Mencerahkan kulit.

Kulit liat ikan ini mengandungi banyak kolagen yang sangat diperlukan kulit manusia agar menjadi halus dan mulus.

Kandungan vitamin C, D, dan E dalam kulit ikan dengkis juga dapat membantu mencerahkan kulit yang hangus dibakar ketika memancing.

 

Menyihatkan mata.

Mata yang sihat ialah mata yang terhindar dari rabun jauh dan rabun dekat. Oleh sebab itu mata sangat memerlukan vitamin A.

Kandungan nutrisi ini dapat anda temukan dalam daging ikan dengkis. Jadi, jangan ragu-ragu memakan ikan dengkis.

 

Bagus untuk ibu hamil.

IKLAN

Kandungan lain dalam ikan dengkis ialah asid amino dan asid folat. Asid amino dapat membantu perkembangan otak janin sehingga mencegah bayi cacat kelahiran. Asid folat membantu keperluan janin agar membesar menjadi bayi yang riang dan cerdas.

 

 

Meningkatkan selera makan.

Kandungan terkuat dalam ikan dengkis dalam menambahkan selera makan ialah vitamin B1, Omega-3 dan zinc. Kandungan ini dipercaya untuk mengembalikan nafsu makan seseorang. Terutama bagi yang baru sembuh dari sakit.

 

IKLAN

Membangitkan tenaga

Ikan dengkis mengandungi kalium yang tinggi. Dalam unsur periodik, Kalium memiliki simbol K. Kalium inilah yang berfungsi sebagai pembangkit tenaga pada tubuh yang nantinya akan bekerjasama dengan mineral lain seperti Natrium.

 

Penyembuh luka.

Salah satu zat yang terkandung dalam ikan dengkis susu ialah Polyunsaturaed Fatty Acid (PFA) yang dikenal sebagai lemak yang baik.

Lemak ini membantu mengikis plak-plak kolesterol jahat yang menempel di dinding pembuluh darah manusia.

IKLAN

Polyunsaturaed Fatty Acid juga berfungsi sebagai zat pembentuk membran sel, yang dapat membantu sembuhnya luka secara cepat.

 

Mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh.

Vitamin B yang sangat banyak dalam ikan dengkis bermanfaat mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh manusia. Jika kadar cairan dalam tubuh manusia terlalu banyak maka akan terjadi pembengkakkan.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI