Besi juga sebenarnya berpotensi untuk dijadikan pemberat. Carilah besi-besi terbuang atau terpakai yang memiliki lubang dan berpermukaan tidak terlalu tajam. Perkara ini agak penting agar mudah digunakan dan tidak merosakkan tali pancing. Bahkan ramai juga pemancing menggunakan besi bar untuk menggantikan ladung timah di pancingan laut dalam. Cuma kelemahan besi, ia mudah berkarat jika digunakan di air masin. Untuk kegunaan jangka masa panjang, mungkin cat boleh membantu.
Custom Kaca
Ads
Pernah juga terdengar kaca diusulkan jadi pengganti timah. Isi padu kaca agak padat dan sisinya mudah dibentuk halus dan tidak melukai. Selain itu, kaca berbentuk cembung (bebola) tidak mudah pecah. Selain itu, dikatakan warnanya yang transparent dapat menarik perhatian ikan. Cuma pembentukkan agak rumit dan kos yang sedikit tinggi tetapi masih boleh dilakukan jika benar-benar mahu menggantikan timah.
Ads
Custom Batu
Batu adalah barang alami yang dianggap paling mesra lingkungan untuk dijadikan pengganti timah. Cuma batu agak sukar untuk ditebuk untuk membuat lubang. Dikatakan, beberapa pemancing menggunakan bungkusan plastik untuk menyambungkannya ke rangkaian pancing. Masalahnya, plastik itu sendiri adalah satu sumber pencemaran. Yang pasti batu adalah mesra alam. Mungkin anda mampu memikirkan cara-cara untuk menggunakan batu sebagai batu ladung.
Ads
Lain-lain Custom
Banyak barang lain yang boleh dijadikan pengganti timah sebagai pemberat pancing. Bancuhan simen dan pasir yang dikeraskan dalam acuan tertentu juga boleh dijadikan pemberat. Begitu juga dengan stainless steel. Stainless steel berbentuk bar merupakan pengganti timah yang paling ideal, kecuali harganya yang sekeras sifatnya juga. Dan yang paling popular digunakan sejak dahulu ialah spark plug.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan sememangnya subjek yang menarik untuk dibuat kajian. Tidak kiralah dari aspek taksonomi mahupun marfologi, banyak perkara yang boleh dibuat pengkelasan.
Justeru pelbagai kajian tentang ikan telah dilakukan dan pelbagai trivia dan fakta yang menarik telah dicatatkan. Namun kami senaraikan trivia yang cukup menarik tentang ikan.
➡ Trivia 1
Terdapat lebih daripada 25 000 spesies ikan telah dikenal pasti dan direkodkan. Dalam pada itu dijangkakan terdapat lebih 15 000 spesies ikan yang masih belum direkodkan.
Maknanya, kalau korang nak letak nama korang sebagai nama saintifik ikan yang belum direkodkan tu bolehlah berbuat demikian.
➡ Trivia 2
Ikan terkecil ialah Philippine goby atau dwarf pygmy goby (Pandaka pygmaea) yang hanya berukuran 1.1cm (saiz standard) dan betina dewasa mampu membesar sehingga 1.5 cm sahaja.
➡ Trivia 3
Spesies ikan terbanyak merupakan ikan air tawar sedangkan bumi hanya dilitupi oleh 0.01% air tawar. Dan ikan air tawar juga yang mudah terancam oleh kepupusan berbanding ikan air masin.
➡ Trivia 4
Ikan puyu atau climbing perch, merupakan spesies yang sangat kuat dan mampu bertahan tanpa air dalam jangka masa yang lama. Malah spesies ini mampu bergerak di daratan menggunakan sirip pektoralnya yang kuat.
➡ Trivia 5
Terdapat lebih banyak spesies ikan berbanding kombinasi jumlah spesies amfibia, reptilian, burung dan mamalia. Itulah kehebatan ikan dalam alam haiwan.
➡ Trivia 6
Ikan seperti jerung tidak memiliki komponen pelampung atau pundi renang (swin baldder) dalam badannya bagi memberikan kebolehan terapung dalam air.
Jadi mereka perlu berenang berterusan ataupun berhenti di dasar air.
➡ Trivia 7
Sesetengah ikan menggunakan gigi untuk mengeluarkan bunyi sementara sesetengah lagi ikan tidak bergigi menghasilkan bunyi menggunakan udara dalam komponen pelampung dalam badannya.
