masuk ini baru sahaja dalam proses dicuci semula dan sedang menunggu hari untuk dirasmikan (14 Disember) selepas kali pertama ia mula beroperasi pada 6 Julai 2014 yang lalu.

 

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Kolam ini, masih lagi mengekalkan idea gila-gila dengan menawarkan pelbagai hadiah seperti jackpot mingguan dan sistem lucky draw berupa wang tunai, menang peralatan memancing, baucer makan minum, pembelian umpan dan baucer memancing percuma, pusing roda impian, member card, diskaun khas untuk OKU selain menawarkan ‘tapau’ satu kolam jika ada permintaan untuk aktiviti sukan syarikat.

 

IKLAN

Kolam Tun

Bagi yang ingin merasai bagaimana kuatnya kudrat tun (nama panggilan untuk kerapu naga) Kolam D ialah jawapannya. Dengan kadar sewaan RM600 selama 3 jam untuk maksimum 7 orang pemancing dalam satu-satu masa, anda berpeluang dibuli ‘kaw-kaw’ dan mampu berputih mata sekiranya tidak mampu menahan asakan tun menyelinap masuk ke celah tiang atau jerumunnya.

 

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Untuk masuk ke sini, perlulah membawa set yang sesuai. Namun jika tidak ada, usah bimbang kerana, pihak kolam telah pun menyediakan set pancing yang sesuai dan anda boleh meminjamnya. Seorang khidmat guide akan menyediakan menyediakan umpan, tunjuk ajar dan khidmat menaikkan ikan.

 

Kolam C & C+

Memandangkan kunjungan saya ke kolam ini singkat dan sehari sahaja kerana ada tugasan lain, saya dan beberapa rakan yang lain telah memilih untuk mencuba Kolam C dan C+ yang terletak saling bersebelahan sahaja.

 

Masa pancingan juga agak terhad disebabkan awal pagi semasa kami menjejakkan kaki, hujan turun dengan terlalu lebat sekali gus menyebabkan sesi pancingan tertangguh agak lama.

 

IKLAN

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Selepas hujan reda, kami mencuba terlebih dahulu Kolam C+ dengan teknik casting adalah pilihan utama sebelum teknik bottom terutama mencari lesen tun dan kerapu dipraktikkan. Pencetus pancingan ultralight, Kanicen Nix orang pertama apabila mendapat strike GT menggunakan produk soft plastic miliknya, sebelum rakan-rakan seperti Rocker Din dan saya turut mendapat strike spesies yang sama dan juga siakap.

 

Dengan konsep catch & release, kolam ini amat sesuai untuk pancingan bersama rakan, keluarga dan juga tempat untuk melatih dan memberi ‘karan’ kepada orang baru yang mula-mula berjinak dengan hobi ini.

 

Kos yang dkenakan untuk kolam ini adalah RM550 untuk pancingan tiga jam bagi tujuh orang. Tambahan peserta akan dikenakan caj RM50 sahaja. Manakala untuk kolam C yang lebih besar sedikit dari Kolam C+, caj yang dikenakan RM550 untuk tempoh yang sama dan caj tambahan yang sama jika pertambahan peserta.

 

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Puas bergasak di Kolam C+, saya mencuba pula di Kolam C. Di kolam ini, Damai Fishing Village ada melepaskan tun dan juga kerapu harimau yang saiznya lebih kecil dari Kolam D.

 

IKLAN

Namun untuk menarik spesies pemalas ini keluar dari jerumunnya selepas ia memakan umpan bukan kerja senang. Struktur tiang pelantar yang terdapat di kolam ini adalah talian hayatnya anda perlu segera menarik ia keluar jika tidak mahu berputih mata.

 

Kolam air tawar

Terdapat sebuah kolam air tawar dan di dalamnya terdapat pla buk, red tail, pacu, talapia, haruan dan siakap air tawar. Namun, tarikan utama kolam ini sudah tentulah seekor arapaima gigas yang beratnya mencecah 120kg.

Caj yang dikenakan pula adalah RM350 selama empat jam untuk lapan orang pemancing. Ia adalah variasi kepada mereka yang inginkan kelainan bertandang ke kolam ini.

 

Terpulang kepada anda, untuk mencuba kolam yang mana satu. Di sini tersedia pelbagai kemudahan asas seperti kaunter jualan umpan, kedai makan, ruang untuk solat, parking yang luas.

 

Bagi mereka yang gemar mencari tempat makan yang best, anda bolehlah mencuba hidangan di Damai Seafood Village. Apa yang pasti kolam pancing ini masih mengekalkan reputasi kolam pancingan terbaik di selatan tanah air.

 

Kolam Damai – Kolam Air Masin Terbaik Johor

 

Pertanyaan:

Aziz Sadikin Mohd Mandak 012-7271678

Facebook: Damai fishing village

(*hubungi kolam untuk pakej terkini)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI