Mungkin tidak ramai yang gemar memancing ikan todak. Ikan todak adalah antara spesies yang sering menjadikan permukaan air sebagai kawasan permainannya dan ianya juga bukanlah sejenis ikan yang sentiasa diburu oleh kaki pancing. Namun bagi yang meminati tarikannya yang dan lompatannya bertenaga pasti akan menjadikan spesies ini sebagai ikan sukan pilihan.
Bagi penggemar spesies ini, mereka akan mempraktikkan satu teknik perambut memancing todak dengan menggunakan gabus sebagai apungan yang mana teknik ini amat popular dan berkesan untuk memburu todak.
Keperluan:
Swivel
Leader fluorocarbon 30lb sepanjang 3 – 5 depa (bergantung kepada kedalaman air)
Gabus (polisterin kira-kira dua jari)
Mata kail saiz 1/0
Plaster pembalut luka
CARA-CARA PENYEDIAAN
Tutorial 1
Buatkan lubang pada gabus dengan menggunakan jarum dan masukkan tali ke dalam gabus tersebut.
Tutorial 2
Tembuskan tali hingga menjadi begini.
Tutorial 3
Kemudian masukkan tali yang ditembuskan keluar dari gabus itu ke cincin mata kail (atau buat ikatan mata kail yang anda biasa lakukan).
Tutorial 4
Buat lingkaran pada mata kail dengan hujung tali.
Tutorial 5
Lakukan lilitan sebanyak 5 – 6 kali.
Tutorial 6
Masukkan tali lebihan ke dalam bulatan yang dibuat awal tadi dan tarik hingga menjadi kemas.
Tutorial 7
Potong lebihan tali tersebut. Dan inilah hasil untuk tutorial yang pertama.
Tutorial 8
Potong sebahagian kecil pembalut luka.
Tutorial 9
Pembalut luka ini dililitkan pada tali yang menghubungkan antara mata kail dan gabus.
Tutorial 10
Fungsi pembalut luka ini sebagai ‘stopper’ utk gabus agar ia tidak berada terlalu hampir dengan mata kail. Kebiasaannya jarak ‘stopper’ gabus ini dengan mata kail adalah kira-kira sejengkal.
Tutorial 11
Kemudian, buat ikatan pada swivel dengan hujung tali perambut tersebut.
Tip Tambahan:
Perambut tersebut sudah boleh digunakan untuk memancing todak. Sambungkan cara pada set pancing anda. Kaedahnya sama sahaja sama ada anda memancing di tebing atau di atas kelong. Umpan yang paling efektif adalah anak belanak sebesar ibu jari, anak tamban atau pun bilis.
Berlaku satu kejadian di mana empat sekeluarga di negara jiran kita mati sejurus memakan ikan buntal beracun yang dimasak oleh mereka sendiri. Kejadian itu berlaku apabila si anak membawa pulang ikan buntal yang dipancingnya. Si ibu segera menyiang dan memasak ikan tersebut tanpa mengetahui kewujudan racun tersebut.
Racun yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang sangat berbahaya dan boleh mematikan. Racun yang ada di dalam badan ikan buntal jenis racun tetrodotoxin. Racun itu berada di bahagian hati, hempedu dan kulit ikan buntal dan dapat membunuh 30 orang dewasa jika memakannya.
Namun, walaupun ikan buntal ini beracun dan berbahaya, jika cara mengolahnya betul ia akan menjadi santapan yang lazat dan nikmat.
Menurut seorang chef terkemuka dari Jepun, Takanori Kurokawa, ikan buntal atau ikan fugu dapat dimakan dengan selamat jika pengolahannya betul. Justeru itu para chef di sana perlu memiliki lesen khas untuk menyediakan makanan dari ikan buntal. Biasanya orang Jepun menjadikan ikan buntal sebagai sashimi atau fugu.
Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.
Buang kulit ikan buntal
Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.
Cuci bersih
Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.
Buang sirip dan tulang
Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuhi tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.
Buang bahagian kepala
Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.
Tip penting!
Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.
Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut. Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...