Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu.
Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938.
Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis).
Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Ads
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki.
Ads
Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba.
Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut.
Ads
Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan apa ni? Cermin! Ikan apa tu? Cermin! Yang tu? Cermin! Kebanyakan ikan dalam keluarga ikan jack ini memang hampir sama cuma tak serupa je.
Spesies ikan jacks, scads, trevallies, queenfishes, runners, amberjacks, pampanos dan beberapa spesies lagi adalah ikan dalam ahli keluarga Carangidae.
Keluarga besar Carangidae ini terbentuk daripada empat subfamily, Caranginae terdiri daripada campuran 20 genus dan 104 spesies seperti pompanos, trevallies, scads dan lain-lain.
Subfamily Naucratinae terdiri daripada 5 genus dan 13 spesies juga dengan banyak campuran. Trachinotinae terdiri daripada 2 genus dan 21 spesies kebanyakannya pompanos.
Scomberoidinae terdiri daripada 3 genus dan 10 spesies queenfishes. Sementara di Malaysia pula terdapat 19 genus Carangidae dan kira-kira 61 spesies.
Ahli keluarga (Carangidae) terdiri daripada pelbagai spesis ikan bentuk badan yang sangat berubah-ubah.
Carangidae dibezakan dari semua keluarga lain yang hampir serupa dengan memiliki dua duri sirip anal pertama terpisah dari yang lain sirip.
Duri sirip ini kadang kala sebahagiannya atau sepenuhnya tertanam di kalangan spesies matang beberapa genus. Kebanyakan spesies mempunyai sisik berduri sepanjang garisan lateral.
Carangidae ialah ikan laut yang ditemui di Atlantik, Hindi dan lautan Pasifik. habitat dan tingkah laku mereka adalah sangat berubah-ubah.
Kebanyakan mereka adalah spesies berkumpulan. Kebanyakan spesies pemangsa adalah perenang pantas ketika memburu sama ada di permukaan atau berhampiran permukaan laut.
Sebagaimana gerepoh, cupak, sagai atau ebek, ikan cermin juga tergolong dalam genus Caranginae dengan nama biasa barcheek trevally (juga dikenali sebagai barcheek kingfish itu, Shortridge trevally dan oblique-banded trevally) dengan nama saintifik Carangoides plagiotaenia, adalah spesies ikan laut sederhana besar daripada keluarga jack.
Spesies selar ini bertaburan di seluruh perairan tropika rantau Pasifik Indo-barat, dari Afrika Selatan di barat ke Jepun, Australia dan beberapa pulau-pulau Pasifik tengah kecil di timur.
Spesies yang mendiami perairan pantai dan luar pesisir, di sepanjang lereng lagun dan terumbu mendalam pelantar benua, di mana ia merupakan pemangsa kepada ikan kecil dan krustasea.
Ia adalah ikan yang sederhana besar, berkembang dengan panjang maksimum yang dicatatkan 50 cm, dan dapat dibezakan daripada spesies yang sama dengan rahang bawah agak menonjol dan coreng gelap di operkulum itu.
Bentuk umum adalah sama dengan spesies yang lain, yang mempunyai badan bujur mampat, dengan punggung dan berkenaan profil abdomen sama cembung, walaupun dalam spesimen besar, profil punggung kepala adalah hampir lurus.
Badan ikan cermin adalah warna perak, yang lebih kelabu di bahagian atas dan menjadi pucat pada bahagian bawah, dengan enam atau tujuh coreng atau tompok agak hitam serong kadang-kadang hadir di atas garis lateral.
Spesimen cermin dewasa besar kadang-kadang mempunyai tompok kuning kecil yang bertaburan di sisi badan mereka.
Semilang karang dengan nama umumnya striped catfish dan nama alternatif lainnya seperti catfish eel, eel-tailed catfish, lined catfish, striped catfish eel dan striped eel catfish. Manakala nama tempatan pula seperti semilang karang, semilang karong, usat-usat, rusat, dan lain-lain lagi berdasarkan dialek tempatan.
Sebagaimana ikan semilang, semilang karang turut memiliki sirip kaudal atau sirip ekor yang sama sebagaimana ikan belut. Oleh yang demikian semilang karang turut digolongkan dalam keluarga belut berduri atau bermisai. semilang karang boleh dikenali dengan jelas berdasarkan corak jalur pada badannya.
Semilang karang berwarna coklat atau kelabu gelap pada keseluruhan badan dengan tiga jalur melintang berwarna putih. Jalur pertama bermula dari bahagian hidung melintasi atas mata ke arah bahagian atas ekor. Jalur kedua juga bermula dari hidung tetapi melintasi bawah mata dan berakhir pada pangkal bawah sirip ekor. Jalur ketiga pula lebih pendek, ia bermula dari bahagian atas hidung dan berakhir sebelum sirip ekor.
Semilang karang mempunyai taburan yang agak meluas dan boleh ditemui di Lautan India dan Laut China Selatan, ke arah timur hingga ke Samoa, ke arah selatan hingga ke Australia dan ke arah utara hingga ke Jepun.
Semilang karang lebih gemar mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah. Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu. semilang karang hanya bersaiz sekitar 20-35 cm panjang.
