Di kawasan yang banyak rerumput samai pendek ini biasanya terdapat lubang yang menjadi tumpuan anak-anak ikan.
Lontarkan umpan anda di lubang ini kerana jika ada banyak ikan kecil maka lambat-laut akan datang ikan pemangsa atau ikan yang lebih besar.
Tumpukan ranting
Dalam tumpukan ranting yang terbentuk di suatu sudut paya atau rawa biasanya terdapat ikan yang mencari makan dengan memakan serangga atau makanan hanyut yang tersekat pada tumpukan ranting.
Ikan kaloi biasanya memang gemar berlegar di kawasan ini.
Ads
Perbatasan air
Di paya atau tasik kecil kecil biasanya ada kawasan yang perbatasan air cetek dengan air dalam. Sepanjang perbatasan itu merupakan lokasi berkumpulnya anak-anak ikan.
Banyaknya anak ikan inilah yang membuatkan ikan-ikan predator gemar meronda di kawasan ini.
Kawasan berlekuk atau teluk kecil
Ads
Di paya atau tasik kecil khususnya di kawasan pinggir terdapat kawasan yang berbentuk lekukan atau teluk yang kecil.
Di bahagian lekukan yang agak dalam, biasanya menjadi tempat persembunyian ikan-ikan yang hidup di dasar.
Pintu air
Ads
Apa yang dimaksudkan pintu air ialah lokasi masuknya air ke dalam paya atau tasik kecil.
Di kawasan ini biasanya ikan-ikan predator akan menunggu dan menyerang hendap anak-anak ikan dengan agresif.
Jangan lepaskan peluang untuk memancing di kawasan ini sama ada menggunakan umpan tiruan ataupun umpan alami.
Daratan tanjung
Jika ada lokasi daratan yang menghela ke paya atau tasik kecil seperti tanjung, ia juga merupakan lokasi yang banyak dihuni oleh ikan.
Spot-spot ini juga biasanya digemari oleh pemancing kerana dapat melabuhkan umpan atau memancing tanpa banyak rintangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi memancing temelian, selain kesabaran yang tinggi, kekuatan fizikal juga diperlukan. Lebih-lebih lagi jika terkena temelian bersaiz 10 kg ke atas. Larian dan pecutan agresifnya pasti menyebabkan pemancing berpeluh.
Umpan popular bagi memancing temelian ialah kelapa sawit ‘sate’ yang dipotong atau dihiris. Kelapa sawit yang dipotong akan dicucuk ke mata kail satu persatu sehingga ke tali perambut lebih kurang satu jengkal. Terdapat juga pemancing yang menghiris sawit nipis-nipis, dan dicucuk pada 4 atau 5 bilah mata kail sehingga penuh.
Selain kelapa sawit, umpan pisang juga agak popular di sesetengah tempat. Terdapat 3 bilah mata kail di mana satu mata diikat pada hujung perambut dan satu mata lagi diikat dengan jarak lebih kurang 40 cm. Sebilah mata kail lagi dibiarkan bebas antara kedua-dua mata kail tadi. Umpan pisang dipasang pada mata kail pertama sahaja iaitu paling bawah dan pisang dicangkukkan sehingga lebih kurang 15 cm pada perambut tadi.
Selain itu, ada juga kaki pancing yang menggunakan umpan sawit peram sebiji yang dicangkuk terus pada mata kail. Namun ia memerlukan teknik ‘rasuah sawit’ terlebih dahulu untuk memujuk ikan ini memakan umpan.
Ada juga kaki pancing yang menggunakan teknik umpan dedak untuk memancing ikan ini, tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia juga perlu dipujuk dengan teknik rasuah terlebih dahulu.
Kekili menegak model Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition. Isu kali UMPAN cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
PERALATAN
Screwdriver set
rachet spanar
spool pin removal
minyak Zippo
kain bersih
air blow
grease oil
bearing oil
cotton bud
berus lukisan
bekas kosong
bekas tertutup (untuk cuci bearing).
CARA-CARA SERVIS
Langkah 1
Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Langkah 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Langkah 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Langkah 4
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Langkah 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Langkah 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Langkah 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Langkah 8
Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.
Langkah 9
Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.
Langkah 10
Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.
Langkah 11
Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.
Langkah 12
Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.
Langkah 13
Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.
Langkah 14
Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.
Langkah 15
Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.
Langkah 16
Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.
Langkah 17
Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.
Langkah 18
Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.
