Batang bertam sesuai dijadikan joran memancing kerana tumbuhan ini tidak mempunyai batang berkayu, justeru ia sangatlah ringan. Strukturnya adalah teras seumpama gabus yang disalut kulit yang keras seumpama buluh.

 

Batang bertam yang hendak dijadikan joran akan dipilih berdasarkan lapang pancingan. Bagi pancingan tali air, joran yang pendek pada kadar 5-6 kaki diperlukan. Bagi pancingan paya, kolam dan sungai, joran sehingga 10 kaki diperlukan.

 

Kriteria utama pemilihan adalah batang yang lurus dan tua. Bertam yang muda sangat lembut, kurang sesuai untuk dijadikan joran. Sewaktu menebang bertam, berhati-hati dengan duri di sekitar batangnya.

 

Ads

Bertam yang sudah ditebang perlulah dibuang daun dan durinya, namun dua helai daun perlulah ditinggalkan sedikit untuk tujuan mengikat tali pancing. Ia berfungsi sebagai penahan tali pancing agar tidak terlucut dari ikatan.

 

Potongan di hujung joran pula adalah berdasarkan saiz ikan sasaran anda. Bagi ikan-ikan kecil di tali air khususnya, hujung joran perlulah dipotong menghampiri pucuk bertam bagi memudahkan kita mengesan getuan halus ikan, terutamanya yang menggunakan ladung.

 

Ads

Manakala bagi ikan sasaran melebihi 1kg, anda perlu memotong hujung joran menghampiri pangkalnya kerana ia lebih besar dan kuat.

 

Bertam yang sudah ditebang seelok-eloknya dijemur selama 3 hingga 7 hari untuk mengeringkan bendalir di dalam terasnya. Joran perlu disandarkan pada dinding atau pokok. Untuk mendapatkan batang joran yang lurus, bertam perlu digantungkan pada pokok yang tinggi dengan tambahan pemberat di pangkal joran.

 

Ads

Joran bertam yang sudah kering memiliki daya lenturan yang tinggi. Percaya atau tidak, kami pernah mendaratkan patin seberat 2 kg dan juga labi-labi dengan hanya menggunakan joran bertam.

 

Sedikit teknik perlu dilakukan kerana umum mengetahui patin gemar melakukan henjutan di saat-saat akhir, apatah lagi dengan menggunakan joran yang mustahil untuk tali keluar mengikut rentak ikan.

 

Ketahui Cara Membuat Joran Batang Bertam!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI