
Hook Knot merupakan salah teknik ikatan mata kail yang bukan sekadar mudah untuk dipelajari bahkan juga satu ikatan yang kuat menahan kekangan daripada ikan ketika tercangkup pada mata kail.
Langkah 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Langkah 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
DIY perambut patin paling popular

Perambut V 2 mata kail merupakan perambut paling popular dan digunakan oleh hampir semua pemancing kolam air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.
Berikut adalah perkongsian cara-cara untuk menghasilkan perambut ini.
Bahan keperluan:
- Tali sulam 80lb sepanjang 1 kaki
- Swivel
- 2 mata kail saiz 9
Langkah 1
Lipat dua tali sulam (sama panjang) kemudian masukkan bahagian hujung yang berlipat ke dalam cincin swivel.
Langkah 2
Kembangkan (bulatkan) bahagian hujung yang berlipat setelah memasuki cincin swivel menjadi lingkaran dan ambil tali sulam yang belum memasuki cincin swivel ke dalam lingkaran.
Langkah 3
Tarik kedua-dua bahagian tali sulam sehingga satu jerutan terhasil pada cincin swivel.
Langkah 4
Buatkan dua simpulan biasa dengan kedua-dua bahagian hujung tali sulam.
Langkah 5
Kemudian jerutkan dengan kuat supaya menjadi ikatan mati pada cincin swivel.
Langkah 6
Seterusnya buatkan satu ikatan dropper loop.
Langkah 7
Buatkan tanda (lipat atau patahkan tali sulam) yang sama panjang untuk mengikat mata kail.
Langkah 8
Letakkan mata kail pada bahagian bertanda dan mulakan ikatan yang anda biasa gunakan.
Langkah 9
Mata kail yang telah siap diikat.
Langkah 10
Ulangi proses yang sama pada tali sulam satu.
Langkah 11
Perambut V 2 mata kail yang sama panjang telah pun siap.
Ikatan Sambungan Segera Seaguar Knot

Ada ketika kita perlu melakukan ikatan sambungan leader dengan tali utama dalam masa yang amat singkat. Terutamanya ketika ikan sedang galak makan dan ketika itu jugalah leader atau perambut kita putus.
Ada banyak jenis ikatan penyambung tali utama dengan leader yang terbukti kuat tetapi agak sulit dan memakan masa untuk melakukannya. Sementara ikatan yang ringkas dan cepat siap pula kebanyakannya tak mampu bertahan lama.
Namun ada satu ikatan penyambungan sangat kuat dan cepat pula disiapkan. Walaupun ikatan Seaguar Knot ini agak kurang cantik dari segi kekemasan namun ia amat berkesan jika menggunakan leader yang tidak terlalu panjang.
Tutorial 1
Potong leader kira-kira panjang sedepa terlebih dahulu. Untuk ikatan ini leader perlu dipotong terlebih dahulu. Kemudian buat lingkaran pada hujung leader dan juga tali utama. Temukan kedua-dua tali itu secara bertindan.
Tutorial 2
Pegang hujung lingkaran kedua-dua tali dan buat pintalan beberapa kali.
Tutorial 3
Masukkan kedua-dua bahagian hujung tali ke dalam bahagian lubang di atas pintalan tali yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Pegang bahagian simpulan dan tarik perlahan-lahan kedua-dua tali sehingga bahagian simpulan tersimpul kuat. Potong bahagian hujung tali rapat pada bahagian simpulan.
Kelas Asas Pemancing : Assist Hook v2 (VIDEO)!!

Kepuasan mendarakan ikan impian dengan menggunakan assist hook yang dihasilkan sendiri sama sekali tidak sama dengan menggunakan assist hook yang terjual di kedai-
kedai pancing. Dengan melakukan sendiri, anda boleh memilih kualiti barangan yang hendak digunakan.
Cara untuk menghasilkan assist hook mata berkembar untuk jigging (slow dan light jigging) ini terdapat pelbagai versi.
Berikut merupakan versi kedua yang dihasilkan oleh Team Umpan.
Barang keperluan:
Mata kail
Kevlar
Benang luminous
Solid ring
Squid head
Langkah 1
Potong kevlar kira-kira 6 inci dan masukkan hujungnya melalui bahagian hadapan lubang cincin.
Langkah 2
Buatkan satu simpulan mati pada hujung kevlar tanpa perlu mengetatkan ikatan.
Langkah 3
Masukkan (lubang yang terhasil dari simpulan mati) ke teras cincin melalui matanya.
Langkah 4
Jerut atau ketatkan ikatan kevlar pada hujung teras mata kail.
Langkah 5
Lilitkan dan ikat bahagian hujung kevlar dengan kemas pada teras mata kail. Kemudian bolehlah sapukan gam pada lilitan ini jika perlu.
Langkah 6
Masukkan squid head atau sotong getah sekiranya ingin memakai aksesori tambahan ini.
Langkah 7
Masukkan satu lagi mata kail dengan menerusi bahagian hadapan mata kail tersebut.
Langkah 8
Ulangi proses yang sama bermula dari Langkah 1 sehingga ke Langkah 4 sehingga hasilnya jadi seperti ini.
Langkah 9
Dapatkan keseimbangan (panjang yang sama kedua-dua mata kail) dengan memasukkannya pada apa saja jig yang ada.
Langkah 11
Seterusnya masukkan solid ring.
Langkah 12
Buatkan satu simpulan mudah bagi menghubungkannya dengan solid ring. Tarik dengan menggunakan playar agar ia menjadi kemas.
Langkah 13
Assist hook berkembar yang mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
(Video DIY Assist Hook)