Kekili menegak model Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition. Isu kali UMPAN cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.

 

PERALATAN

 

  • Screwdriver set
  • rachet spanar
  • spool pin removal
  • minyak Zippo
  • kain bersih
  • air blow
  • grease oil
  • bearing oil
  • cotton bud
  • berus lukisan
  • bekas kosong
  • bekas tertutup (untuk cuci bearing).

 

CARA-CARA SERVIS

 

Langkah 1

Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.

 

 

Langkah 2

Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.

 

 

Langkah 3

Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.

 

 

Langkah 4

Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.

 

 

Langkah 5

IKLAN

Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.

 

 

Langkah 6

Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).

 

 

Langkah 7

Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.

 

 

Langkah 8

Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.

 

 

Langkah 9

IKLAN

Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.

 

 

Langkah 10

Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.

 

 

Langkah 11

Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.

 

 

Langkah 12

Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.

 

 

IKLAN

Langkah 13

Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.

 

 

Langkah 14

Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.

 

 

Langkah 15

Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.

 

 

Langkah 16

Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.

 

 

Langkah 17

Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.

 

 

Langkah 18

Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI