Umpan untuk spesies merah pucat paling top ialah ikan selayang untuk siang hari, sotong hidup di malam hari. Ini sesuai dengan diet ikan dari kawasan yang sama seolah makanan asasi bagi rutin diet hariannya.

 

Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan. Umpan boleh dicangkukkan seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan/sotong belum kena ais.

 

 

 

Paling tidak ia tidak terendam di dalam ais. Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang.

 

Yang penting pemancing perlu pastikan agar umpan tidak berbelit dengan tali utama tidak kira teknik apollo mahupun penggunaan tanduk. Menggunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.

 

Teknik apollo 3 hingga 5 mata kail diikat dengan perambut 60lb dengan perambut utama 100lb paling sesuai diamalkan untuk ikan merah berkelompok ini.

 

Jenis Umpan Terbaik Pancing Merah Pucat!!

 

Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing, jenis sama ada bermulut besar atau ikan berbadan besar mulut kecil. Merah pucat adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.

 

Jika saiz kurang sekilogram boleh dipadankan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2, jika saiz menjangkau 3 kg ke atas mata kail nombor 3/0 hingga 5/0.

 

Saya gemar menggunakan gabungan 2 mata kail, kecil no 1 di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang. Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari.

 

Jenis Umpan Terbaik Pancing Merah Pucat!!

 

Ia juga boleh dipancing berumpankan jig namun peratus sambarannya agak rendah. Bagi meningkatkan peratusan sambaran, kebanyakan pemancing meletak umpan tambahan pada mata kail jig seperti sotong atau udang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI