Ikan duri malim atau pulutan dikenali berdasarkan bentuk fizikalnya berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.

 

Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, duri pepulut hanya membesar pada saiz maksimun 36cm. Rekod tangkapan saya sendiri sekitar purata 1kg dan ke bawah.

 

Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar ditanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali.

IKLAN

Cara mudah gunakan playar mucung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendakinya, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya (jangan patahkan sengat).

 

Ikan duri malim atau duri duri malim adalah jenis ikan demersal di mana tumpuan pergerakan di dasar laut atau sungai sahaja.

IKLAN

Ada masa ia merayau hingga hampir kawasan gigi air mencari sumber makanan. Ikan duri malim sering ditemui merayau di kawasan lapang seperti persisiran pantai berpasir mahupun berlumpur.

 

Sebab itu jika memancing di kawasan lapang seperti muara dan tepian pantai ikan duri turut menjadi mangsa pemancing. Ikan duri malim bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak tinggal di satu kawasan sahaja.

IKLAN

 

Delta muara Sungai Kelang umpamanya hampir serata lubuk yang dikunjungi mata pancing tidak boleh lari dari terjerat duri ini. Namun ia banyak saya perolehi di kawasan benting pasir dengan dasar yang terdapat sedikit sebanyak reba sebagai halangan.

Mungkin objek di dasar adalah tempat untuk ia mencari sumber makanan berbanding tempat perlindungan. Sering bergerak meneroka dasar mengikut pergerakan arus.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI