Kelebihan Menggunakan Joran Panjang Oleh Otai Surfcast

Share

 

Sumber: MOHD ROSDI

 

Kenapa joran panjang ni direka? Untuk penggunaan yang cam mana? Dah tentu ada kebaikan serta keburukannya kan.

 

Tak dinafikan penggunaan joran panjang ni untuk mendapatkan lontaran yang jauh. Boleh jauh ke kalau guna joran panjang??? Memang jauh sekiranya kita tahu menghayati serta penggunaan skill yang betul serta joran yang tepat dengan tenaga yang ada pada kita. Silap joran….. Baling tak pergi jugak.

 

 

Kelebihan joran panjang ni banyak bila kita tahu menggunakannya. Sebab kita memancing di pesisiran pantai. Pantai yang landai memberi kelebihan 99% kepada pemancing yang menggunakan joran panjang berbanding penggunaan joran pendek.

 

Penghuni lubuk. Boleh dikatakan 10 pertandingan pantai, 8 kali juara adalah pemancing yang menggunakan joran panjang. 2 lagi tu juara kerana nasib penggunaan joran pendek. Kesimpulannya, joran pendek tidak mampu menandingi kemampuan joran panjang bila beraksi di pantai. Berbeza kalau penggunaannya di muara, benteng, kawasan berbatu. Ini kerana penghuni lubuk sentiasa berada di tepian.

 

 

Joran panjang ni kita tahu, penggunaannya adalah untuk sesi pemburuan yang mega-mega. Setakat nak ngail gelama..rasanya memadailah joran 8 kaki. So, pemburuan spesis mega ni kena lah peralatan yang betul. So joran panjang nie adalah satu kemestian. Barulah kita ada keyakinan serta tidak berputih mata.

 

Command & control. Joran panjang ni tak susah nak kawal dia. Janji semua pemancing tahu peranan serta tugas masing-masing. Barulah wujud satu kepuasan bila memancing. Ini tak, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk ego nak tunjuk barang dia mahal.

 

 

Biar pun saya kata penggunaan joran panjang ni satu kemestian bila nak beraksi di pantai, jangan salah beli joran ni. Kelak makan diri. Bertanyalah pada rakan yang terdahulu bagi memastikan joran panjang yang dibeli memuaskan hati kita. Kekili pun kena bersesuaian dengan joran juga. Kalau tidak pasti berputih mata.

 

 

IKLAN