
Wire snell knot ini merupakan cara asas ikatan mata kail menggunakan dawai atau wayar keras.
Memandangkan material yang digunakan adalah wayar maka ia memerlukan satu ikatan khusus bagi mengelakkan ikatan pincang fungsi terutamanya ketika strike.
Wire snell knot ini merupakan ikatan yang mudah untuk dipraktikkan namun ia sangat efisien dari segi kekuatan.
Langkah 1
Potong kabel (steel wire) sepanjang mana yang hendak digunakan.
Langkah 2
Masukkan hujung kabel bahagian bawah lubang cincin mata kail.
Langkah 3
Memadai masukkan kabel kira-kira sama panjang dengan teras mata kail.
Langkah 4
Lilitkan bahagian kabel yang panjang itu pada teras mata dan hujung kabel kail beberapa kali.
Langkah 5
Masukkan kembali hujung kabel itu ke lubang cincin bahagian atas.
Langkah 6
Tarik dan ketatkan ikatan dan potong hujung kabel yang berlebihan.
Mudah Je Pun Nak Buat Apollo Sendiri

Sabiki rig atau kita biasa sebut apolo merupakan satu rangkaian perambut bermata kail yang mana mata kailnya disulam dengan bebenang berkilau. Apolo ini biasanya digunakan untuk memancing ikan pelagik pelbagai saiz. Kalau ikan kecil maka kecillah saiz apolo yang digunakan dan begitulah sebaliknya.
Apolo ini boleh dibeli di kedai pancing tetapi jika korang ingin membuatnya sendiri adalah lebih baik. Untuk membuat apolo ini tidak sesukar mana dan kami ada panduan untuk korang menghasilkannya.
Peralatan keperluan:
Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih
Gunting
Playar
Perambut ibu 30lb
Perambut anak 10lb
Snap swivel
Swivel
Mata kail no 12-16
Tutorial 1
Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.
Tutorial 2
Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail. Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.
Tutorial 3
Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.
Tutorial 4
Kemaskan ikatan yang telah dibuat. Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.
Tutorial 5
Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.
Tutorial 6
Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala ke arah swivel. Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.
Tutorial 7
Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.
Tutorial 8
Masukkan bahagian anak perambut bermata kail dan ibu perambut ke dalam lingkaran sebanyak tiga kali.
Tutorial 9
Tarik simpulan itu sehingga menjadi satu ikatan anak perambut pada ibu perambut yang ketat dan kuat.
Ulangi Tutorial yang sama bagi bagi anak perambut dengan pastikan jarak agar setiap mata kail itu tidak bertemu antara satu sama lain.
Akhir sekali sambungkan snap swivel pada bahagian hujung ibu perambut bagi menyambungkan batu ladung.
Nota tambahan:
Swivel pada apolo disambungkan ke tali utama dan snap swivel pula untuk mencangkuk batu ladung.
Ikatan Simpulan Tali Sulam

Ikatan mata kail ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuh ikatannya. Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut sulam.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.
Tutorial 3
Selitkan hujung tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi.
Tutorial 4
Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali.
Tutorial 5
Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk.
Tutorial 6
Kemaskan ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.
Tutorial 7
Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.
(VIDEO) Umpan T&T – Perambut Mata Kail Pancing Layaran!!

Harrison’s Loop lebih banyak digunakan bagi ikatan gewang namun ia sangat sesuai bagi mengikat mata kail menggunakan umpan hidup, dengan teknik drift atau menghanyut khususnya memburu sang layaran.
Langkah 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung perambut. Loop atau gelungan tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan tidak menjerutnya.
Langkah 2
Masukkan mata kail menerusi cincinnya ke perambut mendekati simpulan yang dihasilkan.
Langkah 3
Masukkan hujung tali ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Langkah 4
Lilitkan hujung perambut sebanyak 3-7 kali pada perambut utama.
Langkah 5
Selitkan hujung perambut pada simpulan pertama yang dihasilkan tadi.
Langkah 6
Basahkan simpulan perambut dan tarik hujung perambut dan mata kail sehingga ketat. Buang hujung perambut yang berlebihan dan simpulan Harrison’s Loop telah siap untuk digunakan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan