Nama Saintifik:  Siganus javus

Keluarga: Siganidae

Nama Lain: Dengkis, Kelang, Debam, Kitang, Belait, lambai

Ciri Fizikal: Bintik di atas badan dan berjalur di bahagian bawah. Badan nipis melebar. Ekor separa bulat. Terdapat duri kecil di atas setiap sirip dorsal dan berbisa jika terkena sengatan

Diet: Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krutesia dan anak ikan (kecil).

Habitat Persisiran pantai, teluk, dermaga dan kawasan akar bakau persisiran muara.

Taburan: Semenajung Arab, India, Bangla, Asia tenggara hingga ke Kepulauan Arcipelago

Tempatan: Hampir keseluruhan semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan lebih ketara di pantai barat Semenanjung.

 

Kitang lada sejenis ikan tergolong dalam keluarga ikan ‘arnab’ (rabbitfish) satu keluarga yang sama dengan ikan dengkis bintik kuning.

IKLAN

Cuma ikan ini lebih dikenali sebagai kitang lada terutama di pantai barat semenajung kerana saiznya lebih lebar membulat seperti ikan kitang biasa dan satu lagi ikan debam (sesetengahnya bertanduk) dan berbeza dari segi bentuk ekor.

 

Saya tidak pasti kenapa ia dipanggil kitang sedangkan ia adalah ikan dengkis. Mungkin satu faktor ialah kerana ikan ini ‘panas’ atau sengal bisa jika tersusuk duri di serata bahagian atas dan bawah badannya.

 

Lazimnya dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.

Saiz ikan kitang lada lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama kitang lada adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.

 

IKLAN

Kitang lada disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.

Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.

 

Hampir kesemua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau kitang lada bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus Java rabbitfish.

Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal  dan mulut kecil  adalah ciri-ciri utama ikan ini.

 

IKLAN

Ikan kitang lada hanya ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.

 

Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.

 

Kitang lada adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.

 

Ikan kitang lada juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan kitang lada.

 

Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk kitang lada ialah  saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI