Ketam nipah yang kenali dengan nama umum mud crab atau mangrove crab, dengan nama saintifiknya Scylla serrata adalah sejenis haiwan dari jenis krustasea.

Sebagai haiwan dari jenis krustasea, ketam nipah juga memiliki cengkerang sebagaimana hidupan lain yang bercangkerang seperti udang.

 

Selain dikenali sebagai ketam nipah, spesies yang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai ketam bakau.

Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ketam lumpur dan ketam bangkang. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian.

 

Kenali Ketam Nipah!!

 

Pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur zon pasang surut. Ianya merangkum sebahagian kecil perikanan di persisiran pantai.

 

Ketam nipah dari spesis Scylla serrata adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak.

IKLAN

Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik.

 

Harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya, sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM50 seekor. Di Malaysia, industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan.

 

Secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur, ianya akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur.

 

Kenali Ketam Nipah!!

IKLAN

 

Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya hutan bakau.

 

Di Malaysia, ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan di pelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual.

Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan.

 

Kenali Ketam Nipah!!

IKLAN

 

 

Oleh yang demikian, Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang menjalani kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung  untuk keperluan  industri ternakan ketam nipah di masa akan datang.

 

Di samping itu, populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.

 

Kenali Ketam Nipah!!

 

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI