Ikan tengas dengan nama umumnya copper mahseer adalah dari genus Neolissochilus (bukan dari spesies kelah dalam genus Tor) dengan nama ganus saintifik Neolissochilus,

juga dikenali sebagai Ikan kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae).

 

Taksonomi ikan tengas ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.

Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.

Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.

 

Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies Neolissochilus soroides lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak di kawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia.

Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah.

 

Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan ikan kelah (Tor tambra), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.

IKLAN

Namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.

 

Ikan tengas mampu membesar sehingga 120 cm dan berat sehingga 11 kg. Ikan tengas dewasa mengawan di sungai dan sungai yang mengalir dengan sungai berbatu tengah-tengah sungai.

 

Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana pemijahan berlaku pada batu dan kerikil.

Pemijahan berlaku dari April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.

Tengas jantan dikatakan mencapai kematangan pada saiz 9 cm. Daging dianggap lazat dan permintaan pasaran sangat bagus.

IKLAN

 

Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional

menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan.

 

Spesies-spesies dalam genus Neolissochilus

 

YearScientific NameEnglish NameDistributionMax. Length (cm)
1999Neolissochilus baoshanensisAsia17.4 SL
1936Neolissochilus benasiAsia.17.4 SL
1940Neolissochilus blanciAsia
1870Neolissochilus blythiiAsia5 TL
1877Neolissochilus bovanicusBowany barbAsia36 TL
1870Neolissochilus compressusAsia
1878Neolissochilus dukaiAsia
1940Neolissochilus hendersoniAsia
1999Neolissochilus heterostomusAsia23.2 SL
1839Neolissochilus hexagonolepisCopper mahseerAsia120 TL
1839Neolissochilus hexastichusAsia
1916Neolissochilus longipinnisAsia47.5 TL
1969Neolissochilus namlenensisAsia
1893Neolissochilus nigrovittatusAsia13 TL
1945Neolissochilus paucisquamatusAsia
1904Neolissochilus soroidesAsia45 TL
1845Neolissochilus spinulosusAsia
1870Neolissochilus stevensoniiAsia
1871Neolissochilus stracheyiAsia60 SL
2003Neolissochilus subterraneusAsia22.5 SL
1916Neolissochilus sumatranusAsia14.8 TL
1933Neolissochilus thienemanniAsia21.1 TL
1937Neolissochilus tweedieiAsia
1945Neolissochilus vittatusAsia

 

IKLAN

 

Taksonomi:

 

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Kelas: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Keluarga: Cyprinidae

Genus: Neolissochilus

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI