Percaya atau tidak kaedah slow pitch jigging memang satu kaedah yang menyeronokkan dan sebenarnya banyak ikan akan lebih mudah terjerat dengan kaedah ini. Slow pitch jigging adalah kaedah yang mampu memperdayakan pelbagai jenis spesies ikan dari ikan game fish sehingga ikan dasar. Kaedah ini juga amat praktikal untuk pelbagai jenis mood ikan iaitu bukan sahaja ketika ikan sedang aktif, tetapi juga ketika ikan kurang aktif.

 

Para pemancing perlu tahu, Ikan bukanlah aktif sepanjang hari. Malah, di kebanyakan tempat, masa aktif untuk ikan berlangsung kira-kira 2 hingga 3 jam sahaja pada satu-satu masa. Ia berlaku beberapa kali sehari atau semasa air pasang dan surut.  Jadi, jika anda tidak mahu untuk bersiar-siar di sekitar laut sepanjang hari mencari ikan yang aktif, anda perlu tampil dengan sesuatu yang berbeza.

 

Jadi bagaimana kita memancing apabila ikan tidak aktif? Slow pitch jigging adalah satu idea dan kaedah yang berkesan untuk menjerat ikan pada masa ia tidak begitu aktif.

 

Kitab Mantap Teknik Jigging Perlahan!!

 

IKLAN

Pemangsa sentiasa mencari sasaran mudah untuk makan. Lebih mudah, lebih baik baginya. Ia satu naluri. Perhatikan seekor ikan umpan yang tercedera. Bagaimanakah pergerakannya. Ikan yang tercedera akan membuat pergerakan rawak. Teknik slow pitch jigging adalah meniru pergerakan ikan tercedera ini.

 

Jadi kita perlu membuat karauan dan henjutan joran dan berhenti beberapa saat, dan dalam arah yang tidak teratur dan jatuhkan jig ke bawah selepas beberapa karauan.

 

Dalam ekosistem laut, ikan yang terus ke bawah dasar adalah tanda kelemahan, sama ada ia tidak dapat berenang atau ia mencari perlindungan untuk bersembunyi. Jadi inilah dia kaedah slow pitch jigging untuk menjerat dan menggoda ikan.

 

IKLAN

Kitab Mantap Teknik Jigging Perlahan!!

 

Slow pitch jigging bukan sekadar dengan karauan perlahan tetapi ia adalah urutan yang bersambungan berhenti dan jatuhkannya ke dalam dasar. Tempo yang sangat perlahan perlu dimainkan berbanding gaya konvensional jigging.

 

Pada masa anda melakukan karuan, joran akan melentur dan jig akan akan memecut naik ke atas dengan satu karauan, 1/2 atau 1/4 karauan. Anda bolehlah henjut joran sedikit atau tidak, atau melakukan kedua-duanya dengan berselang kali.

IKLAN

 

Selepas karauan dan henjutan, anda perlu berhenti dan memegang rod. Pada ketika itu joran akan menyokong, melepaskan kuasa dalam tindakan supaya jig dilambung bebas ke tepi. Keseimbanganan jig ke tepi dan bergerak dalam kedudukan mendatar seketika. Ketika ini anda perlu bersedia kerana ini adalah waktunya pemangsa mengejar dan membaham jig.

 

Kitab Mantap Teknik Jigging Perlahan!!

 

Anda boleh menukar semua jenis tindakan yang berbeza untuk joran, kelajuan, karauan, irama, masa dan kombinasi semua jenis. Anda tidak akan tahu apa yang menyebabkan ikan untuk bertindak balas terhadap jig anda. Tetapi pada dasarnya, mereka yang jigging perlahan apabila jig dalam keadaan kedudukan mendatar, dan sedang jatuh ke bawah akan mendapat paling banyak sentapan daripada ikan.

 

Dalam erti kata lain, slow jigging adalah untuk memaksimumkan saat-saat jig berenang bebas dan membiarkan ia berenang sendiri dan biarkan ia jatuh. Kaedah ini telah mencapai keputusan yang luar biasa dengan semua anak-anak ikan, kerapu, jenahak dan lain-lain mudah terjerat dan juga tidak ketinggalan juga ikan-ikan game fish.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI