Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis). Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Ads
Ads
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Ads
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ebek atau diamond trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack, daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae.
Carangidae pula merupakan jenis ikan perciformes dalam suborder yang digelar Percoidae. Secara saintifiknya, taburan spesies ebek tertumpu di kawasan tropika seperti Lautan Hindi
dan Barat Lautan Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asia Tenggara, utara Jepun hingga ke Selatan Indonesia serta utara Australia.
Dari segi morfologi luaran ikan ebek, spesies ini mempunyai bentuk kebiasaan pada spesies ikan jack.
Badan ikan ebek mempunyai bentuk bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat.
Pengenalan utama bagi spesies ebek boleh diperhatikan pada bahagian kepalanya yang mempunyai bentuk sedikit cekung berhampiran matanya yang membezakannya dengan saudara terdekat dalam genus Alectis.
Lazimnya, ikan ebek akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus laut.
Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara.
Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan.
Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.
Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun.
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang. Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig.
Belut Sawah memiliki nilai ekologi dan juga nilai ekonomi. Jenis belut ini mudah beradaptasi pada lingkungan yang kurang baik sehingga menjadi indikator pencemaran di suatu lingkungan.
Sesuai dengan namanya, belut sawah hidup di sawah padi yang berasal dari laut, lalu beralih ke sungai dan juga rawa. Makanan utamanya adalah cacing dan segala jenis ikan kecil.
Beberapa ciri dari Belut Sawah adalah sebagai berikut:
Warna kulit cenderung lebih cerah
Panjang tubuh bisa 45 -50 cm
Mempunyai berat yang boleh mencapai 200-300 gm seekor
Habitat hidup pada area sawah padi
Gerakan lincah dan licin serta sensitif terhadap getaran/ gerakan makhluk lain
Bahagian kepala lebih runcing jika dibandingkan dengan belut laut
Mempunyai bentuk ekor lancip
Mempunyai mata lebih kecil
Belut Rawa (Synbranchus bengalensis) adalah salah satu jenis belut yang lebih banyak dikenal oleh masyarakat. Berbeza dengan belut sawah yang banyak dijumpai di media yang banyak lumpur seperti di sawah-sawah dan di selokan kecil yang berlumpur.
Jenis belut rawa ini adalah jenis belut yang lebih banyak dijumpai di habitat yang banyak mengandung air, gambut dan sedikit lumpur, seperti sebuah rawa-rawa yang biasa anda lihat. Lantaran ketinggian air rawa lebih tinggi dibandingkan di sawah, maka belut rawa tersebut memiliki badan yang lebih panjang dibandingkan dengan belut sawah.
Perbandingan diameter dan panjang belut sawah 1:30 dibandingkan dengan belut sawah yang hanya 1:20. Kerana itu belut rawa akan kelihatan lebih ramping dibandingkan dengan belut sawah dengan ukuran diameter yang sama.
Mempunyai warna kulit lebih gelap
Mempunyai panjang tubuh yang mampu mencapai 50-60 cm ketika dewasa
Mempunyai berat yang mampu mencapai 150 -300 gm seekor
Habitat dominan hidup di area rawa
Gerakannya lincah dan lebih sensitif terhadap getaran/ gerakan makhluk lain.
Termasuk kategori hewan hermaprodit (mampu berganti kelamin)
Belut Muara atau (Macrotoma caligans) dikenal juga sebagai belut laut yang merupakan belut dengan habitat yang hidupnya di muara. Bentuknya tidak berbeda dengan jenis belut lainnya. Belut muara memiliki ciri-ciri sebagai berikut.
Mempunyai warna kulit coklat pucat
Mempunyai panjang tubuh mencapai 60 -70 cm ketika dewasa
Mempunyai berat yang mampu mencapai 250 – 400 gr/ekor
Majoriti habitat hidup di area muara atau tambak dekat laut
Ikan keli hibrid clarias gariepinus diklasifikasikan seperti berikut:
Ordo: Ostariophysi
Subordo: Silaroidae
Family : Clariidae
Genus: Clarias
Spesies: Clarias gariepinus
Secara umumnya, ikan keli juga dikenali sebagai catfish atau ‘ikan yang bermisai’. Tubuh badannnya licin, berlendir dan tidak bersissik. Ciri keunikan ikan keli adalah fungsi sesungutnya sebagai deria yang membantu semasa berenang dan sebagai sensor untuk mendapatkan makanan. Ikan keli merupakan spesies ikan yang mudah ditemui dan mempunyai daya tahan yang tinggi berebanding dengan ikan yang lain.
Ikan keli mempunyai lebih kurang antara 55 spesies hingga 60 spesies dan ada antaranya yang telah pupus. Antara spesies yang sering ditemui ialah ikan keli kayu (Clarias batrachus), ikan keli Afrika (Clarias gariepinus), ikan keli bunga (Clarias macocephalus) dan ikan keli limbat (Clarias nieuhofi).
Ikan keli yang diternak di Malaysia yang menjadi tumpuan kumpulan penternak adalah spesies ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) kerana kadar hidup yang tinggi, ketahanan penyakit dan cepat membesar.
Jangka masa ternakan ikan keli adalah selama 4-6 bulan. Selain itu, ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas.
Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi. Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan.
Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan. Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia.
Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.
Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen.
Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya.
HABITAT
Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.
Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.
TABURAN
Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar. Di beberapa negara, khususnya di Asia, Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam seperti yang dilakukan di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja, Burma dan India.
PERLAKUAN IKAN KELI
Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap.
Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri dan menyorok di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras. Ikan keli membuat sarang di dalam lubang – lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.
Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:
Suhu minima 20 oC, suhu maksima 31 oC, kesesuaian 24 – 28 oC. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbon dioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm. PH berkisar antara 6.5 – 8.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...