Scorpio torpedo yang juga dikenali sebagai hardtail scad, finny scad, finletted mackerel scad atau cordyla scad adalah spesies ikan laut yang diklasifikasikan dalam keluarga ikan jack and horse mackerel family, Carangidae.
Taburan ikan cencaru agak meluas di seluruh rantau Indo-Pasifik tropika, dari Afrika Selatan di barat ke Tonga di timur, memanjang ke Jepun di utara dan Australia di selatan. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Maka tidak hairanlah ia terdapat dengan jumlah yang agak banyak di negara kita.
Ads
Ikan cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya ia boleh ditemui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai. Ia mudah dikenal pasti oleh kedua-dua badan berbentuk ‘torpedo’ dan satu siri sirip yang tersembunyi di bahagian belakang sirip dorsal dan sirip anal.
Ads
Spesies Megalaspis cordyla ini mampu membesar panjang sehingga 80 cm dan berat sehingga 4 kg. Walau bagaimana pun spesimen yang biasa ditemui sekitar 40 cm sahaja. Ia adalah spesies pemangsa dengan menjadikan pelbagai ikan, cephalopods dan krustasea sebagai sumber makanannya.
Ads
Ikan cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian sirip dorsal dan sirip anal.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Selain memancing di laut, Siakap juga boleh dipancing di sungai atau tambak. Memancing di sungai hampir sama dengan mancing di laut. Dalam hal ini sungai yang banyak ikan adalah sungai yang banyak reba atau berupa cerucuk atau pohon bakau.Semasa mancing di tambak, yang perlu diperhatikan adalah waktu pasang naik. Siakap akan selalu berada di sekitar pintu air saat air masuk.
Teknik memancing siakap secara tradisional dengan menggunakan umpan udang putih biasanya dengan kekuatan joran sekitar 7 kaki berkekuatan 10-20lb dan haruslah fast action. Tali mono standard sehingga 25lb. Mata kail, kalau Mustad Saltwater gunakan lah yang no. 1 atau 2.
Ikat mata kail dengan perambut sekitar 15-20cm. Tusukkan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang. Tidak perlu diberi pemberat kecuali memancing di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak dan gewang sama ada melalui kaedah casting atau trolling. Selalunya kaedah trolling membuahkan hasil. Kalau memancingnya pakai reel maka pagar reel (bail arm) harus selalu dibuka. Ini kerana tali harus terus terkeluar bebas mengikut udang yang berenang.
Lepaskan tali keluar dengan menggunakan jari. Akan lebih mudah jika menggunakan kelongsong. Berhati-hatilah dalam mengawal tali yang yang keluar ini, tidak boleh terlalu kuat kerana semasa udang disambar siakap, tali ini akan keluar terlalu pantas.
Karakter siakap semasa menyambar udang biasanya umpan akan terus dibawa lari, tapi udang masih dikepit di bibir dengan posisi kepala di dalam mulut ikan tersebut. Kalau semasa sambaran pertama tali sedikit sangkut oleh jari, udang ini akan terus dilepaskan oleh siakap, dan jika ini terjadi gantilah udang tersebut dengan udang yang baru.
Ketika siakap pertama kali menyambar udang, pedang udang itu akan dipatahkan. Menurut pengalaman, siakap tidak lagi tertarik untuk menyambar udang dengan pedang yang telah patah.
Jadi tekniknya hulurlah tali semasa sambaran pertama dari siakap. Sebentar kemudian, atau lebih kurang 5-15 saat huluran akan berhenti. Siakap berhenti untuk memasukkan seluruh udang ke dalam mulutnya (kemam).
Saat ini kita dengan sangat pelan-pelan menggulung tali dan ditarik tali tidak terlalu kendur. Setelah udang masuk mulut, siakap akan berjalan lagi. Saat inilah yang paling tepat buat menyentak dan terus mengepam joran.
Kadang kala ada siakap yang menyambar dan terus membawa lari umpan tanpa henti. Tunggu dulu dalam waktu sekitar 5-15 saat kalau ikan tidak berhenti terus sahaja menyentak joran.
Waspada juga, kebanyakan cara makan siakap besar. Dia akan menyedut dengan rakus dan keras sekali, tapi hanya berenang pendek. Kemudian dia jalan lagi tapi pelan-pelan. Bersiap-siaplah untuk berlawan atau melayan tarikan dalam waktu yang agak lama.
Pilihan Gewang
Memancing dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim. Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung kebawah seperti udang. Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.
Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah.
Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.
Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.
Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar.
Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50gram hingga 500 gram.
Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu ‘terasa’ beban ketika mengunyah umpan.
Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh ditemui di pasaran tempatan.
Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba pancingan sungai pergunungan sebegini, saya ingin berkongsi sedikit panduan dan info:
Untuk trip melibatkan trekking, persediaan bersenam atau berjoging adalah cara terbaik untuk persediaan. Tidak mengapa jika kita berbadan besar yang penting sihat dan cergas.
Pilih beg yang sesuai untuk tujuan trekking dan hadkan barang yang akan dibawa. Bawa barang yang betul-betul penting untuk digunakan saja.
Pastikan kasut yang dipakai jenis tahan lasak. Bagi saya dan kebanyakan geng trekking, kasut getah berharga kurang dari RM10, sudah cukup baik. Pastikan saiznya tidak terlalu ketat dan longgar.
Pakai stoking untuk elakkan kaki melecet. Gunakan stoking panjang (stoking bola untuk elakkan serangan pacat dan terkena duri).
Pakai pakaian yang cepat kering. Kalau boleh elakkan pakaian material cotton yang menyerap dan menyimpan air. Dan jangan lupa bawa sleeping bag kerana cuaca malam sangat sejuk.
Maksimum dua joran setiap seorang. Jangan bawa joran 1 piece. Jika ada travel rod 3-5 pieces lagi bagus. Dan pastikan joran yang dibawa bersesuaian dengan jenis pancingan sungai pergunungan.
Bawa kelengkapan sewajarnya seperti tiub motosikal, minyak petrol tambahan, pam angin, spanar, jika menaiki motosikal. Untuk perjalanan dalam hutan, sebaiknya tukar tayar kepada tayar berbunga cross.
Buang atau tanam sampah (tin kosong, plastik) di satu tempat, jangan sepahkan ia. Tanamkan sikap menyayangi alam semula jadi yang bersih dan sihat.
Pastikan jalan dalam kumpulan, elakkan dari terpisah jauh dengan rakan. Setiap orang pastikan nampak kelibat rakan di hadapan dan rakan di hadapan pula kena pastikan ada rakan di belakangnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...