Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

Genus: Barbonymus

Species: Barbonymus schwanenfeldii (Bleeker, 1854)

Nama lain: Lampam, Lampam sungai, lampam ekor merah, tinfoil barb

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

 

Morfologi

 

Tengadak adalah nama panggilan bagi Lampam ekor merah atau lampam sungai di Sarawak. Seperti yang kita tahu, spesies ini mempunyai bentuk badan yang menipis dan mengambil bentuk daripada kumpulan order Cypriniformes, yakni dengan kata lain daripada kumpulan dengan bentuk badan seperti ikan Cyprinid.

 

IKLAN

Bagi spesies ini, duri pada sirip dorsal hadir dengan jumlah 3 manakala sirip lembut pada sirip dorsalnya pula berjumlah 8.

 

Pada bahagian bawah, sirip anal lembut berjumlah 5 dan jumlah duri pada sirip anal ialah 3. Spesies lampam sungai mempunyai morfologi yang lebih kurang sama dengan satu lagi ikan lampam yang agak terkenal di Malaysia iaitu lampam jawa.

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

 

Kebiasaannya, ikan lampam mempunyai warna badan keperakan (silvery) atau agak kuning keemasannya bergantung kepada persekitaran habitatnya. Spesies lampam sungai dapat dibezakan dengan spesies lain daripada genus yang sama melalui warna pada siripnya.

 

Bagi seekor lampam sungai, sirip dorsalnya berwarna merah namun terdapat kehadiran warna hitam pada hujung sirip tersebut. Sirip pektoral, pelvik, kaudal dan sirip analnya pula berwarna merah namun terdapat kehadiran garisan margin hitam pada sirip kaudalnya.

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

IKLAN

 

Pada bahagian antara sirip dorsal dan garisan lateral pula, terdapat sejumlah 8 baris susunan sisik antara kedua-dua tempat tersebut.

 

Spesies lampam sungai mampu membesar sehingga panjang 35 cm menurut rekod. Namun bagi kaki pancing, saiz yang biasa didaratkan ialah sekitar 15 cm hingga 20 cm panjang. Lampam yang bersaiz 20 cm panjang sudah memadai bagi seorang kaki pancing untuk mendapatkan kepuasan memancing tinfoil barb ini.

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

 

Habitat Dan Ekologi

 

Secara biologi, spesies lampam merupakan spesies ikan benthopelagik dan hidup dalam persekitaran yang mempunyai pH antara 6.5 hingga 7.

 

IKLAN

Spesies ini biasanya gemar bergerak secara berkumpulan di kawasan pertengahan sungai hingga ke kawasan dasar.

 

Lampam juga boleh ditemui di habitat sungai mengalir yang bersaiz sederhana hingga ke sungai yang besar. Kadangkala terdapat lampam boleh ditemui di kawasan limpahan sungai terutama selepas musim banjir.

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

 

Selain itu, kajian yang mengambil spesimen di Timur Kalimantan menunjukkan spesies lampam hidup dalam persekitaran yang mempunyai suhu lingkungan 20.4°C hingga 33.7°C.

 

Diet

 

Jika menghakimi daripada bentuk luaran, pastinya tidak dijangka bahawa spesies lampam merupakan spesies ikan yang pelahap. Sekumpulan lampam akan memakan makanan yang berada di depan mata sehingga habis.

 

Bergerak secara berkumpulan, biasanya spesies ini dikategorikan sebagai herbivor dengan diet utamanya tertumpu kepada makrofit akuatik dan juga tumbuhan separa tenggelam termasuk alga.

 

Kenali Spesies Tengadak Dari Sarawak

 

Begitu pun, kerakusan diet pemakanan spesies ini terbukti apabila turut sama menjadikan serangga kecil di permukaan air sebagai makanannya. Malahan, dalam pancingan juga terbukti ikan ini bukan herbivor semata-mata kerana umpan cacing dan cengkerik juga mampu menaikkan spesies lampam.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI