Nama lain : Amazon Redtail catfish / cajaro / pirarara
Nama Saintifik : Phractocephalus hemioliopterus
Negara asal : Amerika Selatan; Amazon, Brazil, Colombia
Spesies baung ekor merah ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan. Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan.
Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka. Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Tilapia
Nama lain: Tilapia
Nama Saintifik : Oreochromis mossambicus
Negara asal : Negara Afrika; Mozambique, Lesotho, Swaziland
Ads
Tilapia merupakan spesies popular dalam keluarga Cichlidae. Spesies ini diperkenalkan bagi pembangunan sektor akuakultur dan sebagai sumber makanan penduduk. Bagaimanapun, spesies dari Afrika ini yang biasanya di kultur
secara sangkar akan menurunkan kualiti air kawasan sekitar. Tilapia yang terlepas ke sesuatu ekosistem pula mampu mengakibatkan pengubahsuaian ekosistem terutama kepada spesies cichlid tempatan serta komuniti bentik sesuatu habitat.
Oreochromis merupakan genus terbesar dalam keluarga cichlid tilapia. Spesies yang biasa ditemui di Malaysia ialah O. niloticus (merah) dan O. aureus (biru).
Ads
Kerapu Lombong
Nama lain : Jaguar chiclid, Jaguar guapote
Nama Saintifik : Parachromis managuensis
Negara asal : Amerika Tengah; Honduras, Costa Rica
Ikan ini diperkenalkan bertujuan membantu sektor ikan hiasan dan juga akuakultur. Biasanya spesies ini boleh ditemui di kawasan tasik-tasik terbiar. Ikan ini mampu bertahan dalam air yang mempunyai kekeruhan tinggi dan berlumpur.
Ads
Walaupun dalam keadaan oksigen yang kurang, spesies ini mampu untuk bertahan lebih lama berbanding spesies tempatan. Ikan ini juga bersifat pemangsa yang boleh mengancam spesies tempatan jika terlalu banyak tanpa kawalan dengan memakan ikan kecil.
Ikan Bandaraya
Nama lain : Armoured catfish, Suckerfish
Nama Saintifik : Hypostomus plecostomus
Negara asal : Amerika Selatan; Brazil, Guyana, Surinam
Ikan bandaraya ini merupakan ikan yang popular di kalangan peminat ikan hiasan. Spesies ini diperkenalkan juga atas dasar kepentingan dalam ikan hiasan di mana kita boleh melihat ikan ini di kebanyakan akuarium. Ikan bandaraya mempunyai sifat menyedut dan berguna membantu dalam pembersihan dalam kitaran dalam sebuah akuarium.
Risiko utama kepada ekosistem yang tidak terkawal pula ialah kemungkinan terjadinya pengubahsuaian struktur dasar dan sedimen bagi sesebuah sungai atau tasik yang berkemungkinan punca terjadinya kerapuhan ban atau tanah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Di seluruh lautan dunia, tercatat ada sekitar 440 spesies jerung atau yu. Ukurannya ada yang kecil seperti lantershark kurcaci (Etmopterus perryi), jerung laut dalam sepanjang 17 cm, hingga sebesar yu paus (Rhincodon typus).
Ikan berukuran mega yang panjangnya mencapai 12 meter. Namun, disenaraikan 10 sahaja jenis ikan yu atau jerung yang unik dan pelik, yang mungkin anda belum tahu perihalnya.
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis yu yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksima 6 meter.
Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Hammerhead shark (Yu tukul)
Yu tukul atau dalam bahasa Inggerisnya disebut hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di ujung kepala.
Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Yu tukul menjadikan ikan-ikan, pari, sotong, dan udang sebagai makanan utama. Yu spesies ini tidak memburu manusia, sebaliknya manusialah yang memburu mereka.
Greenland Shark (Yu Greenland)
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam.
Menurut para pengkaji, kondisi ini berpunca dari rendahnya suhu air di Laut Arktik.
Yu jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun. Hiu jenis ini terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama.
Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi yu Greenland ini pernah tertangkap kamera di laut cetek.
Saw Shark (Yu Gergaji)
Yu gergaji atau saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua.
Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeda pada letak celah insang. Celah insang hiu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala.
Jumlah celah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau.
Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Cookiecutter Shark (Yu Pemotong)
Yu ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam.
Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, yu lain, dan lumba-lumba.
Yu ini juga berupaya merebut makanan dari yu lainnya, termasuk dari jerung putih yang besarnya berkali lipat dari tubuhnya.
Yu ini juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Thresher Shark
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan.
Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala. Sirip punggung kedua jauh lebih pendek dari yang pertama.
Jerung spesies ini merupakan perenang yang kuat dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksima untuk spesies ini adalah 6.1 meter namun umumnya berkisar antara 2-5 meter.
Yu ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Samudera Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Frilled shark
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007.
Yu ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup. Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Samudra Pasifik.
Para pengkaji mengandaikan, yu ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah.
Yakni dengan membengkoknya tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Wobbegong Shark (Yu karpet)
Yu yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus yang juga disebut yu karpet ini bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa.
Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya. Jolokan yu karpet diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet.
Warna tubuhnya coklat keabuan dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut.
Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter. Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Zebra Shark (Yu Zebra)
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah yu yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang.
Hampir sepanjang tubuhnya. Yu spesies ini diberi nama yu zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, yu ini terkadang disebut sebagai leopard shark.
Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Goblin Shark
Goblin shark atau yu Goblin adalah spesies yu yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1.200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.
Ia hidup dengan mengkonsumsi atau memakan ikan, termasuk spesies yu. Goblin mampu membesar panjang sehingga 3,8 m.
Sebagaimana halnya dengan frilled shark, yu goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Sejauh ini, informasi ilmiah mengenai yu goblin masih sangat terbatas. Namun haiwan ini masih wujud, masih ada di perairan Jepun dan beberapa kali berhasil terakam di kamera.
Ikan bandang atau nama umum ladyfish tergolong dalam keluarga ikan Elopidae. Elopidae merupakan keluarga spesies ikan bersirip dengan filamen lembut dan Elops merupakan genus tunggal dalam keluarga Elopidae. Mereka biasanya dikenali sebagai ladyfish, skipjacks, jack-rashes atau tenpounders dan kenali sebagai bandang di negara kita.
Biarpun genus tunggal namun ia terbahagi kepada beberapa spesies seperti Elops affinis (Pacific ladyfish), Elops hawaiensis (Hawaiian ladyfish atau giant herring), Elops lacerta (West African ladyfish atau Guinean ladyfish), Elops machnata (tenpounder), Elops saurus (ladyfish), Elops senegalensis (Senegalese ladyfish), Elops smithi (malacho), dan dipercayai spesies yang terdapat di negara kita adalah dari spesies Elops saurus.
Ikan bandang boleh ditemui di perairan di sepanjang pantai Atlantik Amerika Selatan, di selatan Cape Cod dan di seluruh Teluk Mexico dan Laut Caribbean, dan pantai timur Amerika Selatan ke Brazil. Spesies serupa berlaku di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi sehinggalah ke perairan Malaysia.
Ladyfish hampir menyerupai saudara rapatnya tarpon dan bonefish (semua dalam order Elopiformes) dalam banyak aspek, tetapi mereka mudah dibezakan dari tarpon dengan kekurangan filamen menjajar di belakang sirip dorsal. Ada yang mengatakan bahawa ladyfish mungkin dikelirukan dengan bonefish, tetapi konfigurasi dan saiz mulut jelas menjadi perbezaan ketara.
Ikan bandang memiliki bentuk tubuh memanjang dan pipis dengan keratan rentas bujur padat dan ekor besar ekor bercabang. Berkepala kecil dan kedua-dua mulut dan mata agak besar. Berskala kecil dan nipis. Sementara gigi sangat kecil tetapi agak tajam. Bandang memiliki warna perak di bahagian tepi dan keperakan hijau atau biru di bahagian belakang. Sirip dan ekor dorsal adalah gelap, sirip anal dan pelvis pucat dan mungkin kekuningan.
Ladyfish adalah ikan yang menjadikan kawasan pesisir yang terdapat di seluruh kawasan tropika dan subtropika sebagai habitat, namun ia turut boleh ditemui meneroka perairan sederhana dan beberapa kilometer ke lautan terbuka hingga ke kedalaman kira-kira 50 meter. Spesies ini turut berupaya bertolak ansur dengan tahap kemasinan air dan biasanya ditemui di lagun hingga ke sempadan air payau.
Ikan bandang juvenil bergerak ke estuari sehingga usia matang dan akhirnya bergerak ke luar pesisir pada usia satu hingga tiga tahun. Bandang mampu membesar panjang sehingga satu meter dan berupaya mencapai berat sehingga 10 kilogram.
Ikan bandang dewasa adalah karnivor yang agresif dan menelan seluruh mangsa mereka. Makanan yang menjadi dietnya terdiri daripada ikan-ikan kecil, udang dan krustasea lain. Walau bagaimana pun bandang turut menjadi mangsa kepada pemangsa seperti jerung, ikan-ikan bergigi tajam yang lebih besar, ikan lumba-lumba serta buaya.
Ikan bandang turut merupakan spesies ikan yang dipancing. Tetapi disebabkan ia tergolong dalam ikan yang dagingnya dipenuhi tulang-tulang halus ia tidak ditangkap dan dipasarkan secara komersial. Mereka lebih banyak ditangkap untuk digunakan sebagai umpan atau menjadi spesies hiburan kepada penggemar aktiviti sukan memancing.
Temoleh atau temelian merupakan spesies ikan air tawar yang menjadi idaman bagi kaki pancing.
Selain merupakan spesies kap tempatan yang paling besar, ikan ini juga terkenal dengan sifat agresifnya serta daya henjutan yang sangat kuat.
Nama Lain bagi spesies temoleh ialah Probarbus jullieni. Temoleh juga lebih dikenali dengan nama seven-striped barb selain nama jullien’s golden carp dan isok barb dan datang daripada keluarga cyprinidae.
Spesies ini berasal dari Asia Tenggara dan perairan Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand juga dihuni oleh spesies ini selain Malaysia.
Morfologi
Dari segi morfologi, P. jullieni boleh dikenal pasti berdasarkan ciri utama pada badannya iaitu mempunyai tujuh garisan hitam yang melintang pada badan.
Ciri utama ini boleh dikatakan antara faktor utama spesies cyprinid ini dikenali sebagai seven-striped barb.
Mulut ikan temoleh menghadap dan menjulur ke bawah dan bersesuaian dengan sifat pemakanannya.
Pada muutnya terdapat sepasang sesungut seperti misai yang dipanggil maksila. Spesies ini merupakan omnivor dan mulutnya membantu ketika mencari makanan di dasar sungai seperti tumbuhan akuatik, serangga dan alga.
Bagi temoleh juvenil, badan dan sirip utama berwarna putih cerah selain tujuh garisan hitam melintang pada badannya.
Ketika membesar, warna putih pada badannya akan menjadi lebih kekuningan. Ikan ini mampu mencapai saiz sehingga 70 kg lantas tidak menghairankan jika spesies temoleh atau temelian ini dikategorikan sebagai ikan trofi pancingan sungai.
Taburan spesies
Antara sungai-sungai utama yang menjadi habitat bagi spesies ini ialah sungai di Malaysia, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di Sungai Pahang, Sungai Perak, Tasik Chenderoh dan Sungai Petuang di Terengganu.
Begitu pun, populasi ikan temoleh semakin berkurang dan semakin sukar diperolehi.
Dalam Union for the Conservation of Nature and Natural Resource (ICUN), ikan temoleh dikelaskan dalam senarai merah (Red List) sebagai spesies terancam (Endangered).
Antara faktor utama populasi temoleh ini berkurang adalah disebabkan oleh aktiviti kemanusiaan.
Contohnya, pembinaan empangan di sungai utama yang menjadi habitat ikan ini menyebabkan ikan temoleh tidak dapat naik ke hulu sungai untuk menghempaskan telurnya ketika musim mengawan.
Aktiviti pembalakan di hulu sungai serta penggunaan racun perosak juga mendatangkan akibat buruk terhadap populasi ikan ini.
Selain itu, penangkapan berlebihan (overfishing) juga mungkin menjadi antara punca yang menyumbang kepada keadaan ini.
Diet pemakanan
Bagi fri temoleh atau anak temoleh, mereka menjadikan zooplankton sebagai diet utama.
Semakin membesar (juvenil hingga dewasa) temoleh akan lebih bersifat omnivor dalam diet pemakanannya.
Antara diet utama termasuklah tumbuhan akuatik di dasar, alga, udang, invertebrata dasar sehinggalah yang menjadikan buah-buahan yang jatuh di permukaan air sebagai makanannya.
Tempoh pembiakan
Ikan temoleh menjadikan jangka masa sekitar November hingga Februari sebagai waktu atau musim mengawan.
Ketika ini, ikan temoleh induk akan berenang naik ke hulu sungai dan biasanya akan mencari kawasan berair cetek yang berpasir dan berbatu bagi menghempaskan telurnya.
Di Sungai Tembeling, masyarakat sekitar menamakan musim temoleh mengawan sebagai ‘musim temoleh berlaga’.
Beberapa lokasi utama juga dikenal pasti sebagai tempat temoleh menghempaskan telurnya. Menghempas telur membawa maksud ikan temoleh betina merembes atau mengeluarkan telurnya.
Telur yang dilepaskan akan melekat pada batu atau pasir kerana sifatnya yang melekit sebelum induk temoleh jantan akan melepaskan spermanya ke atas telur ini.
Mengambil kira faktor persekitaran sekarang, peratusan anak temoleh untuk membesar agak rendah dengan pembiakan semula jadi ini langsung menyebabkan populasinya menurun mendadak.
Kepentingan sosio ekonomi
Dari sudut sosio ekonomi, potensi ikan temoleh dilihat sangat tinggi dalam 3 bidang utama perikanan.
Dalam akuakultur, spesies ini mempunyai potensi yang tinggi kerana nilai pasaran yang baik selain proses tumbesarannya juga singkat.
Ditambah dengan kejayaan untuk dibiakkan secara aruhan, spesies ini potensi tinggi dalam akuakultur.
Dalam industri ikan hiasan, spesies temoleh mempunyai nilai tersendiri. Selain daripada andaian ikan yang semakin sukar diperolehi, temoleh juga mempunyai corak badan yang dianggap unik dan menjadi nilai tambah untuk dijadikan ikan hiasan.
Melihat dari sudut potensi perikanan rekreasi, tanyalah mana-mana pemancing, pasti akan dapat melihat potensi temoleh sebagai ikan pancingan sukan.
Dengan saiz, kekuatan dan betapa agresifnya ketika bertarung cukup menjadikan ikan ini sebagai salah satu ikan utama dalam lapangan pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...