Ketam bunga merupakan spesies ketam natif di Lautan India dan Pasifik, serta Laut Mediterranean. Antara lain ciri-ciri pengenalan ketam bunga adalah chelipeds atau kaki sepit yang panjang, karapas atau cangkerang bulat yang boleh tumbuh dari 5-7cm hingga 20cm lebar.
Ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Portunus pelagicus lazimnya memasuki estuari untuk mencari makanan dan tempat perlindungan. Kitaran hayatnya banyak berlegar di estuari sebagai larva dan ketam juvenil menggunakan habitat ini untuk pertumbuhan dan pembangunan.
Ads
Sebelum menetas, ketam betina bergerak ke dalam habitat laut yang cetek, melepaskan telurnya dan larva yang baru menetas bergerak ke muara sungai.
Ketam bunga dikenali kerana tabiat mereka untuk tinggal di bawah lumpur atau pasir untuk jangka masa yang panjang, terutamanya pada siang hari dan mereka mempunyai toleransi yang sangat tinggi terhadap ammonia dan nitrat.
Ads
Mereka memakan microalgae dan ikan kecil dan mereka tidak dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang apabila keluar dari air laut dan juga merupakan perenang yang benar-benar hebat.
Ads
Portunus pelagicus lelaki dipercayai menjadi lebih bersifat kewilayahan dalam air sejuk. Ini mungkin menjelaskan mengapa ketam jantan jarang dilihat dalam jarak dekat antara satu sama lain di perairan yang lebih sederhana. Ia juga boleh menjelaskan kenapa ketam betina kelihatan lebih produktif di kawasan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan mahseer amat sinonim dengan negara India kerana nama mahseer itu sendiri dipetik dari bahasa Hindi iaitu mahasir atau ahaser. Sementara pemancing British yang menetap di India menamakan kumpulan ikan mahseer ini sebagai salmon India. Terdapat banyak spesies dan subspesies mahseer di India dan berikut merupakan spesies yang diiktiraf oleh saintis India.
Orange fin mahseer atau humpback mahseer boleh ditemui di Sungai Cauvery dan cawangannya. Spesies ini masih belum diberi nama saintifik dan sebelum ini dirujuk sebagai Tor Mussalah, nama yang tidak diterima oleh beberapa ahli taksonomi.
Hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa spesies ini (yang terbesar daripada genus Tor mampu mencapai melebihi 45 kg) boleh menjadi terancam walaupun ia tidak lagi tertera pada Senarai Merah IUCN. Spesies ini boleh layak untuk menjadi “fauna mega” oleh IUCN dan sangat memerlukan pemuliharaan dan pengurusan stoknya.
Golden mahseer (kelah emas) atau nama binomialnya Tor putitora ditemui di sungai-sungai Himalaya. Ia merupakan mahseer terulong yang dicari oleh penggemar pancingan mahseer seluruh dunia.
Blue Fin mahseer atau Deccan mahseer (kelah biru) atau nama binomialnya Tor khudree pertama kali digambarkan oleh Sykes dari timur sungai Mota Mola Pune. Spesies ini juga ditemui di sungai-sungai lain di Deccan Plateau.
Red finned mahseer (kelah sirip merah) atau nama binomialnya Tor tor ditemui di sungai-sungai India tengah.
Chocolate mahseer atau copper mahseer (tengas?) atau nama binomialnya Neolissochilus hexagonolepis banyak terdapat di rantau Himalaya dan Semenanjung India.
Malabar Mahseer atau nama binomialnya Tor malabaricus ditemui di Ghats Barat.
Tergolong dalam keluarga ikan grunter maka tidak menghairankan ikan gerut-gerut atau gegerut memiliki banyak persamaan dengan ikan tebal pipi. Kedua-kedua ini merupakan antara spesies sasaran utama pancingan muara.
Walau bagaimana pun, jika diperhatikan dengan teliti anda dapat melihat perbezaan antara gegerut dan tebal pipi yang agak ketara.
