Kenali Spesies Ikan Yang Mengandungi Merkuri

Share

 

Boleh dikatakan banyak spesies ikan di laut terutamanya laut dalam mengandungi merkuri. Ia hanya dibezakan dengan peratusan merkuri yang ada di dalam badan sama ada rendah, sederhana atau tinggi.

 

 

Logam berat merkuri merupakan antara elemen yang boleh di temui didalam laut, tasik dan sungai akibat dari pencemaran alam. Di dalam air, merkuri bertukar menjadi methyl mercury, sejenis bahan kimia yang boleh di kesan dalam ikan dalam kuantiti yang RENDAH.

 

 

Dalam kuantiti yang TINGGI, methylmercury boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf manusia. Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi.

 

 

Ikan yang telah dikenal pasti mengandungi kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti berikut:

 

Tilefish

 

Ikan Pedang (Swordfish)

 

Ikan Jerung

 

King Mackeral

 

Ikan ini hanya boleh dimakan beberapa apa kali setiap bulan dan perlu dielakkan untuk ibu hamil, menyusu badan dan kanak kanak. Atau lebih senang lagi, tidak perlulah mengambil ikan-ikan ini sebagai menu. Banyak lagi spesies ikan yang mengandungi zat nak nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh dan ia dapat diperoleh dengan mudah di perairan negara kita.

 

IKLAN