Ikan yang tampak unik ini adalah yang terbesar dari tujuh spesies gar, dan satu-satunya dengan deretan gigi berkembar pada rahang atasnya. Alligator Gar mendapatkan namanya dari kepalanya yang lebar dan bertulang yang bentuknya sangat mirip dengan buaya jika dilihat dari atas.
Meskipun sebahagian kemiripannya dengan reptilia yang menakutkan, alligator gar adalah makhluk yang umumnya damai yang tidak terlalu mengancam manusia.
Bahaya terbesar yang ditimbulkannya adalah telur-telurnya, yang beracun ketika tertelan, dan kecederaan yang dapat ia lakukan dengan gigi tajamnya apabila meronta-ronta jika didaratkan ke bot.
Sama halnya dengan belut elektrik, alligator gar dapat timbul ke permukaan untuk menghirup udara secara langsung.
Ini dilakukan dengan menggunakan pundi udara yang bekerja hampir sama seperti dengan sepasang paru-paru dan terhubung ke kerongkong untuk membolehkannya mengambil udara secara langsung.
Juga dikenal sebagai `Lake Nicaragua Shark’, ancaman bawah laut ini tidak hanya mampu hidup di lautan seperti yang anda jangka atau harapkan. Bull shark menjadikan estuari air tawar sebagai habitatnya, dan dicipta untuk menghabiskan waktu yang lama di kedua lingkungan.
Ia dianggap sebagai salah satu jerung yang paling berbahaya bagi manusia, kerana sifat agresif dan kecenderungan sering ke perairan cetek di mana mereka lebih berkemungkinan bertemu perenang.
Tingkat agresif ini mungkin juga menjadi sebahagian dari namanya, dengan muncungnya yang tumpul dan penampilan kekar dibandingkan dengan jerung lainnya.
Kegemaran bull shark memasuki perairan cetek sebenarnya dapat dihubungkan dengan mata yang relatif kecil dan deria penglihatan yang buruk. Mangsa lebih banyak di pesisiran pantai, yang meningkatkan peluang jerung ini memburu.
Disebalik namanya, belut elektrik tidak kelihatan seperti belut, dan klasifikasinya lebih dekat dengan catfish dan ikan kap. Makhluk unik ini mendiami perairan keruh, mengintai peluang memburu ikan, amfibia, bahkan burung kecil dan mamalia.
Belut elektrik berburu dengan menggunakan 6000 sel elektriknya untuk dilepaskan dan menghasilkan sengatan elektrik yang membuatkan mangsanya pegun atau kejang.
Kemampuan kejutan belut berfungsi sebagai mekanisma pertahanan juga. Disebabkan kejutan elektrik oleh belut mencapai 600 volt, sebahagian besar makhluk membiarkannya sendirian! Kejutan elektrik dengan kekuatan ini cukup untuk menumbangkan seekor kuda.
Faktor yang sama membantu menyembunyikan belut elektrik dari musuh dan mangsa juga membuatkan haiwan lain yang hidup di dalam air sukar untuk bernafas.
Belut telah beradaptasi, dan muncul setiap beberapa menit untuk menghirup udara dari atas air.
Mereka telah mengembangkan elektrolokasi untuk menebus penglihatan mereka yang buruk dan lingkungan yang berlumpur.
Ikan besar ini adalah pembiak yang produktif, ia memberi makna populasinya tumbuh dengan laju yang mengesankan. Kitaran hidup yang berkembang cepat ini memungkinkan spesies untuk menyebar dengan cepat, yang merupakan bukan hal yang baik.
Kerakap Nil ini sebenarnya adalah spesies invasif di daerah tertentu, dan telah menyebabkan kerosakan ekosistem.
Ikan ini berasal dari daerah Ethiopian dan diperkenalkan ke Tasik Victoria pada 1950-an untuk mengurangi populasi `ikan sampah’ dan meningkatkan peluang nelayan meningkatkan hasil tangkapan.
Invasi Nil Perch ke Tasik Victoria dirujuk sebagai contoh utama dari kekacauan yang dapat ditimbulkan oleh spesies invasif pada ekosistem lokal. Salah satu sumber utama masalah di habitat yang tidak alami adalah nafsu makan Nil Perch yang besar.
Ikan besar ini menyukai krustasea, moluska, serangga, dan ikan lainnya. Bahkan diketahui telah melahap ikan yang lebih kecil dari spesiesnya sendiri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...