Ia adalah jenis ikan sub-tropikal yang tertumpu di kawasan laut iaitu sifat utama ikan marin laut. Sesuai dengan biologi habitatnya, ikan merah boleh ditemui di kawasan berbatu, batu dan bunga karang, reba kayu, tukun dan kawasan kuala sungai yang agak dalam yang terbuka.
Habitat begini memudahkan tabiatnya yang gemar menyambar mangsa, kawasan yang disebutkan tadi adalah yang mempunyai pelindung (tempat persembunyian) kepada mangsa dan dari pemangsa. Ini juga digunakan oleh spesies ini sebagai penangkis kepada pemancing untuk menaikkannya walaupun mata kail sudah berada dalam mulutnya.
Ads
Ads
Keupayaannya menyelinap di reba maupun karang apabila menyedari bahaya di persekitaran tidak boleh di pertikaikan selaras dengan sifat semulajadi ikan marin. Sesuai sifatnya banyak ikan merah sepang yang saya pancing dan temui di sekitar Pulau Ketam ialah kawasan reba dan tukun buatan selain di tepi-tepi sangkar ikan.
Populasi ikan ini tidak begitu meluas kerana ancaman persekitaran dan perebutan wilayah terutama dengan siakap merah yang lebih agresif sifatnya. Jelas menunjukkan ikan merah sepang masih mencari struktur dasar sebagai habitat pilihan jika hidup di luar sangkar.
Ads
Amat bagus juga jika ikan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai habitat kerana jika ada pilihan tidak perlu lagi ke laut tengah untuk mencari ikan bermutu. Tidak berani saya menghuraikan lebih lanjut mengenai habitat ikan ini memandangkan tidak ada info tepat mengenai kewujudan ia di Laut China Selatan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spesies toman boleh dikatakan spesies ikan sukan air tawar yang wajib dibanggakan oleh pemancing Malaysia. Keupayaan dan kehebatannya dalam pertarungan serta sifat ganasnya menjadikan toman spesies yang didambakan tanpa jemu.
Toman dengan mudah boleh mencapai saiz sepanjang satu meter. Setiap kawanan anak toman yang masih merah biasanya dijaga oleh sepasang induk sehinggalah mereka membesar dan pecah jalur di badannya.
Ia sangat sensitif dan agresif terutama ketika menjaga kawanan anak-anaknya. Diet utama bagi pemangsa karnivora ini ialah ikan dan udang. Habitat toman biasanya di kawasan tasik di mana terdapat sambungan sumber aliran sungai.
Ikan toman wajar diangkat sebagai ikon game-fish untuk spesies tempatan di negara. Sayangnya, tidak ramai pihak yang melihat situasi ini dan hanya tahu membasmi spesies toman daripada habitat tertentu.
Nama saintifik: Channa marulioides
Nama umum: Emperor snakehead
Nama tempatan: Kerandang, Toman bunga, Jelai, Kuang
Spesies Channa maruliodes juga tergolong dalam kumpulan snakehead atau ikan kepala ular. Kerandang mempunyai bentuk yang unik dan cantik. Tidak seperti haruan biasa, ia berwarna lebih gelap dengan corak hitam di badannya.
Kerandang mendiami kawasan berpaya, tasik dan sungai dengan pH air yang rendah. Ia juga bersifat karnivor seperti snakehead yang lain dan memakan ikan kecil, katak, serangga dan cacing.
Ikan ini tidak sedap dimakan berbeza dari saudaranya haruan dan bujuk. Kerana spesies ini diancam kepupusan, pemancing wajar melepaskan semula di habitat asal selepas mengambil foto.
Nama saintifik: Channa lucius
Nama umum: Forest snakehead
Nama tempatan: Bujuk, Haruan Bujuk
Bujuk (Channa lucius) tergolong dalam salah satu spesies ikan kepala ular atau snakehead. Ia merupakan spesies yang cantik dengan warna perang gelap serta tompokan hitam di badannya. Badannya sedikit pendek dan bulat padat.
Habitatnya biasanya di kawasan berair cetek dengan rumpai atau reba di paya atau alur sungai yang kecil. Bujuk mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding haruan. Spesies ini bersifat karnivora dan diet utamanya anak ikan dan serangga.
Ikan depu atau lepu turut dikenali dengan beberapa nama umum seperti Turkey fish, dragon fish, scorpion fish, lionfish, lionfish scorpion, ornate butterfly-cod, firefish, red lionfish, volitan lion, dan zebrafish. Usia ikan ini mampu mencapai 15-16 tahun.
Berdasarkan sumber kajian ilmiah, ikan depu hidup di kawasan terumbu karang dengan kedalaman laut 20 – 50 meter. Ikan ini merupakan predator yang memakan crustacea, cephalopoda, dan ikan-ikan kecil yang hidup di karang menggunakan strategi menyamar kemudian menyergap mangsa yang mendekat.
Mulut ikan depu berupaya untuk menyedut mangsa makanannya dengan kecepatan gerakan yang hampir tidak terlihat, iaitu 15 ms (milisekon). Secara morfologi, ikan depu memiliki fizik yang unik. Hidupan marin ini memiliki kepala berduri yang besar, duri berbisa yang berada pada belakang dan siripnya, dan kantung bisa.
Bentuk siripnya berduri membentuk seperti kipas. Panjang tubuhnya sekitar 10 – 40 cm. Selain itu, ikan depu memiliki warna yang identik iaitu bergaris merah, marun, coklat, jingga, hitam dan putih. Ikan depu mengeluarkan bunyi yang berasal dari gosokan dan gerakan rangka tubuh untuk menarik perhatian pasangannya.
Menurut Stein (2006), ikan membuat suara atau bunyi untuk beberapa alasan yang berbeza, antara lain untuk tetap berhubungan dengan kawanan, memperingatkan bahaya, berkomunikasi dengan pasangan, menarik perhatian pasangan, menakut-nakuti penceroboh agar menjauh dari telur, dan bahkan mungkin untuk echo location bagi beberapa spesies laut dalam. Verrapan, et al. (2009) mengatakan lebih dari 800 spesies ikan diketahui mengeluarkan suara. Pada umumnya, suara yang dihasilkan diproduksi pada saat makan atau berenang.
Ikan depu cenderung tidak agresif, namun mereka memiliki tingkah laku pertahanan. Apabila mereka merasa terancam, mereka akan segera menegakkan sirip dorsalnya atau hanya bersembunyi dan diam. Ikan depu merupakan ikan yang beraktiviti pada malam hari (nokturnal). Pada siang hari, mereka lebih banyak bersembunyi di tempat terlindung, seperti di lubang terumbu karang.
Satu spesies yang paling hampir dengan kita ialah depu seakan-akan ikan gedema atau kerapu singa. Ia berwarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae.
Spesies ini akan menyedut buruannya dengan mulut besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada Wikipedia di antaranya:
Ikan sikang atau nama saintifiknya Raiamas guttatus (suatu ketika dahulunya dikelaskan dalam genus Barilius) merupakan antara spesies ikan air tempatan atau ikan natif yang semakin sukar untuk ditemui.
Ia masih boleh ditemui di sungai-sungai pergunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin.
Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonid (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia. Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan
selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pergunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain.
Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan.
Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak sebeberapa. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...