Katak tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia dan memerlukan kehidupan dua alam iaitu di kawasan daratan ketika dewasa dan kawasan berair ketika mengawan, bertelur dan perkembangan tumbesaran pada di peringkat larva (berudu).
Umumnya, katak menggemari keadaan persekitaran yang lembap dan sejuk. Namun, sesetengah spesies katak gemar berada di persekitaran yang kering, dan ada juga yang lebih gemar berada di permukaan daun. Sifat fizikal seperti kulit separa telap yang cenderung kepada kekeringan turut menjadi faktor pemilihan habitat.
Kulit katak yang separa telap berkebolehan menyerap air pada apa-apa jenis permukaan supaya kekal lembap. Tambahan pula, katak adalah haiwan berdarah sejuk dan sensitif terhadap perubahan suhu sekeliling. Kebiasaannya katak memilih untuk berlindung di bawah teduhan bagi mengelakkan kehilangan air yang terlalu banyak.
Ads
Kediaman manusia menyediakan pelbagai bentuk habitat yang sesuai dengan keperluan habitat katak. Kawasan laman bertanah, lantai simen yang sejuk, celahan batu-bata atau pasuan, longkang atau tumbuhan yang menakung air ketika hujan dan permukaan helaian daun sering kali menjadi tumpuan kehadiran dan kediaman katak.
Ads
Apa yang saya tahu terdapat dua jenis katak yang biasa digunakan sebagai umpan memancing haruan. Katak sawah dan katak air. Namun yang lebih banyak diguna pakai ialah katak sawah. Katak sawah atau nama saintifiknya Hylarana erythraea (Famili Ranidae).
Katak sawah boleh dikenali dengan memerhati beberapa perkara berikut. Bahagian atas tubuh spesies ini berwarna kehijauan dan memiliki jalur berwarna krim dan kuning memanjang daripada mata sehingga dubur. Bahagian atas tubuh juga berbintik halus. Ianya mempunyai garisan pada bibir yang berwarna putih dan timpanum yang berwarna merah.
Ads
Kaki yang panjang dan kurus mendorong Katak Sawah untuk melompat dengan sangat pantas dan tinggi. Spesies ini tidak beracun. Purata ukuran panjang muncung hingga dubur bagi katak dewasa jantan adalah 45 mm dan betina 75 mm.
Habitat katak sawah biasanya mendiami kawasan berair seperti tasik buatan dan kawasan terganggu akibat aktiviti manusia seperti sawah padi, ladang, saliran pertanian.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agensi di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan satu penyakit ‘Ketahanan mental akibat kesan timah’ dan menganggapnya sebagai salah satu daripada 10 penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar yang paling berbahaya. Juga, bagi orang dewasa adalah sangat berbahaya.
Pada orang dewasa, deposit utama dalam tulang boleh menyebabkan lumpuh. Di samping itu, kandungan plumbum juga boleh melumpuhkan sistem saraf. Untuk tahap tertentu, plumbum boleh menyebabkan penurunan kekal dalam IQ.
Racun
Timah adalah bahan logam berat yang sangat toksik. Racun ini boleh berlaku jika ada potongan kecil yang dimakan atau dimakan dengan makanan. Di samping itu, proses membentuk timah sebagai alatan memancing (proses pembakaran) berpotensi meracuni pemancing yang membentuk sendiri batu ladung.
Lepuh timah meninggalkan puing-puing di mana ia tercalar. Oleh itu, jika tangan kita terdedah kepada serpihan maka kita makan tanpa mencuci tangan, ia boleh memasuki badan kita. Sekiranya ini berlaku selama bertahun-tahun, maka jelas banyak timah dikebumikan di dalam badan kita.
Luka
Timah mempunyai ketumpatan tinggi, bahkan lebih berat daripada besi. Semakin banyak timah yang digunakan maka semakin tinggi risiko yang bakal dihadapi.
Pengalaman demi pengalaman terjadi pada pemancing. Sebagai contoh mata kail yang dihubungkan dengan batu ladung tersangkut pada di celah batu atau ranting pokok, lalu ditarik maka boleh terjadi batu ladung itu terlempar ke arah tubuh pemancing.
Jika terkena bahagian tubuh yang sensitif, maka akibatnya juga besar. Bagi mengurangkan risiko ini gunakanlah tali sulam yang tidak memiliki memori atau spring sebagaimana tali monofilament atau tangsi.
Pencemaran Persekitaran
Batu ladung yang tergores batu sangat berisiko menyisakan serpihan logam berat itu. Banyak sekali batu ladung yang terbenam di perairan tertentu akibat banyaknya batu ladung yang tersangkut di dasar perairan.
Apa mungkin timah itu berpotensi mencemari ekosistem perairan? Ada kemungkinan. Berkemungkinan timah tersebut terurai dan kemudian terurai dan bersebati dengan air yang mengalir mengikut pergerakan arus. Secara tidak langsung ia akan terserap ke dalam ikan. Dalam badan ikan akan terkumpul unsur logam tersebut dan jika ikan dimakan, ia akan terkumpul juga di tubuh kita.
Itulah beberapa bahaya yang mungkin terjadi jika seorang pemancing berurusan dengan batu ladung dari bahan timah. Meskipun kita mungkin susah untuk menghindari penggunaan timah sebagai pemberat, alangkah sebaiknya kita berhati-hati dalam menggunakan logam berat bernama timah atau timah hitam.
Kalau tidak memancing, kami akan memanjat pokok buah-buahan atau pergi melastik burung punai yang banyak ketika musim menuai tiba.
Aku masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika aku, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengalir ke sawah bertujuan untuk mengairi kawasan sawah.
Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah). Kami pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Aku rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang.
Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang kami sediakan sebelum itu, kami meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai. Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau.
Kalau diikutkan cerita nenek, kawasan di situ agak keras. Banyak peristiwa aneh dan misteri yang berlaku di situ terutamanya pada waktu senja dan tengah malam. Namun pada kami, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia sembilan tahun, hanya keseronokan yang di fikiran.
Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan puyu gemuk goreng berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat kami untuk meneruskan aktiviti memancing pada petang itu.
Memang rezeki kami agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, aku tidak tahu mengapa setiap kali kami melabuhkan joran batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan kami seolah-olah tidak memilih bulu.
Setiap 2,3 minit pasti kami akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat kami tambah membara sehingga kami berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak.
Dalam keasyikan memancing itu, aku dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sudah remang senja. Kawasan sekitar mula diterpa dengan kegelapan malam namun keasyikan menaikkan ikan membuatkan kami berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang kami fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang.
Kami berempat bagaikan dirasuk tentang ikan yang dikail. Kami tidak kisah dengan baju yang sudah lencun dek peluh atau kawasan sekitar yang sudah semakin gelap. Kepenatan langsung tidak terasa hinggakan apabila telingaku mendengar laungan azan bertalu-talu dan tiba-tiba aku dan kawan-kawan bagaikan tersedar daripada mimpi panjang yang menakutkan.
Ketika itulah baru kami terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila kami dapati di sekitar kami adalah satu kawasan gelap yang sungguh asing pada pandangan mata. Ketika itu, aku rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan ibu, abah dan adik-adik di rumah. Aku tidak dapat mengagak waktu ketika itu.
Mungkin pada firasatku baru pukul 7.30 malam. Suara azan berlaung lagi. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Aku pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi. Aku cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hati.
Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan kami. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari kami berempat. Kami dipeluk dan dicium dalam keadaan kami terpinga-pinga kehairanan.
Tiba di rumah, barulah aku tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila kami tidak pulang sehingga jam 7.45 malam, abah mengambil keputusan untuk memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ini. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam. Dan kami hanya dijumpai pada jam satu pagi!
Semenjak hari itu, aku dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Aku tidak tahu mengapakah aku tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, aku bersyukur, aku dan kawan-kawan selamat.
Memori ini walaupun sudah hampir 15 tahun berlalu, namun ia segar dalam ingatan kerana itulah kali terakhir aku memancing bersama rakan-rakan baik di kampung.
Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua dahulu, selain kita sebagai penghuni dunia, ada lagi makhluk Allah yang berkongsi bumi yang sama. Wallahualam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...