Goonch catfish, yang juga dikenali sebagai giant catfish, adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah Malaysia.
Walaupun dari spesies yang sama, ikan yang dinamakan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di negara kita.
Di peringkat gobal, ia juga juga dikenali dengan banyak nama seperti giant devil catfish, giant painted catfish, killer catfish, dan juga sand shark. Ikan berskala besar dan bergigi ini mendapat jolokan ‘monster sungai’ karena ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun, populasi tepat ikan ini di alam liar tidak diketahui.
Deskripsi Fizik
Ukuran
Spesimen dewasa dapat mencapai panjang 2meter.
Berat
Ia mampu membesar lebih dari 200lb..
Ads
Gigi
Mulut besar dan lebar dilapisi dengan beberapa baris gigi yang sangat tajam.
Dimorfisme Seksual
Tidak ada perbezaan antara spesimen jantan dan betina telah ditemukan.
Jangka hayat
Ads
Jangka hayat spesies ini di habitat liar belum lagi diketahui.
Taburan dan Habitat
Taburan alami mereka adalah India dan Nepal, dan mungkin juga di beberapa bahagian lain di Asia Selatan dan Tenggara. Mereka mendiami sungai pegunungan yang besar, termasuk yang memiliki arus deras. Ia paling mudah ditemui di Great Kali River.
Klasifikasi Spesies
Belum ada subspesies dari ikan ini yang dideskripsikan oleh ahli biologi.
Ads
Karakteristik Perilaku
Sangat sedikit yang diketahui tentang peri laku ikan monster ini di alam liar. Mereka tidak hanya pemakan rakus, tetapi juga perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar.
Ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan bahawa goonch ahli dalam ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menghelanya dari dasar sungai, sebaik saja tercangkok mata kail.
Ada sumber mendakwa bahawa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar, bahkan menyerang dan memakan manusia. Dalam pada masa yang, mereka juga disimpan di akuarium besar sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia termasuklah di zoo akuatik.
Diet
Makanan alami kenerak atau goonch termasuklah ikan-ikan kecil, krustasea, amfibia, dan pelbagai spesies invertebrata.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Semua pemancing pasti bersetuju sesirat merupakan pengacau umpan nombor satu bagi pancingan muara. Jika setakat mengutis umpan sehingga licin sekalipun tidak mengapa.
Apa yang menjadi kemarahan pemancing apabila ia menelan mati kail dan bergumpal bersama perambut dan tali utama.
Untuk menghapuskan lendirnya yang berbau dan menyebabkan ikan lain menjauh, terpaksalah dikorbankan mata kail, perambut dan tali utama tersebut.
Ketam
Sama ada ketam nipah, ketam batu atau lain-lain, ia merupakan spesies mengutis umpan yang cekap dan menyakitkan hati. Sebagaimana ikan buntal, ia juga pakar mengerjakan umpan udang hidup.
Jika dibiarkan lama, ia bukan saja memakan kaki udang malah sehingga mata kail menjadi kosong. Kecuali ia tercangkuk pada mata kail, ia tidak lagi dianggap pengacau umpan sebaliknya satu tangkapan bonus.
Ulat bulu
Sama ada di muara, pesisir pantai atau perairan cetek, anda akan berhadapan dengan spesies bernama ulat bulut. Selain bijak menghabiskan umpan, ia kadangkala tercangkuk juga pada mata kail.
Apabila didaratkan, pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana spesies ini mempunyai bulu-bulu beracun dan sekiranya terkena pada anggota badan boleh menyebabkan kegatalan.
Belangkas
Belangkas biasanya boleh ditemui di muara anak sungai kecil yang menghala ke kawasan muara. Sebagaimana ketam, ia boleh dibawa pulang dan dimakan jika tercangkuk pada mata kail.
Namun jika tidak tercangkuk pada mata kail, ia samalah seperti spesies pengacau umpan lain yang menghabiskan umpan secara senyap.
Anak ikan
Apa saja jenis ikan termasuklah ikan-ikan kecil seperti seriding merupakan pengacau umpan yang paling banyak menghabiskan umpan. Terutamanya umpan dari jenis hirisan ikan.
Bagi mengelak serangan anak atau ikan-ikan kecil, sebaiknya gunalah umpan yang agak liat seperti jejari sotong kurita. Walau dikutis ia masih mampu bertahan sehingga disambar spesies sasaran.
Perumpun sarang
Selain dijadikan umpan yang mujarab, sebenarnya perumpun sarang juga tergolong dalam spesies pengacau umpan. Biasanya berada di kawasan anak sungai dan tebing yang bereba. Cuma kerjanya lebih halus berbanding ketam.
Atau lebih kurang sama macam anak ketam. Biasanya dia akan meratah udang hidup secara perlahan-lahan. Kalau anda mendapati kaki udang hidup anda kudung semua, jangan tak percaya ia adalah kerja perumpun sarang.
Spekulasi dan mitos tidak dapat dielakkan apabila bercerita tentang spesies-spesies yang tahap monster yang mampu menyerang malah membunuh manusia.
Ada spesies yang penampilannya saja sudah menakutkan, apatah lagi apabila ia bertindak agresif. Ada ikan yang tampak menakutkan tetapi tidak membahayakan manusia.
Dan lebih menakutkan, spesies ikan yang nampak jinak dan manja tetapi teramat-amat merbahaya.
BULL SHARK
Nama pun dah jerung! Secara teknikalnya merupakan seekor jerung pembunuh iaitu Bull Shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.
Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lbs, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.
Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, Bull Shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
BELUT ELEKTRIK
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya.
Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.
Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik.
Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
GOLIATH TIGERFISH
Spesies Goliath Tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.
Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lbs dan lebih enam kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.
Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci.
Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
GOONCH
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap.
Ia seekor ikan keli Goonch seberat 300lbs. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan.
Spekulasi juga mengatakan selera ikan Goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
WELS CATFISH
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini.
Wels catfish atau Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lbs dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan.
Keli Wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang.
Seekor keli Wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
GIANT FRESHWATER STINGRAY
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara.
Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000 lbs.
Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh.
Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
PIRAIBA
Dengan warna biru kehitaman, Piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar.
Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia.
Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan.
Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
MUSKELLUNGE
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia.
Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia.
Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan Barracuda air tawar.
Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
Pokok ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae.
Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat.
Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Buah Ara atau nama saintifiknya Ficus auriculata lour diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita.
Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
Ciri buah ara berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.
Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.
Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.
Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.
Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah, tengas, jelawat, patin dan banyak lagi spesies ikan sungai air tawar.
Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun.
Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.
Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...