Ikan tenggiri boleh dipancing sama ada ketika air pasang besar mahupun pada waktu air pasang kecil. Apa yang membezakannya hanyalah lokasi pemburuannya. Contohnya ketika arus laju, tenggiri lebih senang ditemui di kawasan yang dasarnya memiliki struktur.

 

Jika memancing di kawasan yang sederhana dalam sehingga 40 meter, carilah dasar yang mempunyai struktur berbukit. Pada kebiasaannya ketika arus deras, ikan-ikan kecil akan menjadikan struktur berbukit ini kawasan berlindung.

 

Sama ada anda memancing dengan kaedah umpan hidup atau umpan tiruan, kawasan ini perlu dicuba kerana lazimnya tenggiri akan memburu makanan di kawasan lindungan ikan-ikan kecil ini.

 

Kaji Elemen Ini Untuk Berjaya Mancing Tenggiri!!

Ads

 

Bagi mengenal pasti kawasan ini didiami oleh ikan-ikan kecil, boleh diturunkan apollo. Sekiranya berjaya menaikkan ikan-ikan kegemaran tenggiri seperti selar atau kembung, gunalah ikan-ikan tersebut sebagai umpan sama ada dengan teknik pancingan hanyut ataupun dasar. Jika ingin jigging, pastikan jig memasuki kawasan tersebut.

 

Kaji Elemen Ini Untuk Berjaya Mancing Tenggiri!!

Ads

 

Selain itu, faktor suhu air juga memainkan peranan tersendiri. Untuk mengetahui suhu air, boleh merujuk kepada alat sonar yang digunakan tekong. Bagi laut tropika seperti perairan negara kita, suhu air melebihi 30 darjah celcius merupakan suhu yang paling produktif kerana ikan berada pada tahap paling aktif. Bukan saja tenggiri, ikan-ikan lain juga aktif memburu makanan.

 

Kaji Elemen Ini Untuk Berjaya Mancing Tenggiri!!

Ads

 

Faktor seterusnya adalah mengenal pasti kawasan sambaran. Sekiranya menggunakan umpan hidup, boleh dilabuhkan ke beberapa kawasan sasaran sama ada di dasar, pertengahan dan pra permukaan air. Jika jigging pula, jig perlu diunjun dari dasar hingga ke permukaan dan pastikan di kawasan mana ia menerima sambaran.

 

Kaji Elemen Ini Untuk Berjaya Mancing Tenggiri!!

 

Dan akhir sekali yang menjadi penentu kejayaan adalah pemilihan kelengkapan memancing yang tepat. Sebagai contoh, set joran yang sepadan untuk menahan kuasa pecutan tenggiri. Tali pancing yang cukup panjang untuk dihela keluar oleh tenggiri dan perambut mata kail yang mampu menangkis ketajaman gigi tenggiri.

Kaji Elemen Ini Untuk Berjaya Mancing Tenggiri!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI