IKLAN

 

Spesies Chicla temensis ini berasal dari lembangan Orinoco dan Rio Negro, serta beberapa sungai kecil di pusat Amazon, di Brazil, Venezuela dan Guyana.

Dalam julat asalnya, ia pada dasarnya terhad kepada sungai hitam dan cabang anak sungainya.

Namun percubaan pengenalan telah dibuat dari julat asalnya, tetapi ia tidak dapat ditubuhkan di Florida atau Texas. Sebaliknya, ia telah berkembang di Singapura.

 

 

C. Temensis adalah spesies cichlid Amerika Selatan yang sangat besar. Ia merupakan sumbermakanan bernilai dan ikan sukan yang berharga.

Ia mampu membesar panjang sehingga 1 meter (3.3 kaki) dan berat sehingga 13 kg (29lb). Dengan memiliki saiz sedemikian ia bukan sahaja cichlid terbesar di Amerika Selatan, dan mungkin cichlid terbesar di dunia!

 

IKLAN

 

C. temensis menyerupai spesies ikan merak atau peacock bass lain, tetapi umumnya lebih panjang dan langsing.

Spesies dewasa sangat berubah-ubah dalam corak warna, yang mana ia menyebabkan kekeliruan dalam penentuan jantina dan pembiakan.

Hanya pada tahun 2012 pengesahan telah dilakukan corak dan paten spesies yang mampu membiak dan sebaliknya.

 

IKLAN

baca juga 15 spesies peacock bass

 

Seperkara yang unik tentang spesies c. temensis ini kerana mempunyai 2 fasa warna iaitu ‘ASSU’ seperti warna peacock bass yang sering kita lihat di negara kita dan fasa warna ‘PACA’ di mana warna badannya menjadi lebih gelap.

Fasa warna paca sering berlaku apabila ikan ini berada pada musim membiak.

 

 

 

Manakala paten warna ikan ini agak kompleks kerana variasi morfologinya. Selalunya mempunyai bintik hitam (assu) atau bintik putih/kuning (paca) pada garisan melintang pada badannya.

 

Selain itu, C. temensis mempunyai 3 garisan bar pada badannya dalam kedua-dua fasa. Terdapat juga corak pada bahagian mata hingga ke hujung bahagian operkulum yang menjadi antara paten warna kepada ikan ini.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan