Sebagaimana sifat ikan berkulit ‘Melayu’ ini yang amat rakus melarikan tangsi, peralatan kelas menengah ke atas disyorkan dengan kekuatan tangsi dari 15-30lb.
Joran pendek lebih sesuai dengan lenturan parabolik agar mudah pemancing mengepam dan memujuk ia menyerah diri. Denyutan hujung joran berulang kali membuatkan ramai pemancing bertambah gian untuk bertarung dengannya lagi.
Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.
Untuk sportfishing, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air. Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O’Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.
Cobia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara cobia akan menjadi milik anda.
Walaupun cobia sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan cobia.
Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda cobia. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjam dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjam dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai.
Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40-60lb. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan ‘satu cobia, satu perambut’.
Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya. Cobia mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul. Pada masa ini bukan saja cobia, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman.
Jika terjumpa cobia berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu ‘disetkan’ pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya. Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya.
Bagi enjin bot yang lebih besar atau yang kerap turun ke air, kebanyakan pemiliknya akan membiarkan enjin botnya terpasang di bot dan menaikkan kipasnya ke atas sahaja. Sebaik-baiknya, jika dibiarkan, perlu tutup bahagian enjin menggunakan kanvas mengelakkan terdedah dari panas dan hujan.
Paling mustahak adalah, sentiasa memastikan palam pencucuh sentiasa berfungsi dan kerap diperiksa sebelum turun memancing. Ini kerana sekiranya pantulan api ke palam pencucuh tidak mencukupi ianya akan menjadikan enjin ini semput semasa membuat pergerakan.
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan enjin semput iaitu palam pencucuh yang tidak diganti (terlalu lama), kerosakan pada sistem coilnya, terlebih bancuhan 2T ke dalam petrol (menyebabkan berlakunya plug ‘basah’ atau carburettor telah tersumbat (tidak kerap diservis ).
Sehubungan itu, sebelum turun memancing, pengendali bot perlu memeriksa terlebih dahulu keadaan enjin dan membawa perlatan secukupnya sebagai persediaan jika enjin bot tidak berfungsi. Mencuci carburettor sebulan sekali dapat memberikan prestasi yang baik kepada enjin.
Bagi enjin sangkut 2 lejang, bahan api nisbah 50 liter kepada 1 liter 2T TCW adalah sukatan yang tepat. Minyak pelincir ini mempunyai kelikatan yang berlainan dengan minyak pelincir untuk kegunaan enjin motosikal.
Ianya direka khas untuk spesifikasi enjin sangkut tidak kira sama ada yang digunakan di laut mahupun sungai. Jangan sesekali menggunakan minyak pelincir 2T motosikal kecuali dalam keadaan kecemasan dan sukar mendapatkan 2T TCW enjin sangkut khas.
Ianya boleh memberi kesan kepada sistem pergerakan omboh dan juga pengaliran petrol ke dalam carburettor dan boleh menyebabkan overflow kerana kelikatannya akan memekatkan lagi minyak petrol yang perlu dijana kepada sistem pembakarannya.
Bagi enjin sangkut 4 lejang yang menggunakan system minyak hitam untuk melincirkan pergerakan enjin ianya perlu ditukar sebulan sekali mengikut kekerapan penggunaan ataupun 100 jam penggunaan.
Sekiranya enjin ini tidak digunakan dan perlu disimpan, ianya tidak boleh dibaringkan pada posisi yang salah kerana ini akan menyebabkan kebocoran pada minyak enjin tersebut. Sebaiknya letakkan pada posisi berdiri seperti menggunakan stand untuk memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik selepas di simpan.
Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.
Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo. Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat. Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka.Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter. Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...