Aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan dan insang.
Tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya.
Ads
Untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi, ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya.
Ads
Sebaliknya, tisu badan di dalam air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya, air terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing.
Jika ditanya apakah ikan air tawar hidup dalam air masin dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebenarnya admin tidak galakkan sangat menghasilkan batu ladung sendiri kerana risiko keracunan dan kecederaan yang berkemungkinan berlaku. Jadi, kalau korang nak buat jugak, maka berhati-hatilah.
Tidak dapat dinafikan kos memancing yang semakin meningkat sejajar dengan peredaran zaman membuatkan pemancing merasa sedikit terikat dengan bebanan perbelanjaan untuk kos memancing.
Batu ladung adalah salah satu aksesori yang semakin meningkat harganya. Kalau satu trip memancing lebur 10 biji dek kerana tersangkut semestinya ia membebankan ditambah lagi dengan mata kail dan swivel yang putus.
Di sini kita berkongsi membuat batu ladung dari timah pemberat bagi talaan rim kereta.
Peralatan yang diperlukan:
Timah pemberat roda kereta terbuang
Penunu bunsen
Senduk atau kuali kecil
Dawai untuk pin
Daun Pisang
Tanah
Cara Penyediaannya:
Langkah 1
Timah pemberat rim kereta yang tidak digunakan (boleh juga gunakan timah dalam bateri kereta terpakai).
Langkah 2
Buatkan lubang pada tanah (tanah di dalam pasu bunga pun boleh) mengikut bentuk dan saiz batu ladung yang dikehendaki.
Langkah 3
Bentukkan acuan daun pisang seperti corong atau kon ini. Letakkan dawai sebagai cangkuk pada hujung daun pisang.
Langkah 4
Bakar timah dengan api tinggi. Gunakan playar untuk menambah timah sekiranya kurang. Sila berhati-hati kerana suhunya amat panas.
Langkah 5
Tuangkan timah cair ke dalam daun pisang yang telah di bentuk tadi. Awas! Sebaiknya guna alat penutup hidung agar tidak menyedut wap timah air yang bertoksin.
Elakkan juga dari terkena pada anggota badan.
Langkah 6
Setelah itu biarkan ia sejuk dengan sendiri. Apabila sudah sejuk barulah keluarkan batu ladung dari acuannya.
Walaupun saiz biasa bagi gerong belang sekitar 5-8 kg, abiliti kekuatan aggresif dan sifat melawan yang tidak akan mengalah mampu membuatkan pertarungan dengan mana-mana pemancing akan berlarutan lebih lama. Ini tentunya memberikan kepuasan pertarungan sebenar kepada kaki pancing.
Golden trevally, seperti kebanyakan spesies trevally yang lain merupakan lawan yang mempunyai daya perlawanan yang kuat. ia pasti akan menguji sejauh mana keupayaan dan teknik pancingan kaki pancing. Tidak hairanlah gerong belang juga merupakan salah satu spesies ikan trofi termasuk kaki pancing di Malaysia.
Jika dibuat gambaran, saya suka menggambarkan ikan ini sebagai satu spesies yang robust dan agresif dalam konteks ikan pancingan sukan. Fizikal solid gerong belang memberikannya kekuatan daya melawan yang mengagumkan.
Gerong belang bukanlah spesies yang licik, sebaliknya berperwatakan lebih terbuka apabila tidak segan silu menghentam umpan. Spesies ini seolah-olah lebih gemar cabaran pertarungan yang terbuka dan adil, sebuah pertarungan kuasa dan kekuatan antara ikan dan pemancing.
Selain itu, paten pemakanan gerong belang yang gemarkan kawasan air cetek turut membuatkan spesies ini menjadi ikan target yang bagus untuk pancingan sukan dan kegilaan untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang selain pancingan pantai atau dasar.
Pemancing lebih mudah untuk mengakses ke lokasi yang mempunyai ciri-ciri habitatnya. Teknik pancingan dasar untuk gerong belang sesuai dilakukan di kawasan air yang agak dalam di kawasan terumbu karang.
Ikan umpan yang gemar bermain di kawasan terumbu karang seperti tamban dan selar sesuai dibuat umpan hidup. Jika menggunakan umpan hidup, teknik hanyut atau drifting antara yang mampu beri pulangan kerana gerong gemar meluru ke mangsanya yang berenang hampir ke permukaan.
Jika berlaku strike daripada sang gerong, ambil masa seketika sebelum melakukan henjutan kerana biasanya gerong akan memegang umpan atau ikan yang menjadi mangsa di mulutnya seketika sebelum memakannya.
