Ikan tenggiri termasuk golongan ikan pelagik dan salah satu ikan berdaging putih yang disukai oleh seluruh masyarakat dunia. Ikan ini termasuk dalam genus Scomberomorus dengan famili Scombridae yang juga masih bersaudara dengan ikan tuna, ikan tongkol dan ikan kembung.

 

Ikan tenggiri juga dikenali dengan nama Spanish mackerel, namun nama tersebut berzeda-beza di setiap lokasi. Di India ia bergelar ikan anjai, di Filipina lebih dikenali dengan nama dillis, dan di Thailand akrab dengan istilah ikan thuinsi.

 

Tenggiri banyak ditemui di perairan beriklim sederhana dan tropika, sebagian besar tinggal di sepanjang pantai atau laut lepas. Banyak spesies dibatasi dalam rentang distribusi mereka dan hidup dalam populasi yang terpisah atau stok ikan berdasarkan geografi.

 

Kenali Tenggiri Paling Popular (Scomberomorus commersoni)!!

 

Ukuran ikan tenggiri dapat mencapai panjang 240 cm dengan berat 70 kg. Usia dewasa akan tercapai setelah 2 tahun atau ketika memiliki panjang 81-82 cm. Ikan tenggiri betina ukurannya dapat lebih besar dan usianya lebih panjang berbanding tenggiri jantan. Dikatakan bahawa ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun.

 

Ikan tenggiri mempunyai morfologi tubuh yang cukup unik. Di bahagian tepi tubuhnya terdapat garis lateral yang memanjang dari insang hingga akhir sirip dorsal kedua. Pada belakangnya terdapat warna biru kehijauan. Garis pada bahagian sisi menjadi ciri khas ikan tenggiri yang berbeza dengan ikan sejenis.

 

Ikan tenggiri memiliki sifat rakus ketika makan dan mencari makan sendirian apabila dewasa. Jenis makanannya adalah ikan-ikan kecil kerana tenggiri tergolong dalam haiwan karnivora. Selain itu ikan tenggiri juga memakan beberapa jenis sotong dan udang.

 

Kenali Tenggiri Paling Popular (Scomberomorus commersoni)!!

 

Ikan tenggiri dewasa lebih memilih hidup menyendiri dalam memburu mangsanya. Dalam mencari makan mereka juga harus bersaing dengan ikan pelagik besar lainnya, seperti alu-alu, marlin, dan layaran.

 

Tenggiri tergolong dalam ikan laut yang menyukai wilayah laut cetek. Perairan yang terdapat batu karang merupakan habitat yang sepadan bagi ikan tenggiri.

Ikan tenggiri dapat menetap di suatu habitat dan terkadang bermigrasi ke tempat yang cukup jauh. Pola migrasi ikan tenggiri sangat khas, kerana bergantung kepada suhu air laut dan musim bertelur.

 

Kenali Tenggiri Paling Popular (Scomberomorus commersoni)!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI