Salah satu teknik popular yang dimainkan di kawasan ini ialah teknik drifting. Teknik drifting ialah kaedah menghanyutkan umpan (tamban hidup) dengan batu hidup bersaiz kecil. Kegunaan batu ini adalah untuk memastikan umpan tidak berada terlalu atas dari permukaan air.
Ini kerana jika ia berada terlalu atas dari permukaan air, spesies pengacau seperti todak akan membahamnya terlebih dahulu. Melainkan kalau sememangnya ingin mencari todak maka ia merupakan teknik yang sememangnya perlu dilakukan.
Namun tujuan untuk drifting untuk memburu spesies bernilai tinggi seperti senangin dan juga tenggiri. Dikatakan, ada pemancing yang pernah menaikkan tenggiri berskala 10 kg.
Di sini, bot pancing tidak boleh melabuhkan sauh kerana keadaan dasar yang kurang sesuai kerana ia dikelilingi karang dan paip-paip yang agak bahaya untuk melabuhkan sauh.
Ads
Makanya, bahagian depan dan belakang bot perlu diikat pada tiang jeti untuk memastikan ianya tidak tersasar dari lubuk.
Kerja-kerja menambat bot pada tiang jeti ini sangat berisiko. Kerjasama antara pemancing dan tekong amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Untuk memancing di bawah jeti ini set heavy dan medium heavy adalah digalakkan untuk kaki pancing guna.
Ads
Set ringan amat tidak digalakkan kerana di sini pemancing perlu segera menarik ikan naik ke atas.
Dengan set ringan dikhuatiri ikan dengan mudah boleh membenamkan diri masuk ke karang-karang yang banyak terdapat di sini. Jadi potensi untuk berputih mata amatlah tinggi.
Ads
Set pancing yang disyorkan untuk pancing dasar:
Joran : Medium heavy @ heavy action
Kekili: Saiz 4000-8000
Tali utama: Tali sulam 30-50 lb
Perambut: 40-80 lb
Mata kail: Saiz 3/0, 4/0, 5/0
Batu ladung: Saiz 7-12
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Terdapat banyak kaedah menangkap ikan. Antara kaedah yang popular ialah dengan penggunaan jaring atau pukat, bubu dan peralatan memancing.
Selain dari teknik pancingan sedia ada menggunakan joran dan kekili, terdapat juga aktiviti memancing yang sekadar menggunakan tangan serta kaedah yang lebih mencabar dan tidak mampu dilakukan oleh pemancing biasa.
Hand Fishing
Menggagau ikan boleh dikatakan aktiviti tradisional bagi masyarakat kampung di negara kita. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang dianggap luar biasa.
Namun di luar negara, terutamanya di Amerika dan Eropah, menggagau diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem.
Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama hand fishing atau noodling. Sementara spesies sasaran biasanya dari keluarga catfish. Ia diaplikasi hanya dengan tangan kosong.
Namun saiz ikan catfish mereka bukanlah seperti saiz ikan keli di negara kita, sebaliknya ikan-ikan keli bersaiz monster.
Ia dianggap sebagai ekstrem kerana aktiviti ini tidak lari daripada risiko kecederaan tangan.
Extreme Kayak Fishing
Pancingan berkayak juga bukan suatu terma memancing yang asing di kalangan pemancing negara kita.
Walaupun ia masih dianggap baru, namun ia memiliki peminat yang tersendiri. Bezanya di luar negara, pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko.
Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara di luar kebiasaan untuk memancing.
Surfboard Fishing
Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat.
Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur.
Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya.
Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.
Yang pasti terma memancing seperti ini amat kecil peratusannya diikuti oleh pemancing tempatan.
Rock Fishing
Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Malah di negara kita juga ramai peminat pancingan tebing sebegini.
Namun, di beberapa negara seperti di Australia dan New Zealand, rock fishing ini lebih menjurus kepada pancingan di jurang berbatu.
Teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing tinggi berbatu. Risikonya memang jelas merbahaya dan benar-benar ekstrem.
Hempasan ombak pada tebing tinggi berbatu saja sudah mengecutkan jiwa apatah lagi ingin memancing.
Maka tidak hairan teknik pancingan luar biasa ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.
Spearfishing
Menombak ikan merupakan antara salah satu teknik merbahaya menangkap ikan. Ia bukan satu aktiviti yang baru malah kebanyakan anak-anak kampung membesar dengan aktiviti ini di sungai-sungai.
Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung?
Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara menangkap yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrem dan berisiko tinggi.
Bowfishing
Terma memanah ikan bukan yang asing jugak di negara kita. Namun tidaklah terlalu ekstrem sebagai mana yang dilakukan di luar negeri.
Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana.
Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini.
Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.
Dalam perkongsian terdahulu, kami tertumpu di kawasan mengilat sotong mengabang atau eging di perairan pantai Timur. Ketika di sana kami membuat perancangan dan kajian lokasi berpotensi di bahagian pantai barat pula. Port Dickson menjadi kawasan pilihan untuk padang ujian mengilat sotong mengabang.
Ini kerana faktor air laut yang agak jernih, kawasan berbatu dan benteng pemecah ombak serta mudah dikunjungi. Namun begitu terdapat dua lokasi yang disenarai pendek oleh kami sebagai berpotensi untuk mengilat sotong mengabang iaitu di Tanjung Tuan dan benteng pemecah ombak PD Marina. Setelah tarikh percubaan untuk mengilat ditentukan, benteng pemecah ombak PD Marina menjadi pilihan utama kami.
Carta jadual pasang surut air laut di kawasan Port Dickson merekodkan air laut akan pasang penuh dengan ketinggian 3.5 meter pada pukul 8.30 pagi. Kami menjangkakan waktu kemuncak untuk mengilat sotong mengabang adalah pukul 8.45 pagi.
Kami Memulakan perjalanan dari Shah Alam seawal 7 pagi dan tiba di kawasan pemecah ombak PD Marina tepat pukul 8.45 pagi. Perjalanan sangat lancar lebih-lebih lagi melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Seremban-Port Dickson amat selesa.
Jalan masuk ke kawasan benteng pemecah ombak PD Marina ini melalui gerai makan Cowboy Palace. Jika mengunakan kereta sedikit kesukaran untuk destinasi yang dituju kerana jalan tanah merah berlopak dan becak sekiranya berlaku hujan.
Kami terpaksa menghabiskan sedikit masa untuk meredah kawasan ini mujurlah tayar kereta tidak terbenam dan tersangkut.
Apa yang kami perhatikan keadaan sekeliling benteng pemecah ombak di PD Marina amat berpotensi untuk aktiviti mengilat sotong mengabang mahu juga ikan. Kami tiba di benteng pemecah ombak pukul 9.30 pagi dan disambut awan mendung dan hujan lebat. Nasib menyebelahi kami hujan lebat berhenti selepas turun dalam tempoh 10 minit sahaja.
Apa yang menarik adalah ombak yang sangat lembut menghentam benteng pemecah. Ini satu petanda yang sangat baik walaupun ditimpa hujan lebat dan awan yang mendung. Peluang ini kami manfaat dengan beberapa balingan kami telah berjaya mendaratkan sotong mengabang.
Kami masih terus mencuba walaupun ketika itu arus laut sudah mula bergerak surut. Dua jam kami luangkan masa untuk mengilat sotong mengabang dan hasil yang didaratkan juga sangat menggembirakan.
Apatah lagi ia adalah percubaan kali pertama di kawasan ini. Ternyata kawasan pantai barat juga berpotensi untuk aktiviti eging sotong Mengabang. Dengan meluangkan masa membuat kajian lokasi-lokasi tertentu di pantai barat anda juga berupaya menemui lubuk-lubuk sotong mengabang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...