Gegerut
Nama saintifik: Pomadasys kaakan / P. maculatus / P. argenteus
Nama umum: White-finned Javelin-Fish, Head Grunter, Smallspotted, Blotched, Saddle Grunter.
Nama tempatan: Kepala Batu, Gerut-gerut, Sebokok, Serkut, Ompak.
Profil gegerut
Ciri-ciri fizikalnya mempunyai bahagian kepala agak keras, sirip-sirip cembung, pada bahagian atas berwarna silver/putih pada badan dan sirip.
Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.
Diet utamanya perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk. Habitat di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.
Taburan kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.
Tebal Pipi
Nama saintifik: Pomadasys auratus
Nama umum: Yellow-finned Javelin-Fish, Jevalin Grunter
Nama tempatan: Tebal pipi, kepala besar, selukut, serkut, ompak.
Profil tebal pipi
Ciri-ciri fizikal tebal pipi adalah mempunyai dua tulang tebal pada bahagian pipi. Sirip pektoral berbentuk cembung dengan warna kekuningan pada bahagian sirip dorsal dan hujung ekor.
Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang.
Diet utamanya sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil dan perumpun.
Habitatnya di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter.
Taburannya kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.
Dari sudut pancingan, ikan kerapu bintik/karang atau boron ini merupakan spesies ikan demersal yang amat digemari kaki pancing.
Nilai utama kerapu boron ini terletak pada kesulitan untuk mendaratkannya serta kesedapan rasanya yang setanding ikan estuari lain khususnya jenahak.
Ikan kerapu boron boleh dipancing di estuari, pesisir pantai hingga perairan sedalam 150 meter.
Walau bagaimana pun keseronokan sebenar memancing kerapu boron ialah memburu spesimen bersaiz besar yang mendapat jolokan ‘tong gas’.
Selain daripada saiz, faktor habitat yang menjadi kediaman kerapu berstatus monster ini turut menjadi penyumbang kepada keseronokan memancingnya.
Kerapu boron tidak memberikan pertarungan yang panjang sebagaimana ikan-ikan pelagik seperti gerepoh atau tenggiri namun pertarungan yang agresif dalam tempoh yang singkat
sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, kerapu boron akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik karang atau sebarang struktur yang ada berhampiran dengannya.
Henjutan boron sememangnya mengujakan
Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu pada statima dan keupayaan tali pancing yang digunakan.
Begitu juga dengan joran dan kekili yang digunakan pemancing.
Sejauh manakah peralatan pemancing mampu mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah berjaya mengeluarkan monster ini padang permainannya.
Di Malaysia, terdapat dua aplikaasi teknik pancingan kerapu boron yang terkenal dan terbuktik berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini.
Aplikasi teknik pancingan pertama ialah teknik pancingan dasar sama ada menggunakan kekili manual atau pun eletrik, dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi atau konvensional yang telah diaplikasikan sejak sekian lama.
Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan kerapu boron yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi tempat persembunyiannya.
Boron makan siang
Walaupun masa bagi spesies kerapu boron memburu mangsanya hampir sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan kerapu ini lebih sinonim pada waktu malam.
Malah sering kali kerapu boron bersaiz besar atau tong gas dinaikkan pada lewat malam atau dinihari.
Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga kerapu boron yang berjaya dipancing pada siang hari.
Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu kerapu boron.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging.
Teknik slow pitch jigging atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat kerapu boron pada siang hari.
Malah ada ketikanya teknik ini lebih berkesan berbanding teknik pancingan dasar pada malam hari.
Atas faktor itulah teknik slow pitch jigging menjadi kegilaan masa kini kepada pemancing kerapu boron tempatan.
Dengan berat jig khusus untuk slow pitch jigging bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur atau lopak tidak dinafikan mampu menaikkan kerapu boron bersaiz tong gas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...