Selain itu, udang juga merupakan umpan kegemaran bagi gerong belang selain hirisan ikan atau sotong. Jika memancing gerong, gunakan perambut nylon atau fluoro carbon yang agak panjang dengan batu hidup.
Pastikan juga anda tidak terlepas pandang untuk sesuaikan saiz mata kail dengan umpan jika anda menggunakan udang, hirisan ikan atau hirisan sotong.
Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan aktiviti memancing.
Untuk mendapat hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
10) WORMHOOKS
Reka bentuk mata kail ini cukup luar biasa kerana mempunyai banyak ciri-ciri unik. Gap atau lekuk yang lebih luas untuk cengkaman dan pengekalan ikan yang lebih baik, dan
mengimbangi mata untuk mendapatkan umpan yang lebih baik, menstabilkan umpan, dan menghidupkan point untuk kurang kegagalan.
Mata kail ini banyak digunakan terutamanya dalam umpan yang agak ringan. Ia turut banyak digunakan bersama gewang soft plastick.
11) SWORDFISH HOOK
Mata kail tugas berat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred tinggi. Ia didatangkan dengan kemasan yang digilap.
Mata kail ini mempunyai reputasi meluas di dunia kerana kualiti pembuatannya dan ketajamannya.
Tentu saja ia merupakan pilihan utama untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus monster sebagaimana nama mata kail itu sendiri.
12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat. Mungkin inovasi terbaik dalam pembuatan mata kail terbaik masa kini.
Ia bukan saja mesra ikan tetapi juga mesra alam. Reka bentuk cangkuk itu sendiri, apabila digunakan dengan betul, menghalang ikan daripada tertelan hingga usus.
Ramai pemancing mempunyai masalah menggunakan kerana mereka tidak memerlukan sentapan untuk strike ikan.
Mata kail ini direka untuk bergerak ke sudut mulut ikan dan tertancap dengan kemas.
13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS
Fungsi dan reka bentuk hampir sama dengan octopus circle hook. Namun ia lebih ringan dan nipis dan amat sesuai untuk kegunaan pancingan berhanyut dengan menggunakan umpan hidup yang lebih kecil.
Dalam pancingan sukan seperi pancingan ikan layaran, mata kail ini adalah pilihan terbaik terutamanya untuk memanjangkan hayat umpan hidup yang kecil seperti tamban.
14) SHINER HOOKS
Mata kail ini direka bentuk berdasarkan bentuk udang. Jika anda perhatikannya betul-betul terbukti ia dibentuk seperti udang.
Berdasarkan reka bentuk tersebut maka ia merupakan mata kail yang paling efisien untuk menyangkuk umpan udang sama ada udang hidup atau pun udang mati.
Cara penggunaannya juga pelbagai. Sama ada menyucuk ke dalam badan udang melalui bahagian ekor atau menggantung seekor atau lebih udang.
Selain itu ia juga sesuai untuk memancing spesies ikan keli atau tongsan yang bermulut luas.
15) ISEAMA HOOKS
Mata kail yang diperbuatan daripada carbon steel ini dengan warna permukaan yang terang berkilat.
Point atau hujung mata kailnya amat tajam dan amat sesuai untuk memancing ikan-ikan yang bermulut tebal dan keras.
Mata kail ini amat sesuai untuk digunakan dengan perambut berangkai dan menjadi pilihan utama untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil. Malah ia juga bagus untuk memancing ikan patin dan pacu.
16) CARP HOOKS
Sepadan dengan nama khususnya, carp hooks direka cipta untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Ia diguna secara meluas terutamanya dalam terma course fishing.
Selain itu ia juga sesuai untuk terma pancingan layang. Berikutan kedua-dua terma memancing agak kurang menonjol di negara kita maka ramai pemancing di negara kita kurang pendedahan keberkesanan penggunaannya.
17) BREAM HOOKS
Bream hooks sangat sesuai untuk menangkap ikan di laut. Dengan teras pendek dan tempaan keluli tambahan yang kuat menjadikannya sangat kuat.
Sepadan dengan namanya juga ia merupakan mata kail utama untuk memancing ikan yang bergigi keras dan berahang kuat seperti ikan kuku dan bayan, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan kunyahannya.
Ia juga mata kail alternatif untuk memancing ikan yang mampu mematahkan teras mata kail seperti ikan pacu.
18) CHINU HOOKS
Mata kail yang diperbuat daripada karbon tinggi yang sangat kuat dan ringan. Ia dibentuk bagi menghasilkan cengkaman tinggi dan membantu proses tancapan yang sempurna.
Ketajamannya diasah dengan kimia. Pateri mata kail ini membantu meningkat nisbah cangkukan terutamanya apabila menyasarkan spesies ikan menggigit dan mengunyah umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...