Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak.
Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Ads
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan).
Selain ditangkap sebagai sumber protien, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ads
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Ads
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kerapu tikus atau boleh dianggap seperti raja di kalangan keluarga kerapu atau grouper. Ini kerana ikan ini diletakkan sebagai spesies kerapu yang paling mahal di pasaran. Dengan isinya yang lebih halus, sedap dan lebih berkualiti, tak hairanlah harganya begitu tinggi di pasaran.
Habitat ikan kerapu tikus ini adalah di sekitar kawasan karang laut seperti di perairan Pantai Timur dan yang paling banyak sekali di perairan Sabah. Diet utama ikan ini adalah hirisan sotong dan ikan dan teknik yang biasa digunakan pemancing adalah teknik pancingan dasar.
Harga pasaran: RM100 ke atas per kilogram. Jika dieksport ke luar negara ia mampu mencecah harga USD40 sekilogram. Fuhhh!
Ikan kerapu pisang merupakan spesies kerapu kedua termahal yang ada di perairan Malaysia. Spesies ini mempunyai tona yang menarik pada badannya iaitu merah menyala dan terdapat bintik-bintik kecil berwarna putih, kuning atau biru pada badannya dan ekornya pula berbentuk seperti bulan sabit. Ia sering menjadikan kawasan karang sebagai habitat utamanya. Spesies ini juga sangat lazat dijadikan hidangan. Tak hairanlah harganya begitu mahal di pasaran.
Harga pasaran: RM50-RM75/kg (harga peraih) RM75-RM150/kg (harga restoran) mengikut kawasan.
Spesies kerapu ini merupakan kerapu yang paling biasa dinaikkan kaki pancing Malaysia. Sering menjadikan kawasan karang, kapal karam, kawasan berbatu sebagai habitat persembunyiannya. Lebih terkenal sebagai pemangsa hendap yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing. Ikan kerapu jenis ini biasanya boleh terpedaya dengan umpan sotong atau udang hidup, hirisan sotong, ikan, dan kini ia juga boleh diperdaya dengan besi jig.
Harga pasaran: RM30-RM50/kg (harga peraih) RM50 ke atas per kg (harga restoran)
Panduan mudah ini sering dipandang remeh, namun ia merupakan asas dan perkara paling mudah untuk dilakukan. Jika anda pergi memancing di hutan atau di mana-mana, pastikan anda membawa pulang sampah atau menanamnya.
Jangan sesekali membiarkan sampah merata-rata terutama jenis plastik dan polimer. Begitu juga dengan botol minuman berkaca, jangan sesekali membuangnya terus ke dalam air dan membiarkannya tenggelam kerana ia lebih memburukkan keadaan dasar sungai.
Anda tidak perlu untuk menangkap secara berlebihan jika untuk dijadikan makanan. Jika ingin membawa pulang, amalkan konsep bag limit. Malah, ikan yang bersaiz kecil dan tidak sesuai dimakan, lebih wajar untuk dilepaskan kembali.
Cukup sekadar bergambar sebelum dilepaskan untuk dijadikan kenangan. Sesetengah spesies mengalami ancaman kepupusan.
Mungkin bagi sesetengah tempat atau kawasan masih banyak, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana mungkin ia telah sukar didapati bagi kawasan lain pula.
Peraturan dan etika memancing wujud untuk memelihara ikan dan sumbernya agar kita terus dapat menikmati dan berkongsi keseronokan memancing.
Tiada sebab untuk anda memancing secara semborono tanpa mengikut etika dan peraturan memancing. Keseronokan memancing perlu seiring dengan etika dan peraturan terhadap sumber dan ikan itu sendiri.
Setiap pemancing perlu melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral terhadap sumber. Pemusnahan sumber seperti kegiatan menuba, bom ikan, penggunaan elektrik dan lain-lain perlu dicegah bersama-sama.
Walaupun di Malaysia, pemancing tidak diiktiraf, tidak ada salahnya jika kita pemancing, mengambil peranan ini terlebih dahulu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.
Siapa tahu suatu hari nanti, kerajaan melihat pentingnya peranan pemancing, mungkin akan ada ‘Jabatan Pemancing’ untuk kita berhubung terus untuk sebarang masalah.
Jangan sesekali memusnahkan atau menokok tambah kecantikan asli sesuatu kawasan. Kita sering melihat lakaran atau torehan nama pada batu atau pokok di hutan kononnya sebagai kenangan abstrak pernah ke sana.
Ia tidak patut berlaku malah sebenarnya perbuatan ini lebih mencacatkan persekitaran dan nilainya. Biarkan pokok-pokok atau bunga-bunga tumbuh meliar dan jangan sesekali memetik atau merosakkannya.
Seorang pemancing yang bagus akan sentiasa terus belajar untuk menambahkan ilmu dalam memancing. Ini termasuk meningkatkan teknik memancing, meluaskan ilmu tentang sifat ikan dan sentiasa tahu jika apa yang pemancing lakukan boleh mendatangkan akibat buruk kepada sumber.
Dengan ini, anda mampu menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada punca masalah. Anda tidak perlu untuk terus tahu tentang segalanya, namun anda mampu untuk belajar sesuatu daripada setiap trip yang anda lalui.
Setiap pemancing perlu berkongsi tentang kesedaran dan ilmu dengan pemancing lain. Malah ia mampu menarik perhatian bagi individu lain untuk terjun ke dunia memancing.
Berkongsi ilmu sebegini lebih mendatangkan manfaat berbanding hanya kita yang tahu dan mempraktikkannya.
Ciri Fizikal: Berwarna cerah kehijuan di atas, setengah kehitaman di bahagian mulut kebawah, badan lebar memanjang.
Diet: Hampir keseluruhan ikan pelagik kecil , krutesia dan serpihan daging ikan lain.
Habitat: Dasar berkarang. Terumbu serta kawasan tukun. Lebih tertumpu di tanjung pulau di mana perolakan arus berlaku.
Taburan: Dari Laut Merah hingga ke kawasan terumbu Australia termasuk Asean.
Tempatan: Sekitar pulau-pulau berkarang di Selat Melaka, Laut China Selatan serta Sabah mendominasi populasinya.
Salah satu spesies ikan laut yang sukar untuk saya dapat semasa trip memancing. Dalam 20 trip mungkin hanya satu trip saja yang pernah ikan ini diperolehi. Biasanya dapat ikan cermin (Carangoides dinema), 2 jenis ebek (Alectis ciliaris & Alectis indicus), retek (Carangoides armatus), jemuduk (Carangoides gymnostethus) dan gerepoh (Caranx ignobilis.
Saya sendiri masih lagi keliru dengan banyak nama yang diberikan dtermasuk Sabah dan Sarawak yang nama ikan berlainan sama sekali dengan semenanjung. Di kawasan Pangkor, panggilan ikan sagai yang biasa didaratkan oleh pemancing merujuk kepada satu famili ikan Carangoides lain iaitu ikan rambai menyerupai bentuk ikan cermin tetapi mempunyai hujung sirip dorsal lebih panjang. Bagi saya ia berbeza dengan nama sagai di pantai timur.
Jumlah tangkapan mengikut sumber pendaratan ikan negara menunjukkan kawasan Pantai Timur Semenanjung menyumbang hampir 60 % jumlah tangkapan keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak.
Ikan ini banyak dikeringkan di kawasan kepulauan Sabah disebabkan kurangnya kemudahan logistik untuk pemasaran. Teknik tangkapan yang banyak memerangkap ikan ini dengan cara bubu dan pukat cerut atau tangkul di pantai timur.
Sagai sekali pandang menyerupai ikan cermin berwarna putih cerah kehijauan. Cermin agak gempal atau lebih lebar tetapi lebih pendek dari sagai untuk berat yang sama. Jika sagai dibandingkan pula dengan jemuduk biasa, sagai nampak lebih slim kerana jemuduk bentuknya bujur membulat kurang lebar dari sagai. Sirip dorsal di atas badan lebih gelap manakala sirip pektorial dan pelvik di bawah badan putih kejernihan.
Mulut seakan bentuk negro di mana bibir besar di bahagian bawah. Ekornya tirus bercabang untuk membuat pecutan sambil dibantu sirip yang memanjang hingga setengah badan. Kekuatan ikan ini lebih dibantu oleh badan lebar memanjang. Saiz maksimun kurang dari 2 kaki atau sekitar 5 hingga 8 kg dengan pembesaran maksimun ialah 50cm.
Di sebabkan bentuk badannya meleper dan berekor tirus memanjang sagai boleh dikelaskan ‘gamefish’ kelas pertengahan. Sistem pertahanan dan pecutannya boleh mengigaukan banyak pemancing.
Sagai dan keluarganya yang lain boleh tinggal dalam satu kawasan. Keluarga ikan trevally @ jacks dan Pompanos rata-ratanya gemar berkumpul di kawasan tukun, karang dan tepi pulau yang berbatu. Ikan yang dalam bahasa Inggerisnya dikenali barcheek trevally boleh dijumpai merayau di kawasan unjam, beting dan permatang pasir, lagun, kawasan alur pesisiran pantai serta kawasan pinggir karang selain habitat utama laut berstruktur karang dan tiang objek berbunga karang lembut.
Ikan ini lebih tertumpu di kawasan air dengan kedalaman dari 1 kaki hingga 300 kaki dan gemar kepada perairan yang jernih dan banyak berkeliaran dari dasar hingga pertengahan air. Dengan ini ia mampu bertahan dan melawan kudrat dengan pemancing di atas dan bawah permukaan air.
Sifatnya bergerak dalam kumpulan yang besar bersama-sama dengan spesies yang satu keluarganya. Sejenis ikan karnivor dan sering bergerak mengikut kumpulan ikan dalam rangkaian makanannya seperti anak ikan selayang, ikan tamban yang juga merupakan satu keluarga dengannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...