Status ikan alien atau pendatang adalah merujuk kepada spesies ikan yang dibawa masuk atau diperkenalkan ke habitat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kebanyakan kita beranggapan ikan pendatang merbahaya, namun tidak kesemuanya mempunyai kesan negatif.

 

Perlu diingatkan tujuan diperkenalkan pada peringkat awal semua bertujuan positif. Yang tinggal hanyalah bagaimana pengawalan itu dilakukan terhadap spesies yang dibawa masuk.

 

Rohu

Ikan rohu diperkenalkan di perairan negara kita sebagai sumber makanan. Bagi aktiviti pancingan sukan, ikan rohu juga diklasifikasikan sebagai antara ikan popular terutama di kolam-kolam dan lombong.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Spesies ini dikatakan tidak mempunyai rekod yang menunjukkan ancaman yang tinggi kepada ekosistem, jadi kebanyakan kolam-kolam pancing berbayar menggunakan spesies ini sebagai antara spesies utama di kolam mereka. Ikan ini menjadi pilihan kerana ia mudah dibiakkan secara komersial.

 

Bighead Carp

Ikan kap kepala besar ini merupakan spesies natif di China. Spesies ini diperkenalkan ialah bagi tujuan sektor akuakultur. Spesies ini juga diperkenalkan bagi kawalan biologi kerana kemampuannya mengawal pertumbuhan melampau fitoplankton.

 

Secara negatifnya pula, spesies ini berkeupayaan untuk menurunkan bilangan diversity natif atau asal akibat pengurangan zooplankton yang melampau lantas mengubah jaringan pemakanan sesuatu ekosistem.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

IKLAN

 

Selain itu, spesies ini juga berpotensi mengancam spesies tempatan kerana pembawaan dan penyebaran penyakit Salmonella typhimurium.

 

Common Carp

Ikan likoh ketika awal diperkenalkan bertujuan sebagai sumber makanan dan protein. Ikan likoh telah diternak selama 2500 tahun dahulu merupakan spesies yang popular sebagai ikan hiasan dan sebagai ikan buruan pemancing. Ikan likoh juga merupakan spesies ketiga yang paling popular diperkenalkan ke habitat baru.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Namun sifatnya yang sering membalikkan sedimen di dasar dan mencabut makrofit akuatik boleh mengakibatkan perubahan ekosistem dan memberi kesan kepada spesies tempatan. Ikan kap, koi atau lee koh merupakan antara spesies cyprinid terbesar dalam keluarga cyprinidae.

 

Grass Carp

 

IKLAN

Kap rumput merupakan antara cyprinid yang besar dalam keluarganya. Awalnya, spesies ini diperkenalkan sebagai salah satu sistem kawalan biologi kerana ia memakan tumbuhan akuatik.

 

Oleh kerana sifat pemakanannya yang rakus, kap rumput juga mampu memakan semua tumbuhan akuatik lantas menyebabkan masalah pada ekologi habitat.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Selain itu, spesies ini juga akan bersaing dengan spesies tempatan selain membawa parasit seperti Asian tapeworm (Bothriocephalus opsarichthydis) yang boleh menambahkan lagi kesan lain jika terlalu banyak.

 

Pacu

Spesies ini juga merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Spesies ini asalnya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur secara minor dan penyelidikan. Namun, disebabkan ikan ini kuat dan ganas, ia menjadi spesies popular di kalangan pemancing.

 

IKLAN

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Ikan ini mempunyai gigi evolusi yang kuat dan berisiko mengancam spesies tempatan lain jika terlepas dalam ekosistem bebas tanpa kawalan.

 

Siamese Giant Carp

Ikan giant barb, Siamese carp atau kap Siam merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia dan hanya terdapat di Lembah Mae Klong, Mekong dan Chao Phraya di Indochina. Ia telah merosot secara drastik akibat kehilang habitan dan penangkapan ikan secara berlebihan dan kini dianggap kritikal terancam.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Ikan yang mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan 300 kg berat ini kini lebih mudah ditemui kolam-kolam pancing dan di dalam industri akukultur.

 

Catla

Ikan catla atau juga dikenali sebagai karak adalah ikan air tawar Asia Selatan yang paling penting dari segi ekonomi di dalam keluarga Cyprinidae. Ia berasal dari sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan tetapi juga diperkenalkan di tempat lain di Asia Selatan dan dan biasanya diternak.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 2

 

Ikan karak adalah ikan yang makan di permukaan dan pertengahan air. Catla mencapai kematangan usia purata 2 tahun dan purata berat 2 kg. Spesies yang terdapat di kebanyakan kolam air tawar malam ini tidak dapat dipastikan kesannya jika mencerobohi perairan kita.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI