Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini.
Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia.
Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962
Ads
oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapak biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia.
Ads
Tidak seperti tapak biasa yang populasinya bertabran di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Ads
Taksonomi:
Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Siluriformes
Family:
Siluridae
Genus:
Wallagonia
Species:
W. maculatus
Binomial name
Wallagonia maculatus
Inger & Chin, 1959
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Nama lain: Yellow catfish, River catfish, Baung, baung kuning, baung di raja
Ikan baung merupakan spesies ikan bermisai yang cukup popular di kalangan pemancing tempatan. Keasyikkan melayan tarikan demi tarikan spesies ini terutama waktu malam atau selepas hari hujan (air keruh) cukup mengasyikkan hingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.
Biarpun tarikannya tidak seganas pemangsa lain, namun baung tetap mempunyai tarikan tersendiri lebih-lebih lagi kepada penggemar menu masak lemak cili padi.
Spesies Hemibagrus nemurus atau lebih kita kenali sebagai ikan baung kuning merupakan satu spesies ikan air tawar yang datang dalam keluarga ikan bermisai (catfish). Bagi kebanyakan kaki pancing di Malaysia, spesies baung kuning bukanlah pilihan ikan target utama jika dinilai dari segi kekuatan tentangan di hujung mata pancing, namun jika dijadikan lauk dan dihidangkan di antara ikan air tawar yang lain, pasti ikan baung kuning antara target utama lauk yang mahu dicapai.
Biarpun tentangan spesies baung kuning tidak seganas ikan pemangsa lain, namun memancing ikan baung kuning juga mempunyai daya penariknya tersendiri. Rata-rata pemancing jika menyertai trip trekking ke sungai pegunungan sering kali menyediakan set dan umpan khas untuk melayan baung sepanjang malam.
Taburan Spesies
Bagi pola taburan spesies bermisai ini, kebanyakannya boleh ditemui di kebanyakan kawasan sungai. Kebanyakan spesies ini boleh ditemui di kawasan air tawar di Kepulauan Jawa, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan juga kepulauan Borneo. Selain itu, spesies ini juga banyak ditemui kebanyakan sungai utama di Asia Tenggara seperti Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya.
Habitat bagi spesies ini pula ialah kawasan sungai atau tasik air tawar. Spesies ini juga mampu hidup dalam keadaan badan air yang kurang berkualiti atau tercemar. Ini menunjukkan spesies baung mempunyai kadar toleran kepada kualiti air yang rendah.
Baung kuning juga mendiami kawasan sungai yang berarus perlahan atau kawasan badan air tetap di mana hampir ketiadaan arus. Ini termasuk kawasan seperti sungai dan tasik yang mengalami perubahan kedalaman air dengan populasi spesies lain yang akan bermigrasi ketika musim banjir sebelum kembali kepada sungai utama sekitar bukan November hingga Disember.
Di Malaysia, spesies baung kuning cukup popular terutama di kebanyakan sungai pegunungan, bahagian pertengahan sistem sungai (kecuali berhampiran muara) dan juga kawasan tasik air tawar utama di Malaysia.
Pemancing tempatan juga tahu bahawa keadaan air yang keruh selepas hujan merupakan waktu sesuai untuk memancing spesies ini. Selain itu, waktu malam juga menjadi waktu yang paling terbaik untuk memancing baung.
Morfologi & Diet
Spesies daripada genus Hemibagrus ini merupakan ikan bermisai (barbel) yang mempunyai kepanjangan sekitar 8 cm. Spesimen sering ditemui di sepanjang subcontinent perairan India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Spesies ini merupakan ikan yang tidak bersisik dan mempunyai badan yang agak licin.
Bahagian kepalanya agak mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepalanya juga mempunyai rangka tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang. Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bergantung kepada persekitaran kawasan air.
Spesies ini mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.
Bagi diet spesies baung, ikan ini menjadikan ikan kecil, serangga air, udang dan cacing sebagai diet utamanya. Baung juga bersifat kewilayahan dan mempunyai naluri untuk menyerang hendap mangsanya.
Ikan tarpons adalah spesies ikan yang menghirup udara dalam famili Megalopidae dan hanya dua spesies dalam genus Megallops iaitu Megalops atlanticus dan Megalops cyprinoides.
Spesies Megalops atlanticus atau nama umumnya Atlantic tarpon boleh ditemui di pantai barat Atlantik dari Virginia ke Brazil, di seluruh pantai Teluk Mexico, dan di seluruh Caribbean.
Ia juga dijumpai di sepanjang pantai timur Atlantik dari Senegal ke Angola Selatan.
Sementara spesies Megalops cyprinoides atau nama umumnya Indo-Pacific tarpon pula boleh didapati di sepanjang pantai timur Afrika, di seluruh Asia Tenggara, Jepun, Tahiti, dan Australia.
Kedua-dua spesies ini terdapat di kedua-dua habitat air masin dan air tawar namun apa yang membezakan hanyalah saiz.
Atlantic tarpon merupakan spesies ikan besar manakala Indo-Pacific tarpon pula adalah spesies sederhana besar.
Spesies dengan nama binomial Megalops cyprinoides atau nama umumnya Indo-Pacific tarpon yang turut digelar herring atau oxeye yang terdapat di Malaysia lebih dikenali sebagai ikan bulan.
Daripada aspek morfologi, ikan bulan memiliki warna hijau zaitun di bahagian atas dan perak di sisi badan.
Memiliki mulut yang besar dan bukaan luas, rahang bawah mengandungi plat nipis dan keras yang memanjang.
Filamen terakhir sirip dorsalnya lebih panjang daripada sirip-sirip lain yang mencapai hampir ke ekor.
Ikan bulan mampu mengisi pundi renang atau swim bladder dengan udara dan menyerap oksigen daripadanya.
Spesimen yang tinggal di air tawar cenderung lebih kecil daripada spesimen yang tinggal di air masin atau laut.
Lazimnya spesimen di air tawar mampu membesar panjang sekitar 50 cm manakala contoh yang direkodkan di air masin mampu membesar melebihi satu meter.
Namun mereka mampu hidup sehingga 44 tahun dan akan mencapai tempoh matang dalam masa dua tahun.
Dari sudut diet pemakanan, ikan bulan merupakan spesies yang oportunis. Sama ada spesimen di air tawar atau air masin tiada perbezaan yang signifikan dalam tabiat
pemakanan mereka. Mereka memakan ikan-ikan kecil, krustasea, dan juga tumbuhan akuatik yang unik.
Tarpon Indo-Pasifik bermigrasi di antara laut terbuka dan sungai pedalaman. Seperti semua spesies dalam order Elopiformes, ia membiak terutamanya di luar pesisir.
Spesies juvenil akan tinggal di estuari dan berhijrah ke kawasan pesisir sementara matang untuk bertelur. Biasanya, mereka bertelur dua kali setahun.
Berbeza dengan ikan siakap atau barramundi, ikan bulan mampu membiak sama ada di air masin mahupun air tawar.
Spesies Megalops cyprinoides boleh ditemui di perairan sehingga kedalaman 50 meter tetapi biasanya lebih mudah ditemui di permukaan perairan cetek.
Mereka mendiami terumbu karang, bakau, rawa, sungai, tasik, takungan, dataran banjir, dan terusan.
Dalam aspek perdagangan dan penggunaan ikan bulan bukanlah spesies yang bernilai tinggi di pasaran malah hampir tidak dikomersialkan. Justeru ia tidak tergolong dalam ancaman kepupusan.
Taksonomi:
apa pendapat anda? Tinggalkan komen & share ya. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan.
Mahseer adalah nama biasa bagi merujuk ikan dalam genus Tor, Neolissochilus dan Naziritor yang tergolong dalam keluarga besar Cyprinidae (ikan kap).
Walau bagaimana pun nama mahseer lebih sinonim atau lebih menjurus kepada spesies genus Tor. Di negara kita, mahseer ini lebih merujuk kepada ikan kelah.
Pengkelasan taksonomi mahseer adalah mengelirukan berikutan variasi morfologi yang dipamerkan oleh spesies ini.
Spesies pertama dari kumpulan (mahseer) ini telah secara saintifik digambarkan oleh Francis Buchanan-Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran
memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.
Ikan mahseer amat sinonim dengan negara India kerana nama mahseer itu sendiri dipetik dari bahasa Hindia iaitu mahasir atau ahaser.
Sementara pemancing British yang menetap di India menamakan kumpulan ikan mahseer ini sebagai salmon India.
Terdapat banyak spesies dan sub spesies mahseer di India dan berikut merupakan spesies yang diiktiraf oleh saintis India.
GOLDEN MAHSEER
Golden mahseer (kelah emas) atau nama binomialnya Tor putitora ditemui di sungai-sungai Himalaya.
BLUE FIN MAHSEER
Blue Fin mahseer atau Deccan mahseer (kelah biru) atau nama binomialnya Tor khudree pertama kali digambarkan oleh Sykes dari timur sungai Mota Mola Pune.
Spesies ini juga ditemui di sungai-sungai lain di Deccan Plateau.
RED FINNED MAHSEER
Red finned mahseer (kelah sirip merah) atau nama binomialnya Tor tor ditemui di sungai-sungai India tengah.
CHOCOLATE MAHSEER
Chocolate mahseer atau copper mahseer (tengas?) atau nama binomialnya Neolissochilus hexagonolepis banyak terdapat di rantau Himalaya dan Semenanjung India.
MALABAR MAHSEER
Malabar Mahseer atau nama binomialnya Tor malabaricus ditemui di Ghats Barat.
ORANGE FIN MAHSEER
Orange fin mahseer atau humpback mahseer boleh ditemui di Sungai Cauvery dan cawangannya.
Spesies ini masih belum diberi nama saintifik dan sebelum ini dirujuk sebagai Tor Mussalah, nama yang tidak diterima oleh beberapa ahli taksonomi.
Hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa spesies ini (yang terbesar daripada genus Tor mampu mencapai melebihi 45 kg) boleh menjadi terancam walaupun ia tidak lagi tertera pada Senarai Merah IUCN.
Spesies ini boleh layak untuk menjadi “fauna mega” oleh IUCN dan sangat memerlukan pemuliharaan dan pengurusan stoknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...