Oreochromis niloticus, lebih dikenali sebagai Nil Tilapia, dapat ditelusuri kembali 4000 tahun ke Mesir Kuno. Berkat rasa ikan ringan yang lazat dan berkhasiat (protein tinggi dan rendah lemak), populariti tilapia di Amerika telah meningkat selama 20 tahun terakhir.
Perusahaan perintis makanan laut seperti Regal Springs telah membantu Tilapia menjadi makanan laut ke-4 yang paling banyak dimakan di AS (selepas udang, salmon, dan tuna).
Tilapia Nil mencapai kematangan setelah lima hingga tujuh bulan dengan berat sekitar 1-2lb, tilapia Nil tumbuh subur di perairan sekitar 80 darjah Fahrenheit dan mula bereproduksi ketika suhu turun menjadi sekitar 75 darjah.
Ads
Nile Tilapia dapat dibiak ternak dengan pelbagai cara, termasuk kolam dan di tasik air tawar – sekitar 70% dari tilapia segar yang dimakan di AS semuanya alami dan hidup di tasik. Metode bagaimana tilapia dibesarkan dan diberi makan secara langsung mempengaruhi rasa dan tekstur ikan.
Berasal dari Afrika Utara dan Timur Tengah, Blue Tilapia, yang sering berwarna biru kekelabuan dengan perut putih kemerahan, dapat ditemukan secara meluas di tasik, sungai, dan Sungai Florida. Adaptasi spesies ini bererti bahawa ia juga dapat hidup di air masin, meskipun tumbuh subur di air tawar.
Ads
Tilapia Biru memerlukan waktu lebih lama untuk mencapai kematangan daripada Nile Tilapia dan biasanya mencapai 2-4lb dalam waktu tiga tahun.
Ads
Tilapia ini spesies asli Afrika dan diperkenalkan ke Amerika Syarikat untuk sukan memancing dan bahkan sebagai agen pengawalan tanaman air.
Ini sering hibridisasi dengan Tilapia Biru dan Nile kerana mereka dapat menahan air yang lebih dingin, sedangkan Mozambique Tilapia tidak mampu. Spesies ini mudah dikenali kerana warnanya kekelabuan zaitun (olive-gray) dan perut kuning.
Mozambique Tilapia duduk dengan aman di tengah-tengah Blue Tilapia dan Nile Tilapia dalam aspek pertumbuhan dan berat. Spesies ini dapat mencapai lebih dari 2lb dalam satu tahun. Sama seperti haiwan lainnya, tingkat rasa dan nutrisi tilapia sangat dipengaruhi oleh cara mereka dibesarkan dan apa yang mereka makan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan sikang atau nama saintifiknya Raiamas guttatus (suatu ketika dahulunya dikelaskan dalam genus Barilius) merupakan antara spesies ikan air tempatan atau ikan natif yang semakin sukar untuk ditemui.
Ia masih boleh ditemui di sungai-sungai pergunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin.
Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonid (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia. Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan
selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pergunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain.
Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan.
Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak sebeberapa. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia. Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Ikan import atau ikan pendatang membawa maksud ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya. Ini termasuk ikan yang dibawa masuk dari luar negara. Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini berbahaya kepada ikan natif atau ikan asal. Betul ke ia hanya membawa keburukan semata-mata?
Keli Afrika
Nama lain : Northern African catfish, lele, keli
Nama Saintifik : Clarias gariepinus
Negara asal : Kebanyakan negara Pan-Afrika
Keli Afrika pada mulanya diperkenalkan sekitar tahun 1980-an. Ini bertujuan untuk pembiakan kacukan serta beberapa faktor untuk kegunaan akuakultur. Keli Afrika tidaklah merupakan ancaman yang besar kepada ekosistem dan spesies tempatan.
Biasanya spesies ini memakan apa saja dan hidup secara senyap di tasik, kolam atau lombong. Walaupun dikatakan tidak mempunyai daya melawan yang kuat, keli Afrika masih mempunyai kelebihan kerana saiznya yang mampu mencapai saiz gergasi membuatkannya masih menjadi buruan bagi sesetengah pemancing.
Amazon Redtail Catfish
Nama lain : Amazon Redtail catfish, Baung Merah Amazon
Nama Saintifik : Phractocephalus hemioliopterus
Negara asal: Amerika Selatan; Amazon, Brazil, Colombia
Spesies catfish ekor merah ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan. Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.
Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Asian Redtail Catfish
Nama lain : Asian Redtail Catfish, Baung Ekor Merah
Nama Saintifik: Hemibagrus wyckioides
Negara Asal: Indochina, Thailand
Ikan ini dipasarkan secara segar sebagai ikan makanan dan menjadi industri akuakultur di beberapa negara Asia. Spesies ini dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan akuarium dan juga sebagai ikan sukan di kolam-kolam pancing air tawar komersial.
Baung ekor merah ini tidak memilih dan memakan apa sahaja makanan. Spesies ini turut didakwa sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia dan sudah pun bertebaran luas memasuki sistem sungai di negara kita. Secara perlahan-lahan spesies tempatan seperti baung kuning mula terancam survival hidupnya.
Peacock Bass
Nama lain : Peacock cichlid, PB, Ikan Raja, Ikan Merak
Nama Saintifik : Cichla ocellaris
Negara asal : Kawasan sungai Amerika Selatan, Guyana dan Suriname
Ikan peacock bass dikatakan spesies yang cepat membiak dengan banyak dalam sesuatu kawasan. Asalnya, ikan ini diperkenalkan untuk tujuan akuakultur dan aktiviti memancing secara komersial. Namun disebabkan sifat kepemangsaannya yang melampau, spesies ini dikatakan tidak sesuai dalam akuakultur.
Namun begitu, bagi sektor pancingan sukan PB amat digemari oleh kaki pancing kerana kekuatan lariannya. Risiko bagi ekosistem yang mempunyai kemasukan spesies ini dan tidak dikawal selia dengan baik mungkin mengakibatkan penurunan bilangan spesies tempatan lain dan kehilangan spesies tertentu dalam sesebuah ekosistem.
Giant Pangasius
Nama lain: Giant pangasius, Paroon Shark, Patin Chao Phraya
Nama saintifik: Pangasius sanitwongsei
Negara asal: Indochina, Thailand
Ikan patin Chao Phraya atau Chao Phraya catfish merupakan spesies ikan air tawar yang berada dalam keluarga ikan yu patin (shark catfish) dalam order Siluriformes. Ikan yang berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.
Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai ekoran kerakusan dan kemampuan hidup di kawasan air payau dengan baik.
Siamese Carp
Nama lain: Siamese carp, Siamese giant carp, Kap Siam
Nama saintifik: Catlocarpio siamensis
Negara Asal: Indochina, Thailand
Ikan giant barb, Siamese carp atau kap Siam merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia dan hanya terdapat di Lembah Mae Klong, Mekong dan Chao Phraya di Indochina. Ia telah merosot secara drastik akibat kehilangan habitat dan penangkapan ikan secara berlebihan dan kini dianggap kritikal terancam.
Ikan yang mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan 300 kg berat ini kini lebih mudah ditemui kolam-kolam pancing dan di dalam industri akuakultur. Kehadirannya sama sekali tidak menjejaskan populasi ikan tempatan kerana tiada sebarang rekod ancaman dari spesies ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...