Gelama ini mudah dikenali walaupun terdapat 15 jenis yang terdapat di perairan negara kita dengan berpandukan kepada bentuk dan warna sisik yang halus terdapat pada badannya.

Saya percaya dua daripada 15 spesies gelama ialah gelama dada kuning berpandukan bentuk badan sama kecuali warna berlainan sedikit.

 

Jenis yang dibezakan untuk spesies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta saiz badan. Gelama dada kuning berwarna perak dikenali nama saintifik  Panna Microdon dan kuning keemasan dan cantik dikenali dengan nama Chrysochir Aureus.

 

Jika dibandingkan kedua-dua spesies ini hanya jelas berbeza dari segi warna sahaja, yang lain hampir sama kelibatnya. Purata saiz kurang dari 25cm. Nama umumnya sebagai ‘Croaker’ kerana bunyi yang dikeluarkan seperti “krook” berulang kali sebaik sahaja di naikkan dari air.

 

IKLAN

Namun tidak semua spesies gelama mengelaurkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar dari atas malah di dalam air ia mengeluarkan bunyi yang mudah dikesan oleh juruselam berpengalaman untuk nelayan masa kini bagi menjalankan aktiviti menjaring.

 

Gelama dada kuning adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walapun bersaiz kecil. Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengari walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini di bawah air.

 

IKLAN

Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin tapi kebanyakan boleh ditemui dikawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut di bahagian dasar untuk mencari makanan. Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.

 

Ia juga didapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan, selampai, gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim. Ini berdasarkan andaian saya pada spesies yang turut sama dinaikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama dada kuning.

 

IKLAN

Begitupun kebanyakan pencarian saya untuk gelama dada kuning tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Kelang. Warna sisik gelama dada kuning yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih.

 

Warnanya kekal kuning keemasan dan keperakan. Sisik gelama dada kuning sentiasa berkilau amat cantik dipandang. Saya jarang dapat gelama ini di kawasan cetek (lubuk yang boleh dipancing ketika air pasang sahaja).

 

Gelama dada kuning secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana. Ini berdasarkan pengamatan saya. Jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan.

Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang. Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI