Mengilat ikan kurau mungkin agak janggal bagi pemancing di negara kita. Namun di negara Australia, ikan kurau merupakan spesies sasaran utama acara casting. Mungkin disebabkan kesukaran untuk mengesan lubuk dan laluan, atau juga belum ditemui gewang yang sepadan dengan diet pemakanannya.
Jika perkara ini diatasi pasti ikan kurau pasti akan menjadi spesies sasaran paling atas dalam acara mengilat di muara.
Alu-alu
Alu-alu atau barracuda mungkin tidak menduduki barisan teratas spesies sasaran casting. Sebaliknya mungkin menjadi spesies yang dibenci ekoran memiliki senjata tajam yang mampu merosakkan atau lebih teruk lagi memutuskan sambungan gewang dengan set casting pemancing.
Ads
Walau bagaimana pun ia jugak spesies yang menghiburkan apabila tercangkuk pada mata gewang.
GT
Sebut saja nama gerepoh atau nama globalnya yang melambangkan gergasi iaitu giant trevally (GT) dan habitat yang gergasi ini sering ditemui di laut dalam, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia juga boleh ditemui dan dipancing di muara.
Ads
Walaupun GT yang sering ditemui di muara berstatus juvenile, namun ia tetap mewarisi kekuatan dan kelincahan giant trevally.
Talang
Mengilat ikan talang di muara dan kuala sungai terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia kini menjadi satu fenomena. Malah ia turut dijadikan acara tahunan merebut sesuatu kejuaraan.
Ads
Ia jelas menggambarkan bahawa ikan talang bukan saja menjadi spesies sasaran aktiviti jigging, bahkan sudah dijadikan spesies sasaran utama aktiviti lure casting di muara. Di Terengganu contohnya, ada kejohanan tahunan khusus casting talang atau queenfish di muara.
Belukang
Tentu ramai yang terkejut apabila belukang pun disenaraikan, ya tak? Sememangnya belukang bukan ikan sasaran utama para caster apabila turun casting di muara. Namun ia bukanlah tangkapan yang mustahil untuk diperoleh.
Malah daya juang belukang terutamanya saiz melebihi 1kg cukup memberikan anda satu kejutan walaupun pada akhirnya ramai yang memilih untuk membebaskan ia kembali ke habitat asalnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Negara kita sendiri kaya dengan spesies ikan air tawar yang bernilai, tidak kira daripada segi harga pasaran, nilai kekuatan pertarungan ataupun kepuasan tersendiri saat menaikkan spesies yang sukar dipancing.
PATIN
Nama saintifik: Pangasius pangasius, P. sutchi, P. nasutus, P. gigas
Nama umum: Shark catfish, River catfish
Nama tempatan: Patin, Mekong, Patin buah, Patin muncung
Ikan patin merupakan spesies yang terkenal tidak kira sebagai hidangan atau pertarungan bagi pemancing di Malaysia. Patin liar boleh dijumpai di lombong atau sungai. Spesies ini sinonim dengan bandar Temerloh di Pahang sebagai hidangan dan bernilai tinggi.
Terdapat tiga spesies yang direkodkan berasal dari semenanjung iaitu patin buah (Pangasius nasutus), patin juara (P. micronemus) dan patin muncung (Helicophagus waandersii). Patin liar mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding patin sangkar atau ternak.
Bagi pemancing pula, selain patin liar, patin Mekong (Pangasionodon gigas) yang merupakan spesies berasal dari Thailand paling memberi kepuasan dalam pertarungan.
Selain itu, patin juga menjadi spesies penting dalam sektor akuakultur kerana mudah diternak. Sehingga kini terdapat lebih kurang 30 spesies dari tiga genus berbeza bagi ikan dari keluarga Pangasiidae ini.
Kaedah Memancing
Patin liar yang bersaiz besar biasanya mendiami lubuk-lubuk yang dalam di dalam sungai atau lombong. Ia bersifat omnivor dengan diet utama seperti cacing, lundi serangga, buah-buahan, ikan kecil dan udang.
Bagi pancingan di kolam, biasanya penggunaan roti, pellet dan dedak bersama perisa pandan atau strawberi sangat popular. Pelbagai resipi umpan untuk patin boleh didapati sekarang. Rajinkan bertanya kepada otai-otai kolam atau cuba adunan resipi sendiri untuk memikat sesies ini.
BAUNG
Nama saintifik: Mystus nemurus
Nama umum: Malaysian river catfish
Nama tempatan: Baung
Ikan baung merupakan antara spesies air tawar yang berasal dari Malaysia. Baung dikatakan mempunyai potensi besar dalam bidang akuakultur untuk diternak. Selain rasa yang agak lazat, baung juga menjadi spesies popular bagi pemancing. Secara morfologinya, baung mempunyai dua pasang barbel atau misai dibahagian kepalanya.
Habitat baung biasanya di sungai-sungai atau tasik yang besar. Selain itu, ia bersifat pemakan dasar yang memakan pelbagai jenis makanan termasuk invertebrata benthic, krustasia, ikan, udang dan serangga sebagai diet utamanya.
Kaedah Memancing
Waktu yang paling sesuai untuk memancing baung ialah pada waktu malam dengan teknik pancingan dasar. Antara umpan popular bagi menjerat baung di kalangan pemancing ialah cacing, perut atau kulit ayam, anak ikan dan umpan tapa.
Teknik pancingan asas sahaja sudah mencukupi untuk memancing baung dan kalau kena lubuknya, tak menang tangan nak melayan.
Selain pancingan dasar, ikan baung juga boleh dipancing dengan teknik mengilat dan trolling. Gewang yang berkesan untuk baung ialah gewang selaman dalam dengan karauan perlahan.
KENERAK
Nama saintifik : Bagarius bagarius
Nama umum : Devil catfish, Goonch
Nama tempatan : Kenerak, Hantu, Baung Bodoh, Baung Askar
Kenerak (Bagarius bagarius) atau baung kenerak antara spesies yang unik. Ia unik kerana warna badannya coklat kehijauan dan bertompok-tompok seakan pakaian askar. Selain itu, rupanya juga dikatakan agak menakutkan.
Namun begitu, Ia tetap menjadi buruan kerana sifat melawan serta rasanya yang sedap lantas mendapat permintaan yang tinggi. Kenerak biasanya mendiami kawasan yang berarus deras dan berjeram di celah-celah batu dan kayu.
Bagi saiz dewasa ia tinggal di kawasan yang dalam serta luas atau sederhana luas. Walaupun laporan dari luar negara menunjukkan kenerak bersaiz mega, namun di Malaysia, kenerak bersaiz belasan kilogram sudah semakin sukar ditemui melainkan saiz biasa.
Kaedah Memancing
Spesies ini lebih mudah dijumpai di kawasan sungai berbatu yang berarus deras atau berjeram. Umpan yang biasa digunakan hampir sama untuk memancing baung. Umpan anak ikan atau serangga juga menjadi pilihan kenerak.
Bagi kawasan luas seperti sungai berbatu, anda mungkin boleh menggunakan gewang untuk menjerat kenerak. Gunakan gewang selaman dalam dan warna terang kerana sifatnya yang tinggal di dasar.
Ikan pari air tawar gergasi adalah spesies ikan pari dalam keluarga Dasyatidae. Ia boleh ditemukan di sungai-sungai besar dan muara-muara di Asia Tenggara dan Kalimantan, meskipun secara historikal itu mungkin telah tersebar luas di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Sebagai salah satu ikan air tawar terbesar di dunia, spesies ini membesar sehingga 1.9 meter dan beratnya mencapai 600 kg. Ia memiliki piringan sirip dada oval yang relatif tipis dan terluas anterior, dan muncung tajam dengan hujung yang menonjol.
Ekornya tipis dan seperti cambuk, dan tidak memiliki lipatan sirip. Spesies ini seragam coklat kekelabuan di atas dan putih di bawah; bahagian bawah sirip dada dan sirip perut memiliki pita gelap lebar yang khas pada margin posteriornya.
Berada di alam dasar sungai, ikan pari air tawar raksasa menghuni wilayah berpasir atau berlumpur dan memakan ikan kecil dan invertebrata. Pari betina melahirkan hidup dari satu hingga empat ekor anak, yang didukung oleh histotrof (uterine milk) yang diproduksi secara maternal.
Spesies ini menghadapi tekanan penangkapan ikan yang besar untuk daging, rekreasi, dan tampilan akuarium, serta degradasi dan fragmentasi habitat yang luas. Tekanan ini telah mengakibatkan penurunan populasi yang substansial di setidak-tidaknya Thailand tengah dan Kamboja. Akibatnya IUCN telah menilai ikan pari raksasa air tawar sebagai Terancam Punah.
Secara morfologi, di antara lubang hidung pari ini ada tirai pendek dari kulit dengan pinggiran posterior yang halus. Mulut kecil membentuk lengkungan yang lembut dan berisi empat hingga tujuh papila (dua hingga empat besar di tengah dan satu hingga empat kecil di samping) di lantai.
Gigi kecil dan bulat disusun menjadi pita seperti trotoar. Ada lima pasang celah insang di sisi perut cakram. Sirip perut kecil dan tipis; spesies jantan dewasa memiliki clasper yang relatif besar.
Ekor bentuk silinder yang tipis berukuran 1.8–2.5 kali ukuran badan dan tidak memiliki lipatan sirip. Tulang menyengat bergerigi tunggal diposisikan di permukaan atas ekor dekat pangkalan. Dengan panjang hingga 38cm, tulang belakang adalah yang terbesar dari semua spesies ikan pari.
Ada pita tuberkel berbentuk hati di permukaan atas cakram memanjang dari sebelum mata ke pangkal sengatan; ada juga baris garis tengah dari empat hingga enam tuberkel yang diperbesar di tengah cakram.
Sisa dari permukaan atas disk ditutupi oleh dentikel granular kecil, dan ekor ditutupi dengan tusukan tajam melewati sengatan. Spesies ini berwarna coklat kekelabuan di atas, sering dengan warna kekuningan atau merah muda ke arah sirip tepi; dalam kehidupan kulit dilapisi dengan lendir berwarna coklat gelap.
Bahagian bawah badan berwarna putih dengan pita gelap lebar, bertepi bintik-bintik kecil, di tepi belakang sirip dada dan sirip perut. Ekornya berwarna hitam di belakang tulang belakang. Ikan pari raksasa air tawar mencapai setidaknya 1.9 meter lebar dan 5meter panjangnya, dan kemungkinan mampu membesar lagi.
Dengan laporan dari Sungai Mekong dan Chao Phraya spesimen dengan berat 500–600 kg, ia menempati peringkat di antara ikan air tawar terbesar di dunia.
Definisi candiru berbeza antara penulis agung perikanan. Perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada hanya Vandellia cirrhosa, seluruh genus Vandellia, subfamili Vandelliinae, atau bahkan dua subfamili Vandelliinae dan Stegophilinae.
Walaupun sesetengah spesies candiru telah diketahui tumbuh dengan panjang 40 sentimeter (16 inci), yang lain lebih kecil.
Spesies kecil ini diketahui dengan kecenderungan untuk menyerang dan parasitise uretra manusia.
Walau bagaimanapun, walaupun laporan etnologi bermula pada abad ke-19, kes pertama yang didokumenkan untuk mengeluarkan candiru dari uretra manusia tidak berlaku sehingga tahun 1997, dan bahkan kejadian itu masih menjadi masalah kontroversi
Untuk memudahkan kefahaman kita, ikan ini berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar.
Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.
Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum
mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Candiru amat ditakuti oleh penduduk peribumi kerana ia tertarik dengan darah dan hasil urin atau kencing.
Jika mandi tanpa pakaian, candiru mampu berenang ke dalam uretra kemudian mencangkukkan durinya dan mula menghisap darah dan memakan tisu-tisu!
Candiru hampir mustahil dikeluarkan apabila mencangkukkan durinya kecuali dengan pembedahan dan biasanya memerlukan pemotongan tempat yang dimasukinya!.
Oleh itu, jika anda mengunjungi Sungai Amazon, jangan sesekali berani kencing di dalam air, dikhuatiri ikan ini akan memasuki saluran kencing anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...