Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
Ads
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
Ads
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Ads
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
Golden trevally atau popular dengan nama gerong belang di Malaysia, memiliki badan kekuningan dan 9 belang hitam di badan bermula dari pangkal mata hingga pangkal ekor. Corak warna badan ikan ini lebih terserlah ketika kecil dan semakin pudar apabila ia meningkat dewasa. Ekor tirus bercabang dikuatkan lagi dengan pangkalnya yang besar untuk menambah pecutan kuasa turbo ketika mengerjakan kekili pemancing.
Kelemahan utama ikan ini tidak mempunyai senjata tajam pada badan. Gerong belang boleh dikategorikan ikan laut tidak bergigi. Mangsa biasanya disedut masuk dan ditelan terus ke mulut.
Seperti mana ikan keluarga trevally lain, gerong belang berbadan leper tetapi tegap melebar. Bentuknya lebih slim sedikit dari gerepoh dan melebar dari jemuduk. Pangkal ekor seperti jemuduk di mana sisik tulang adalah lembut dan tidak tajam seperti gerepoh atau cupak.
Ia mudah dipegang tanpa menyebabkan tangan kita luka. Gerong belang boleh membesar sehingga 15 kg pada panjang maksimum 120cm. Jika ada tangkapan melebih skala 10 kg sudah cukup memuaskan kerana ia boleh dianggap ikan game fish kelas pertengahan.
Habitat Dan Sifat
Asasnya ikan gerong belang mendiami kawasan dasar berkarang kerana ia dikelaskan sebagai hidupan marin. Namun begitu ia banyak menghabiskan masa di pertengahan air. Ikan ini mendiami kawasan persisiran pantai, tepian pulau berkarang serta lagun dan kuala sungai.
Jarang berada di kawasan laut dalam dan lokasi yang jauh dari daratan. Lokasi yang digemari pula mempunyai kedalaman sederhana dari 5 hingga 20meter. Kebanyakan kawasan ini terletak di persisiran pantai di mana ia berkemampuan meronda di permukaan hingga dasar.
Gerong belang juvenil membesar dalam satu kumpulan besar dan mudah ditemui bersama kumpulan obor-obor di permukaan sebagai perisai dan pemangsa. Juvenil juga banyak mendiami kawasan unjam. Kumpulan ini mencari krustesia dan invertebrates di dalam pepasir dasar sebagai sumber makanan utama.
Ikan dewasa pula kadang kala dilihat mengekori yu paus, jerung besar mahupun pari paus sebagai pelindung semula jadi serta menunggu sisa makanan aktiviti pemakanan haiwan laut besar tersebut. Selain itu anak ikan merupakan diet utama gerong belang dewasa. Juga mengekori penyelam jika kumpulannya berada di kawasan berhampiran.
Gerong belang banyak tertumpu di kawasan persisiran pantai timur semenanjung terutama gugusan karang air cetek bermula dari Kuala Pahang hingga Kuala Rompin di Pahang. Tepian pulau-pulau di Johor, pantai Kijal hingga ke persisiran Pulau Perhentian di Terengganu.
Sarawak juga didiami gerong belang dan menjadi pilihan sesetengah pemancing di Bumi Kenyalang. Sabah pula mendominasi populasi di utara negeri, manakala di pantai barat semenjung pula populasinya amat kecil. Kini gerong belang juga mendiami di Pulau Ketam (asalnya ternakan ikan sangkar).
Ikan tebal pipi adalah ikan yang menjadi rebutan pemancing di perairan Kong Kong, Johor. Bagi pemancing dari luar Johor, mereka biasanya mencari siakap yang sememangnya popular di perairan Kong Kong. Tetapi bagi pemancing tempatan, pencarian ikan tebal pipi adalah lebih menyeronokkan.
