Tenggiri berkembang biak dengan cara bertelur. Tenggiri mencari perairan laut cetek untuk pembiakan dan akan kembali ke laut dalam setelah proses tersebut selesai. Jadi, tak bermakna kat kawasan cetek takde tenggiri dan saiznya juga besar-besar.
Ikan ini dikategorikan sebagai ikan sukan yang sangat digemari oleh ramai pemancing kerana kepantasan renangan dan kualiti dagingnya yang bergred tinggi. Selain itu, ikan tenggiri sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang lengkap.
Meskipun tersenarai dalam spesies ikan perenang pantas dan juga termasuk salah satu ikan predator, ikan tenggiri yang lebih kecil seringkali menjadi santapan bagi predator lain yang lebih besar, khususnya barracuda monster.
Ads
Ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun namun tiada kajian pula jangka hayat bagi tenggiri jantan. Namun untuk menemui tenggiri tua yang dah tak bergigi bukanlah mudah.
Ads
Di India, orang menyebutnya ikan anjai. Di Filipina lebih dikenali dengan nama ikan dilis, dan di Thailand lebih mesra dengan istilah ikan thu insi.
Jumlah penangkapan ikan tenggiri terbesar di dunia pernah tercatat di Indonesia, diikuti Filipina, Sri Langka, Yaman, dan Pakistan.
Ads
Dipercayai ikan tenggiri yang ditewaskan dengan penggunaan joran dan kekili lebih mahal harganya berbanding tenggiri yang terperangkap pada jaring. Kebanyakan tenggiri yang mati lemas pada jarring kualiti dagingnya merosot.
Walaupun populasi ikan tenggiri kian menurun namun, sama ada ia ditangkap secara sengaja atau pun tidak, jarang sekali ia dilepaskan kembali ke laut. Percaya atau tidak?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
“Dulu saya merawai ikan sembilang, biasa kena sengat tu je petuanya. Tapi saya juga ada guna buah pinang muda.
Caranya keluarkan bijik pinang yang bulat tu, lepas tu belah dua dan lekatkan tempat yang kena sengat tu sehinga melekat. Buah pinang tu akan menarik bisa ikan dalam lima minit akan hilang.”
MAD TOCANG
“Saya pernah kena sengat ikan sembilang… ya ampun punya la bisa setengah mati! Tak ada penawar yang nak guna.. yang ada cuma Panadol. Telan sekali 4 biji baru reda sikit bisa dia.”
KAMAL JUNA
“Belah kepala ikan sembilng tu… ambil otak atau lendirnya kemudian sapu pada bahagian yang kena sengat.”
AR RKK
“Dah try petua yang dikatakan Kamal Juna… tapi tak jadi! Rendam air panas jugak yang menjadi… Bila air dah sejuk, salin air panas yang baru.”
SAKURAGI THORMARTEOEW
“Pakai air bateri… tuang dekat tempat kena sengat. Betul ni… tapi jangan minum. Kalau di minum kubur tempatnya. hehehe… titis di tempat terkena sengat pari atau ikan sembilang.”
AMIR AZIZ
“Petua yang saya dapat dari ayah… ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya… asah kuku guna pisau, ambik habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. Insyallah rasa berdenyut sakit hilang.”
LAN JB
“Saya pernah kena dekat rumah rakit. Kena dekat jari manis… sungguh manis penangannya.
Cara saya buat, ikat lengan… tumbuk asam jawa, bubuh dalam kain, lepas tu ikat kat tempat kena sengat tu… minum susu. Alhamdulillah, saya boleh sambung mancing lagi.”
MUHD SAFREE
“Tak ada ubat! Tunggu la 3 kali pasang surut air. Banyak kali dah kena. Banyak dah petua ikut termasuk makan ekor… pahit yang amat!
Tapi denyut tetap sama dia punya sakit boleh rendam tangan dengan air panas.”
SEKUT COTEK
“Paling mujarab ambik satu misai kucing kemudian cucuk dekat tempat yang kena sengat tu… nanti akan terasa hisapannya. Saya dah cuba Alhamdulillah lena tidur dengan izin Allah.”
CIKWAN REDZUAN JELANI
“Pengalaman Wak kena…. baca selawat, tekapkan tempat kena sengat tu kat badan ikan tu balik (mean kat lendir badan ikan tu.…) petua dari orang lama jugak ni. Alhamdulillah… boleh sambung mancing balik.”
MAZLAN MAJID
“Kalau kena atas bot… rendam jari atau tangan yang kena sengat dalam minyak petrol dan pecahkan biji asam jawa, lekap kat tempat yang kena.”
ZULKEFLE SIPUN
“Pernah kena.… lepas tu tekong suruh ggit dan telan ekor ikan sembilang tu. Alhamdulillah kurang sakit… boleh teruskan mancing sampai ke petang.
Masa tu naik sampan kena dalam pukul 10 pagi. Tapi lepas naik darat… balik rumah mandi terus tangan start bengkak. Terus pergi klinik kena inject!”
NORA ZEMAN
“Bisanya rasa macam kena api rokok.. setiap saat berdenyut. Kalau kena air pasang lagi kuat denyutnya. 8 jam tahan bisa.
Bibir pun dah biru. 4 jam sekali inject, sampai sekarang kaki lemah sebelah.”
FAKHRUL TAHIR
“Biasa saya kalau kena sengat semilang ni atau ikan duri saya akan kencingkan kat jari yang kena sengat tu dan biar beberapa minit sampai reda.
Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.”
YAMIN HAMZAH
“Masa memancing dulu-dulu dengan orang-orang lama… dia ambik tahi cacing tanah yang masih baru dan sapu pada tempat terkena sengat.”
MAT NASH
“Selalu dah kena… cara saya, gigit sikit tempat kena sengat, sedut sikit bagi keluar darah, buang lepas tu sapu minyak angin cap kapak… tak sampai sejam lega.”
Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan. Jika anda menarik sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis.
Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja. Apabila semakin lama anda menyandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong ini.
Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi berhadapan. Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong.
Sotong mampu memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot. Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat. Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada berdekatan dengan permukaan.
Jika kita menghampiri bot-bot menyandat sotong, kita boleh melihat pancutan-pancutan air yang tinggi. Pancutan yang kerap memberi gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan.
Jika semakin banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah dicandat. Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing perlu peka kepada perubahan pola ini.
Bagi nelayan tradisional dan penyandat-penyandat hardcore, mereka akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup selamber.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang telah mereka tangkap dari jarak yang jauh. Walaubagaimanapun, pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah. Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.
Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesebuah lokasi. Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot. Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu
biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti
kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak di ingini. Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...