Telur Berkhasiat Tinggi

Telur terubuk mengandungi tenaga 425 kalori, protein 31gram, karbohidrat 10 gram, lemak 28 gram, kalsium 50 mg, fosfor 100 mg, dan zat besi 2 mg. Selain itu di dalam telur terubuk juga terkandung vitamin A sebanyak 600 IU dan vitamin B1.

 

Khasiat Ikan Terubuk Sebanyak Tulangnya!!

 

Kaya Protein

Di dalam ikan terubuk terdapat kandungan protein yang tinggi. Protein tersebut mampu membekalkan keperluan kebutuhan protein seseorang yang ingin membina otot di dalam tubuh. Jadi, apabila ingin memiliki tubuh ideal dan padat berotot, maka pengambilan ikan ini merupakan salah satu penyelesaian  yang tepat.

 

Mengubati Otitis

IKLAN

Otitis adalah peradangan telinga bahagian luar. Radang telinga dikategorikan berdasarkan lokasi tempat terjadinya peradangan. Apabila jangkitan terjadi di liang telinga bahagian luar maka diklasifikasikan sebagai otitis eksternal.

Kejadian otitis eksternal berlangsung dari peradangan ringan sampai parah yang dikenali dengan otitis nekrotikan eksternal. Ia berlaku disebabkan peluruhan sel kulit yang normal pada saluran telinga bahagian luar pada kondisi kelembapan yang tinggi dan temperatur yang panas. Cubalah manfaatkan ikan terubuk kerana dapat mengubati otitis.

 

Kaya Vitamin B12

Kandungan vitamin B12 juga dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi tubuh manusia. Vitamin ini sangat berguna untuk membuat tubuh kita lebih bertenaga, dan tidak mudah lelah, letih serta lesu dalam menjalankan aktiviti harian. Dalam seekor ikan terubuk dapat memenuhi 45% keperluan vitamin B12 kita.

 

Khasiat Ikan Terubuk Sebanyak Tulangnya!!

IKLAN

 

Mempercepat Proses Penyembuhan Luka

Ikan terubuk merupakan ikan yang kaya akan omega 3. Kandungan omega 3 yang terdapat pada ikan terubuk sangat baik untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pasca pembedahan. Jadi jangan ragu lagi untuk memakan ikan ini.

 

Kaya Fosfor

Fosfor yang terdapat pada ikan terubuk tergolong tinggi kandungannya. Fosfor bermanfaat dan berkhasiat untuk memberi tenaga dalam metabolisme lemak dan pati, oleh karena itu hal tersebut mampu menunjang kesihatan gusi, tulang dan gigi, serta dapat membantu sintesis DNA.

IKLAN

 

Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi sangat berbahaya bagi tubuh kita dan dapat menyebabkan kematian. Untuk itu cubalah manfaat ikan terubuk yang mampu menurunkan tekanan darah, kerana di dalam ikan tersebut terdapat aid lemak omega 3 yang berfungsi untuk membantu menurunkan tekanan darah. Selain itu juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit, terutama dari ekzema dan dermatitis, serta dapat membantu dalam pembentukan otak.

 

Khasiat Ikan Terubuk Sebanyak Tulangnya!!

 

Mendorong Pembentukan Tulang dan Gigi

Mineral fosfor yang terdapat dalam ikan terubuk merupakan mineral yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan mineral fosfor boleh menyebabkan tulang reput yang pada akhirnya dapat mengalami kelumpuhan jika kekurangan zat mineral ini. Mineral fosfor berperanan aktif pada pembentukan tulang dan gigi.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI