Ada 1001 cara untuk menghasilkan sendiri atau DIY perambut mata kail untuk jigging yang lebih dikenali sebagai assist hook. Berikut merupakan salah satu teknik asas ikatan assist hook menggunakan mata kail tunggal.
LANGKAH 1
Potong kevlar (boleh juga guna tali sulam 150-200lb) anggaran 4-6 inci bergantung kepada saiz jig yang akan digunakan. Buatkan satu simpulan biasa pada salah satu hujung kevlar dan pastikan simpulan itu ditarik seketatnya.
LANGKAH 2
Letakkan bahagian kevlar yang telah disimpul pada bahagian belakang mata kail. Pegang bahagian ini dengan ibu jari dan jari telunjuk.
LANGKAH 3
Ads
Ambil bahagian hujung tali dan bawa ke belakang (jadi lingkaran 1), kemudian bawa kembali ke bahagian depan (lingkaran 2) dengan kesemua pertemuan tali ini dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambarajah di bawah).
LANGKAH 4
Buatkan lilitan dengan bahagian hujung tali ke arah cincin mata kail 3-4 kali.
Ads
LANGKAH 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran 2.
LANGKAH 6
Ads
Susun simpulan agak tidak bertindan, kemudian masukkan sesuatu seperti jig dalam lingkaran 1 dan kepit hujung tali dengan playar dan tarik sehingga ketat.
LANGKAH 7
Lepaskan playar dan tarik bahagian lingkaran 1 dengan kuat bagi mengukuhkan ikatan pada mata kail.
LANGKAH 8
Masukkan hujung lingkaran tali dalam lubang cincin sebelum menggunakan assist hook ini pada jig.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan nail loop knot atau ikatan simpulan jarum merupakan satu ikatan menyambungkan perambut atau tali utama pada swiwel atau mata kail yang memiliki lubang cincin. Ia ikatan yang bagus jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Namun ikatan ini agak sukar dipraktikkan sekiranya menggunakan perambut yang keras seperti flourocarbon.
LANGKAH 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal atau lebih.
LANGKAH 2
Letakkan straw minuman air kotak yang tetapi keras (anggaran 3-4 inci) atau di tengah-tengah tali perambut tersebut.
LANGKAH 3
Dengan menggunakan bahagian hujung tali perambut sejengkal itu buatkan lilitan pada tali utama dan straw tersebut.
LANGKAH 4
Pastikan lilitan yang dilakukan itu bergerak ke arah lubang cincin mata kail bukannya ke arah mata kail.
LANGKAH 5
Buatkan lilitan tersebut sekurang-kurangnya 5 lilitan. Semakin banyak lilitan maka semakin kuatlah ikatan yang dihasilkan.
LANGKAH 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw minuman hingga keluar di hujungnya pula.
LANGKAH 7
Tarik keluar straw tersebut dan ketepikannya. Peranan straw sudah tidak diperlukan lagi dalam ikatan ini.
LANGKAH 8
Tarik hujung tali perlahan-lahan sambil menjaga atau menyusun simpulan agak tidak bertindan atau berpintal.
LANGKAH 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya. Jika perlu basahkan simpulan terlebih dahulu.
LANGKAH 10
Potong lebihan tali setelah berpuas hati dengan kekemasan ikatan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...