Ikan merah suman merupakan salah satu spesies dalam keluarga ikan merah. Ia merupakan spesies buruan ramai pemancing berikutan rasa dagingnya yang enak dan lebih lembut berbanding spesies merah lain.
Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.
Ads
Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo. Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat. Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Ads
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka. Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter. Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulinae dan Plectorhynchinae (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulinae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Ikan telinga gajah ini dikategorikan dalam nama ikan-ikan yang pelik, yang turut disenaraikan dalam perkongsian portal umpan dengan judul ikan-ikan bernama unik. Yang pasti, kita menamakan sendiri ikan ini tanpa mencedok nama Inggerisnya iaitu batfish (ikan kelawar).
Selain daripada nama tempatannya yang merujuk kepada organ pendengaran haiwan mamalia darat terbesar, ikan telinga gajah turut digelar tudung periuk atau manchung laut di beberapa tempat tertentu.
Platax teira
Ikan telinga gajah dikategorikan dalam keluarga spade fishes, batfishes dan scat atau Platacidae. Ia bernaung di bawah genus Platax dan terdapat banyak spesies bernaung di bawah genera ini.
Di perairan Malaysia terdapat tiga spesies telinga gajah yang ditemui iaitu Platax orbicularis, Platax teira dan Platax pinnatus. Walau bagaimana pun hanya spesies P. orbicularis yang popular khususnya di kalangan pemancing kerana hanya spesies ini yang boleh dipancing.
Platax Pinnatus
Sementara spesies P. teira dan P. pinnatus hampir pasti tidak berminat dengan umpan walaupun banyak berlegar di permukaan air di kawasan unjam. Kedua-dua spesies yang `tak makan pancing’ ini boleh dikenali dengan memiliki sirip dorsal yang lebih panjang dan menonjol keluar.
Morfologi
Ikan telinga gajah dikelaskan sebagai ikan bermulut kecil. Ia jelas ketara berbanding saiz badannya yang besar, lebar dan berisi tebal. Badan ikan ini berwarna coklat dan putih berbelang dari mulut hingga ke pangkal sirip pektoral.
Warna yang hampir sekata selepas sirip pektoral dan kembali berbelang berdekatan dengan pangkal sirip kaudal. Ia memiliki sirip pelvik umpama lawi melengkung memanjang ke belakang dengan asas kekuningan dan ada juga kelihatan kecoklatan.
Platax Batavianius
Ikan telinga gajah turut memiliki bahagian pangkal ekor atau caudal peduncle yang tegap dan padu bentuknya. Memiliki sisik halus dan mempunyai bonggol tulang pada bahagian belakang. Ia mampu membesar panjang sehingga 50 cm namun saiz purata yang mudah ditemui kurang dari 6 kg.
Habitat dan tabiat
Ikan telinga gajah juvenil gemar mendiami kawasan perairan cetek estuari malah turut menyusur masuk ke sistem sungai yang masih dipengaruhi saniliti tinggi. Lazimnya mereka bergerak secara berkumpulan kecil dan sesetengahnya secara individu.
Telinga gajah dewasa pula lebih menggemari kawasan pinggir pulau yang berkarang atau berstruktur seperti tukun kapal karam. Lokasi tumpuan biasanya berkedalaman sehingga 50 meter. Mereka biasanya bergerak secara berkumpulan yang lebih besar bagi mengatasi ancaman dari pemangsa dan untuk menakluk sesuatu kawasan dengan lebih mudah.
Ikan telinga gajah menjadikan ikan-ikan kecil, krustasi dan alga sebagai diet utamanya. Lantaran daripada tabiat pemakanannya itulah ia turut boleh dipancing dengan menggunakan dedak ayam sebagai umpan alternatif bagi penggemar memburu spesies yang mampu memberikan tentangan yang padu lagi mendebarkan.
Ciri fizikal: Mulut runcing memanjang seperti muncung. Badan bertompok coklat dan putih, sisik keras dan putih-keputihan di bawah perut.
Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun dan batu karang.
Taburan: Selatan Jepun hingga Australia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon.
Tempatan: Pantai Timur, Utara Semenanjung, Sabah
Kalau tidak disebabkan muncung yang tirus memanjang, ramai yang tidak mengenali ikan landuk atau popular dengan panggilan luping di Sabah terutama ketika dinaikkan. Sesetengah orang sukar untuk membezakan di antara luping (longface emperor), seronceng (starry pigface emperor – microdon) assoh (thumbprint emperor – Lethrinus harak dan tambak. Malah tambak itu sendiri terdapat 5 jenis.
Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam, boleh dijumpai di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan bentuk fizikal yang hampir sama.
Luping memiliki muncung yang paling panjang dalam keluarga ikan yang bergelar ikan maharaja atau emperor fish ini. Ia bersisik agak tebal dan keras tetapi tidak berskala besar, memiliki corak warna yang menarik ketika berada di dalam air (seperti corak batik) dan sebaik saja didaratkan ke atas bot.
Bibirnya tebal memanjang dibarisi gigi-gigi halus dan kasar di hadapan bahagian mulut. Warna kulitnya bercampur di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Warna coklat gelap bertompok-tompok keputihan di bahagian bawah garisan lintang.
Bahagian muncung mempunyai jalur putih membawa ke arah mulut. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah atau oren.
Ikan luping seperti mana ratusan marine fish yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga melebihi 140 kaki.
Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang. Jangkaan rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.
Taburan tempatan lebih ketara di sebelah Malaysia Timur, terutama Sabah. Itupun kalau pihak berkuasa sempat dan mampu menangani ‘pengebom ikan’ di kawasan pantai.
Jika kemusnahan kawasan karang berleluasa, suatu hari nanti spesies ini sukar diperolehi seperti mana terjadi di kawasan Pulau Besar, Melaka dan Pulau Sembilang, Perak, Pulau Angsa di Selangor yang musnah akibat berleluasanya pengunaan pukat harimau.
Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Kawasan lain seperti kepulauan Spratly, Terumbu Layang-Layang dan Lucornia dikenal pasti taburan ikan ini memang banyak, namun jarak, masa dan kos membatasi pemancing untuk memburu ikan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...