Sejak dari kecil saya cukup menggemari ikan kerisi. Khususnya ikan kerisi bersaiz kasar yang digoreng dengan sisiknya sekali. Disebabkan terlalu menggemari ikan ini, saya sedia ditugaskan untuk menyiang ikan ini.

 

Boleh dikatakan setiap kali menyiang ikan kerisi, saya akan temui ada sejenis ulat seperti kutu yang besar berada di dalam mulut ikan. Saya menyangka ia adalah sejenis udang laut yang menjadi makanan ikan.

 

Kenali Parasit Ikan Paling Banyak Ditemui

 

Apabila bergelar seorang pemancing, saya ditemukan sekali lagi ulat ini ketika memancing di Kuala Rompin. Lantas saya menjadikannya umpan dan ternyata berhasil. Oleh kerana kerana itu tanggapan tersebut terus kekal dalam minda.

 

IKLAN

Setelah bergelar fishing journalist barulah saya tahu rupa-rupanya ulat itu sejenis parasit. Cymothoa exigua adalah krustasea parasit yang termasuk dalam keluarga Cymothoidae. Parasit ini memasuki ikan melalui insang, dan kemudian menempel di lidah ikan.

 

Kenali Parasit Ikan Paling Banyak Ditemui

 

Cymothoa Exigua merupakan hidupan isopod parasit yang memulakan hidup sebagai jantan dan kemudian boleh bertukar jantina ke betina. Parasit tersebut akan memasuki mulut ikan melalui insang ikan dan membesar di dalam mulut ikan tersebut.

 

IKLAN

Cymothoa Exigua yang telah menjadi betina akan melekatkan diri pada lidah ikan dan menghisap darah serta lendiran dalam mulut ikan. Lidah ikan akhirnya akan mati dan digantikan dengan parasit tersebut sebagai lidah tiruan.

 

Cymothoa exigua betina memiliki panjang sekitar 8–29 mm dan lebar sekitar 4–14 mm. Sementara yang jantan memiliki panjang sekitar 7–15 mm dan lebar sekitar 3–7 mm.

 

Kenali Parasit Ikan Paling Banyak Ditemui

IKLAN

 

Parasit betina menempel di lidah, sementara parasit jantan menempel di lingkungan insang di bawah dan di belakang parasit betina. Parasit ini menghisap darah melalui kaki cakar hadapannya sehingga lidah ikan mengalami simpton atrophy akibat kekurangan darah.

 

Cymothoa exigua kemudian menggantikan lidah ikan dengan menempelkan tubuhnya sendiri ke otot potongan lidah. Ikan tersebut mampu menggunakan parasit tersebut seperti lidah biasa. Dalam erti kata lain parasit ini tidak mengakibatkan kerusakan besar bagi ikan yang menjadi rumahnya.

 

Kenali Parasit Ikan Paling Banyak Ditemui

 

Ia dianggap tidak berbahaya bagi manusia kecuali jika disentuh kerana akan terkesan dengan gigitannya. Di Puerto Rico, C. exigua pernah menjadi subjek dalam tuntutan mahkamah terhadap pengusaha pasar spesies ini ditemui pada ikan snapper yang berasal dari Pasifik Timur, kerana menyangka ia haiwan beracun.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI