Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Dalam pada masa yang sama, seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Ubat Penghalau Serangga
Ads
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Pakaian Sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Ads
Pancing Berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Ads
Unggun Api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Risiko Kecederaan
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memang rugi sesiapa yang tak suka makan ketam nipah dan ketam yang lain. Tapi ada ke yang tak suka makan ketam? Tau ke anda ketam dipercayai boleh merawat denggi (dikatakan ketam nipah adalah ubat demam denggi yang sangat mujarab dan mampu pulihkan denggi dalam masa 24 jam). Selain itu, khasiat yang ada pada juga banyak manfaat lain.
Melancarkan peredaran darah
Zat kuprum merupakan salah satu jenis mineral yang sangat baik untuk memelihara fungsi organ tubuh, salah satunya adalah meningkatkan produksi sel darah merah. Dengan pengambilan ketam, ia dapat meningkatkan peredaran darah, serta mengawal penyebaran oksigen dalam tubuh.
Meningkatkan kesihatan tulang
Untuk memelihara kesihatan dan kekuatan tulang, tubuh memerlukan protein yang berasal dari makanan. Daging ketam merupakan salah satu bahan makanan yang tinggi akan protein. Tidak hanya dengan itu, daging ketam juga dikenal mengandungi zat fosfor yang berperanan penting dalam melindungi tubuh dari pelbagai penyakit seperti osteoporosiss serta radang sendi.
Memelihara kesihatan mental
Diperkaya dengan pelbagai nutrisi, vitamin B2, asid lemak omega 3, isi ketam sangat baik untuk memelihara sistem saraf dalam tubuh terutama otak. Isi ketam juga bermanfaat untuk melindungi sistem saraf, mengurangi peradangan dan plak pada saluran saraf, serta menjaga mental agar senantiasa sehat dan bugar.
Melindungi jantung
Isi ketam tinggi akan kandungan asam lemak omega 3 sehingga ia bermanfaat untuk mengimbangkan kadar kolesterol dan juga meningkatkan produktiviti sel anti peradangan dalam tubuh. Selain itu, kandungan nutrisi dalam isi ketam juga bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah, memelihara jantung, sehingga dapat meminimakan risiko serangan jantung.
Menyembuhkan peradangan
Bukan hanya melindungi jantung, serta punya kandungan mineral dan nutrisi lainnya, isi ketam juga didakwa berkesan untuk mengurangi peradangan yang disebabkan oleh virus dan bakteria.
Meningkatkan kekebalan tubuh
Kandungan selenium yang ditemukan dalam isi ketam selain untuk mengurangi peradangan, secara signifikan dapat membantu meningkatkan produksi antioksidan dalam tubuh, sehingga dengan risiko penyakit kronik yang menyerang tubuh dapat dikurangkan. Selain mencegah penyakit, antioksidan juga efektif untuk menuetralkan racun yang disebabkan oleh efek radikal bebas.
Detoks tubuh
Umumnya, organ tubuh akan mendetokfikasi dirinya secara rutin untuk mengurangi endapan racun yang terkumpul dalam tubuh. Pengambilan isi ketam dapat membantu memaksimumkan proses detoks tersebut. Hal ini disebabkan dari kandungan fosfor yang ada dalam isi ketam akan meningkatkan fungsi buah pinggang, sehingga akan mempercepatkan pelepasan racun dari tubuh, sekaligus membantu meningkatkan sistem metabolisme tubuh secara keseluruhan.
Ikan air tawar boleh dibahagi kepada dua spesies iaitu ikan bersisik dan tidak bersisik. Sisik pada ikan bolehlah dianggap sebagai agen keselamatan. Bagi spesies yang tidak memiliki sisik, kebanyakannya dibekalkan set pertahanan diri yang lebih berbahaya seperti duri yang menyengat.
PARI AIR TAWAR
Nama saintifik: Himantura signifier
Nama umum: White-edge freshwater whipray
White-edge freshwater whipray (pari air tawar tepi putih) atau nama saintifiknya Himantura signifier adalah spesies ikan pari yang sukar ditemui dari keluarga Dasyatidae, yang berasal dari empat sistem sungai di Asia Tenggara. Berukuran sehingga 60 cm, pari ini memiliki cakera sirip pectoral melengkung dan ekor sangat panjang, seperti cambuk tanpa lipatan sirip.
PUYU
Nama saintifik: Anabas testudineus
Nama umum: Climbing perch / climbing gouramis
Ikan Puyu merupakan spesies ikan yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.
Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Walaupun tidak memiliki sengat tetapi sirip-sirip berdurinya sangat tajam dan mudah melukai tangan.
BAUNG
Nama saintifik: Mystus nemurus
Nama umum: River catfish
Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.
KELI
Nama saintifik: Clarias sp
Nama umum: Walking catfish, catfish
Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.
PATIN
Nama saintifik: Pangasius sp.
Nama umum: Shark catfish
Patin merupakan ikan tersohor di negeri Pahang. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.
LIMBAT
Nama saintifik: Clarias nieuhofi
Nama umum: Slender walking catfish
Ikan Keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.
Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.
Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.
Merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan menutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil.
Ia berkait rapat dengan pokok kangkung dan kembang pagi. Daun selebar 8-10cm.
Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman.
Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Tempat asal:
Banyak terdapat di tepi pantai.
Fungsi Landskap:
Mengawal hakisan tanah serta estetik dan pengindahan.
Lokasi Kesesuaian Tanaman:
Taman dan tepi-tepi jalan.
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok menjalar yang terdapat di tepi pantai. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang. Nama sainsnya adalah Ipomoea pescaprae dalam family Convolvulaceae dan order Tubiflorae.
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.
Pokok yang mempunyai daun selebar 8-10 cm ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupakai tapak kaki kuda. Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?
Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari. Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.
Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu. Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...