Seperkara lagi yang menarik tentang ikan ini adalah isinya yang sangat sedap dan lembut. Mungkin antara yang terlembut berbanding ikan-ikan lain. Nisbah isinya juga tinggi sebagai mana catfish yang lain.
Sebagaimana ikan semilang, ikan semilang karang turut terkenal kerana duri atau spinanya yang berbisa. Oleh yang demikian, jangan terlalu ghairah untuk menanggalkannya dari cangkukkan mata kail apatah lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia memancing. Anda mungkin berhadapan dengan bahaya besar apabila semilang dapat melibaskan kepala dan membenamkan sengatnya ke tangan anda.
Bisanya cukup untuk membuatkan anda ingin pulang terus ke rumah dan melupakan keseronokan memancingnya. Bukan setakat itu, bisanya juga boleh kekal sehingga beberapa hari dan agak lambat untuk sembuh. Bagi mereka yang alah terhadap bisanya, mungkin mereka akan turut mengalami demam.
Ikan jenahak sememangnya menjadi buruan utama pemancing. Selain dari isinya yang bermutu ia biasanya memberi tentangan yang memuaskan walaupun kadangkala memberi kegagalan dan pengajaran kepada pemancing yang memburunya.
Jenahak tergolong dalam keluarga snappers termasuklah ikan merah, siakap merah, kanai, tanda, kekunyit atau mentimun.
Kebanyakan keluarga snappers adalah pemburu makanan atau pemangsa (predator) dan gemar menyerang hendap mangsanya yang terdiri dari anak ikan atau akua marin yang berkulit seperti ketam, udang dan siput.
Dengan sifat yang dimiliki olehnya, ia menjadikan spesies ini tergolong dalam spesies yang kuat melawan dan begitu agresif serta rakus.
Lebih-lebih ketika mata kail pemancing berada pada mulutnya. Dengan kata lain ia akan meronta semampu yang mungkin agar dapat meloloskan diri dari mata kail pemancing.
Sewaktu kecil spesies ini dikenali sebagai tetanda (ada tompok hitam) dekat dengan bahagian ekor sebesar ibu jari (fingermark snapper atau one spot snapper).
Tanda hitam ini amat jelas kelihatan ketika ia bersaiz kecil sekitar 20 cm iaitu semasa ia mencapai usia matang untuk membiak.
Warna ini akan pudar apabila spesies ini didaratkan dan dibiarkan terlalu lama tanpa sistem penyejuk terutama spesies yang besar lebih dari 3kg ke atas.
Perbezaan warna jelas ketara jika dibandingkan spesies yang besar dan kecil. Sikecil mempunyai tompok hitam yang terang (tetanda) dan yang besar mempunyai kilauan sisik
yang berkuning keemasan (jenahak) dan tompok hitam hanya kelihatan ketika ia masih hidup.
Apabila mati warna kuning keemasan saja yang jelas kelihatan (golden snapper). Jenahak boleh membesar sehingga 75 cm.
Jenahak boleh ditemui pada kedalaman air dari 10meter hingga 100meter atau lebih tepat lagi kawasan yang mempunyai lubuk.
Jenahak juga kadangkala berkeliaran di kawasan berpasir dan dasar mendatar untuk mencari mangsa.
Berbeza dengan sepupunya iaitu ikan tanda berjalur (Lutjanus Monostigma dan Lutjanus russelli) yang lebih tertumpu di kawasan berbatu karang.
Mereka jarang ditemui di kawasan muara sungai atau kawasan yang lebih terbuka.
Jenahak kurang aktif pada waktu siang kerana ia dikatakan sukar untuk memburu mangsa dikala matahari terpancar.
Jenahak lebih gemar mendiamkan diri pada waktu siang hari dan suka bersembunyi dicelah-celah batu karang maupun timbunan tukun di dasar air.
Jenahak lebih tertumpu kepada air yang dalam terutama jenis spesies yang bersaiz besar. Biasanya lagi dalam dalam lagi besar habuan untuk pemancing.
Hanya si kecil yang gemar bermain di air cetek untuk mencari makanan. Jenahak adalah hidupan marin yang boleh ditemui di kawasan berbatu, batu dan bunga karang, reba kayu, tukun dan kawasan kuala sungai yang agak dalam yang terbuka.
Sesuai dengan tabiatnya yang gemar menyambar mangsa, kawasan yang disebutkan tadi adalah yang mempunyai pelindungan kepada mangsa dan dari pemangsa.
Ini juga digunakan oleh spesies ini sebagai penangkis kepada pemancing untuk menaikkannya walaupun mata kail sudah berada dalam mulutnya.
Profil Jenahak
Nama Saintifik: Lutjanus Johnii
Keluarga: Lutjanidae (Snappers)
Nama Lain: Jenak, tanda, tetanda, jenahar, unga
Ciri Fizikal: Berwarna kuning keemasan dan bertanda hitam pada bahagian ekor.
Diet: Anak ikan, udang, sotong (cumit & kurita), ketam dan pelagik (alga & plakton)
Habitat: Kawasan muara dan pantai berkarang, sungai dan kawasan pokok bakau.
Taburan: Indo Pasifik, Laut China Selatan, Selat Melaka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...