
Sesuatu yang mengagumkan tentang sotong ialah habitatnya pada kedalaman 300meter hingga 1,300 meter dalam paras laut dan berasal dari Lautan Pasifik Utara.
Kebanyakannya boleh ditemui pada kedalaman purata 300meter dan akan pergi lebih dalam apabila tiba waktu membiak.Ia juga gemar membenamkan tubuhnya dalam pasir jika sedang bersembunyi di dasar lautan.
Saiz dewasa badan haiwan ini hanya berukuran 5 hingga 6 sentimeter panjang, dan saiz sotong betina lebih besar daripada sotong jantan.
Hidupan yang aktif pada waktu malam ini juga suka berada di lantai laut dan bergerak menggunakan sirip sisinya atau menembakkan air dari rongga tubuhnya.
Apabila diganggu, ia akan mengelirukan musuh dengan memancutkan dakwat hitam lalu melarikan diri.
Jangka hayat haiwan ini hanya bertempoh dua tahun bermula dari waktu di dalam telur dan mati apabila pembiakan dilakukan.
Sotong betina akan bertelur di kawasan tersembunyi seperti di bawah batu dan akan mati selepas bertelur.
Telur-telur ini mempunyai bahagian luaran yang keras sebagai pelindung dan menetas selepas 5 hingga 9 bulan dan mereka akan memakan hidupan lautan dalam yang lebih kecil seperti udang.
Trip Trobek – Susahnya Nak Dapat Lesen Tenggalan!!

Ketika pertama kali tiba di sini, penulis melihat cukup ramai pemancing memenuhi lubuk di tepi sungai dengan berbekalkan joran masing-masing. Di Gerik, memancing tenggalan boleh dikatakan bermusim dan spesies ini turut menjadi antara spesies kegilaan pemancing di Sungai Perak.
Sebelum ke sini, rakan penulis telah mencuba ‘riki’ tenggalan di sini selama 3 minggu berturut-turut. Menurutnya, dalam tempoh itu, hanya sekali dia pulang hampa dengan tangan kosong. Setelah berkira-kira, kami berpendapat kemungkinan mendaratkan tenggalan masih tinggi.
Namun hari pertama, kami pulang dengan tangan kosong. Keadaan arus sungai yang deras membawa sampah dan daun-daun kering agak mengecewakan. Umpan yang dibaling hanya mendaratkan sampah apabila dikarau.
Menurut pemancing di sini, sampah yang dibawa arus menyebabkan umpan menjadi tersorok antara kemungkinan yang menyebabkan kami ‘kumpau’ sampai ke pagi. Menurut Pak Andak, seorang pemancing tegar yang ditemui, arus deras disebabkan berkemungkinan daripada pelepasan air di empangan sekitar sini.
Hari kedua, kami mencuba lubuk berlainan memandangkan arus sungai masih tidak berubah. Selepas Asar, kami meneruskan misi tenggalan di Gerik ini. Keadaan tidak banyak berubah berbanding semalam, dari petang hingga ke malam langsung membawa ke pagi masih hampa.
Sekitar jam 7.00 pagi, barulah kami dikejutkan dengan lenturan hujung joran. Bergegas rakan penulis menyentap dan berjaya menaikkan tenggalan pertama. Selepas itu, barulah agak galak ikan menjamah umpan. Dah extra time barulah ikan di sini sudi menjamah umpan.
Pak Andak yang tiba pagi tersebut turut tidak ketinggalan menaikkan tenggalan bersaiz sekitar 600 gram. Menurut Pak Andak, saiz tenggalan yang lebih besar sudah sukar diperolehi dengan mata pancing sekarang.
Beberapa pemancing lain yang melabuhkan pancing sekitar kami juga turut berjaya mendaratkan spesies tenggalan. Namun saiznya tiada yang bersaiz lebar dua tapak tangan seperti yang diidamkan. Cuma kateh saja.
Istilah kateh digunakan oleh pemancing di sini bagi merujuk kepada tenggalan juvenil atau tenggalan yang bersaiz kecil. Istilah ‘kateh’ terhapus apabila saiz tenggalan tersebut mencapai saiz ‘secekak’ iaitu mampu dicekak oleh tangan orang dewasa.
Memancing Dengan Penunggu Lubuk!!

Dengan bantuan lampu suluh, mereka berdua terus berjalan menuju ke Lubuk Batu yang terletak tidak berapa jauh dari pondok perjumpaan mereka. Dalam 15 minit sahaja berjalan kaki sudah sampai ke tempat yang agak popular di kalangan pemancing tempatan.
Lubuk ini bukan sahaja terkenal kerana penghuninya yang bersaiz mega tapi terkenal juga dengan pelbagai kisah misterinya. Tambahan pula di sebelah lubuk ini adalah kawasan perkuburan lama. Ini menambahkan lagi keseraman kawasan ini. Tapi, memancing punya pasal semua perkara itu ditolak ke tepi.
Sebaik sahaja sampai, tanpa berlengah lagi umpan dipasang untuk menduga penghuni lubuk itu. Umpan buah ara yang dipotong dadu diharapkan dapat memikat ikan patin atau apa sahaja ikan yang ada di sini. Tidak sampai 5 minit, joran Rahimi melengkung dengan kuat tanda umpannya sudah mengena. Sepantas kilat Rahimi terus mengepam talinya.
“Baru baling terus kena!!” teriaknya sambil melayan tarikan ikan dengan berhati-hati agar tidak terlucut. Hasil pertamanya ialah ikan patin seberat 2 kilo. Dengan semangat berkobar, segera dicangkukkan lagi umpan buah ara untuk mendapatkan hasil yang kedua.
“ Aku dapat lesen dah ni. Kamu bila lagi?” gurau Rahimi kepada Aboy yang dari tadi senyap tidak bersuara.
Sejam sudah berlalu, tapi Rahimi masih tidak putus-putus menerima sentapan dan tarikan ikan. Memang banyak rezeki dia malam tu. Tong yang dibawanya hampir penuh dengan ikan.
Dalam melayan sentapan ikan hatinya berasa tidak sedap hati kerana rakannya langsung tidak bersuara. Hanya duduk membatu memandang ke sungai sambil memeluk kedua kakinya. Dia baru perasan cahaya bulan malam tu seolah-olah menembusi tubuh temannya. Rahimi mula rasa gelisah.
Tiba-tiba temannya berpaling memandangnya. Dengan mata yang dan wajahnya yang menakutkan mengejutkan Rahimi. Barulah disedarinya bahawa itu bukan Aboy temannya. Dalam situasi yang tidak disangka itu ia teringat pesanan orang tua iaitu jika terjumpa dengan benda misteri buat seolah-olah tidak nampak sahaja.
Makhluk itu menghampirinya. Jantung Rahimi seperti hendak gugur berdegup kencang tetapi digagahinya juga seolah-olah dia tidak nampak makhluk itu yang sudah duduk di sisinya. Dalam kesunyian malam itu tiba-tiba makhluk itu berbisik ke telinga Rahimi.
“Pura-pura tidak nampak iye.…..”
Tidak tahu betapa lajunya Rahimi berlari ketakutan meninggalkan lubuk itu. Segala peralatan memancingnya ditinggalkan.
Inilah pertama kalinya dia mengalami pengalaman sebegini. Seluruh tubuhnya dibasahi peluh walaupun cuaca malam itu dingin sekali.
“Rahimi!! Rahimi!” teriakan suara memanggil namanya mengejutkannya.
Kelihatan Aboy sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.
“Aku minta maaf sebab tak dapat ikut kamu memancing semalam. Mak aku tiba-tiba kena lelah. Aku kena hantar dia ke hospital semalam. Aku tak sempat nak beritahu kamu malam tadi,” tutur Aboy.
Rahimi terpinga-pinga. Dia kelihatan keliru dan wajahnya sekali lagi bertukar menjadi pucat. Dia teringat tentang ‘Aboy’ yang bersamanya memancing malam tadi tanpa suara. Patutlah selama ini, pesan orang-orang tua di kampungnya selalu berkata kena beringat ketika memancing dan hendaklah berteman, lebih-lebih lagi di waktu malam, terutama di Lubuk Batu.
Dia yang selama ini, tidak pedulikan langsung teguran dan nasihat, akhirnya akur perlu sentiasa berhati-hati ketika keluar memancing. Selepas menceritakan apa yang berlaku Aboy, ternyata Rahimi begitu fobia untuk keluar memancing, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Masalah Kalau Beli BC Tak Berkualiti!!

Percaya atau tidak, pada dasarnya reel BC memang bukan reel murahan kena tetap memiliki design khusus. Tetapi banyak part yang diperbuat daripada material yang kurang berkualiti. Ia tidak menghasilkan prestasi dan kurang selesa dipakai.
Yang jelas sangat terasa adalah kelembutan lontaran dan proses mengayuh. Selain itu, ia mudah kusut dan lontaran tidak lancar.
Disebabkan materialnya tidak berkualiti, antara part yang paling cepat rosak adalah gear dan rotor. Selain menimbulkan masalah yang telah dijelaskan, bearingnya juga mudah haus dan atau pecah. Lebih parah bila dah rosak, nak dapatkan sparepart pun susah.
Kerana harganya murah, kita cenderung tidak begitu memperhatikan soal selenggara sehingga reel kelihatan semakin buruk dan seolah-olah tidak boleh digunakan lagi. Berbeza keadaannya jika kita memiliki reel yang mahal dan bagus, maka kecenderungan untuk selenggaranya pasti ada.
Idealnya, set baitcasting adalah set memancing yang agak berprestij. Tapi jika kita menggunakan alat murahan, secara harfiahnya ia tidak begitu kelihatan berprestij. Secara tidak langsung kita tidak akan dipandang sebagai pemancing yang tidak berwibawa.
Teknologi terbaru tidak mungkin diguna pakai dalam pembikinan baitcaster murahan. Mana mungkin untuk mencipta rekod tangkapan sekiranya jika reel sering berhadapan dengan pelbagai masalah.
Itu merupakan beberapa yang perlu dipahami perihal risiko membeli reel BC murah. Sudah ramai pemancing yang pernah pernah membeli set pancing begitu dan akhirnya menyesal.
Bila dah tak boleh pakai, terpaksa beli yang lain pula. Rosak lagi, beli. Sedangkan jika beli set BC yang berkualiti walaupun barang secondhand, ia jauh lebih murah.