Sedikit pengetahuan asas untuk memancing ikan tebal pipi ini kita haruslah kawasan kesukaannya bermain. Ikan ni amat gemar bermain di kawasan alur dan juga karang kecil. Jadi, untuk memancing ikan ini kita kenalah mencari alur dan kawasan berkarang kecil.
Pemancing yang tidak biasa dengan perairan Kong Kong tentu bermasalah untuk mencari kawasan ini. Dengan bantuan fishing guide, perkara ini dapat diatasi.
Dari segi umpan dan teknik memancing pula terpulang kepada diri sendiri. Lain pemancing lain umpan dan tekniknya. Bagi saya, umpan yang sesuai untuk tebal pipi ruat bakau, ruat pasir dan perumpun sarung. Udang hidup juga boleh digunakan tetapi saya lebih gemarkan umpan ruat.
Teknik yang biasa saya gunakan ialah teknik dasar yang disertakan dengan straw. Saiz mata kail pula saya biasanya guna mata kail saiz 1 serta perambut yang halus dalam lingkungan 10-15 lb. Panjang perambut mestilah berukuran sedepa.
Dan paling penting ialah pengetahuan waktu terbaik untuk memancing. Waktu yang sesuai dan waktu galak ikan tebal pipi makan adalah ketika air bergerak pasang dan bergerak surut lembut (fasa air kecik). Sekiranya kurang faham, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.
Nama biasa bagi tilapia berasaskan nama genus Cichlid tilapia, yang mana berasaskan nama Latin Tswana thiape. Nama genus dan istilah mula diperkenal oleh zoologist dari Scotland, Andrew Smith pada 1840.
Ketika ia diperkenalkan keseluruh dunia bagi makanan manusia (pada asalnya bagi petani sebagai hidangan kelas rendah), tilapia sering kali mempunyai nama khas bagi mereka dalam pelbagai bahasa dan loghat.
Di sesetengah negara Asia termasuk Filipina, ikan tilapia besar sering kali disebut pla-pla sementara tilapiar kecil masih dikenali sebagai tilapia. Dalam bahasa Arab, tilapia dikenali sebagai bolty.
Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas kap dan salmon, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metrik pada 2002. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia.
Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber protien yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan.
Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi perlepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja di beberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim sederhana.
Di zon sederhana tempatan, operasi penternakan tilapiine memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika yang diperlukan tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.
Tilapia telah digunakan sebagai pengawalan biologi bagi mengawal masalah rumpair tertentu. Ia menggemari tumbuhan akuatik terapung, duckweed (Lemna sp.) tetapi turut makan alga serat (filamentous).
Di Kenya, tilapia diperkenalkan bagi mengawal nyamuk yang menyebabkan malaria. Ia makan larva nyamuk, dengan itu mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, yang merupakan vektor penyakit ini. Kebaikan ini bagaimanapun jauh ditenggelami oleh aspek negetif tilapia sebagai spesies ceroboh (invasive species).
Di Kenya, tilapia yang terdapat di Tasik Victoria (Sango), dikenali sebagai Ngege oleh puak Luo. Eksportnya ke pasaran Eropah telah menjejaskan bekalan kepada puak Luo yang menganggapnya sebagai makanan ruji.
Ikan tilapia besar biasanya dilihat sebagai ikan akuarium. Masyarakat menganggap tidak bagus kerana ia memakan tumbuhan dan boleh menjadi gangguan, menggali substrate dan berkelahi dengan ikan lain.
Spesies Afrika Barat lebih kecil, seperti Tilapia joka, dan spesies dari tasik kawah dari Cameroon, sebaliknya agak popular. Sama juga, dalam akuarium cichlid tilapias boleh bercampur dengan baik dengan cichlid yang tidak mengawal kawasan, armoured catfish, tinfoil barbs serta garpike.
Sesetengah spesies, termasuk Tilapia buttikoferi, Tilapia rendalli, Tilapia joka, dan Sarotherodon melanotheron melanotheron air payau, memiliki pola menarik dan merupakan ikan hiasan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...