➡ Trivia 8
Menurut kajian saintifik, ikan telah wujud di bumi sejak lebih 450 juta tahun dahulu. Namun belum ditemui siapakah yang menemui spesies ikan pertama yang ditemui di dunia.
➡ Trivia 9
Garisan lateral pada badan ikan bertindak seperti radar dan membantu ikan mengesan laluan walaupun dalam keadaan air keruh. Selain itu ia turut mengesan getaran sekaligus menjadi radar untuk mengesan makanan.
“Kita pergi unjam satu lagi 3 batu dari sini,” ujar tekong memberi cadangan. Kami hanya mengangguk kepala sahaja.
Bila tiba di lokasi, apa yang kami lihat hanyalah 2 biji pelampung putih kecil dengan sebatang buluh kering di permukaan air. Biasanya unjam dipenuhi dengan beberapa biji pelampung dan semakin banyak pelampung bermakna gugusan unjam pun banyak. Namun kami terima apa yang ada sambil aktiviti mencari umpan hidup dipersiapkan sebaik sahaja sauh mencengkam dasar.
Ketika itu tiada tanda-tanda kehadiran belitong, namun usaha mendapatkan ikan hidup diteruskan. Anak ikan semakin galak menyambar mata apollo yang mungkin memberi makna tiada ikan predator berkeliaran. Sejam berlalu barulah kami ternampak percikan air berdekatan dengan dua biji pelampung kecil dan samar-samar terpandang ikan berwarna terang sedang mengejar anak ikan.
Apa yang perlu ditunggu lagi, anak ikan selayang dan selar hidup mula dihanyutkan ke belakang bot. Belitong pemangsa yang kadang-kadang pemalu pada peringkat permulaan. Sesetengah kes ia datang meninjau umpan dengan jelas di hadapan kami, mencium umpan kemudian ditinggalkan begitu sahaja.
Sejenak kemudian ia datang lagi berlegar di sekeliling umpan dan dengan tabiat sama, umpan disapa kemudian ditinggalkan sekali lagi. Bila masa ia datang kembali dalam jumlah melebihi sekor, kumpulan belitong akan melewati umpan hidup kemudian berpaling dan terus menerkam umpan berkenaan.
Sebab itu hidangan dengan ikan hidup dapat membuka selera belitong dengan cepat, umpan jarang-jarang ditolaknya lebih-lebih lagi ia berkumpulan.
Bila masa ia rakus, begitu cepat umpan dijamah tanpa menolak lagi. Sekelip mata kekili berdesing, tali keluar dengan laju sekali, sehingga mengejutkan pemancing yang terleka mahupun terlena menunggu sentapannya.
Buat yang pertama kali merasai rempitan belitong akan mudah kehilangan ikan. Belitong walaupun rakus ia tetap culas mengenai umpan yang cuba dikeluarkan dari mulutnya. Pada peringkat permulaan, belitong sebenarnya hanya menggonggong seketika umpan (belum ditelan lagi) semasa membuat pecutan.
Bila masa umpan ditelan dan masa yang sama ia merasai ada kekangan larian dikenakan ke atasnya masa inilah belitong akan membuat loncatan di permukaan buat kali pertama. Inilah masa yang sesuai untuk mengetatkan sistem tegangan kekili sambil membalas joran bagi meningkatkan kadar hook up.
Banyak kes hilang ikan apabila pemancing terlalu cepat dan gopoh ketika larian peringkat permulaan oleh belitong. Gopoh, mungkin juga dalam situasi terkejut dan belum pengalaman sepenuhnya mengenai ‘peel’ belitong adalah lumrah kali itulah sejarah tarikan belitong yang buat pertama kali dalam hidupnya. Sebab itu penulis gemar mengikuti trip dengan ahli yang baru dan kurang pengalaman.
Masa terbaik melihat gelagat pemancing. Malah di kala rasa pening dan muntah tapi tangan masih menggenggam joran. Semangat begitu pejal tanpa mempedulikan perasaan pening dan muntah akibat mabuk laut. Sikap yang boleh dipuji kerana pemancing ini tidak mengalah kepada persekitaran, memancing tetap diteruskan.
Nasib selalunya dipihak pemancing kerana belitong bukanlah spesies yang cepat serik, mana mungkin pemangsa lupakan mangsa yang terhidang. Rabut satu, kejap lagi yang lain pula datang menghambat umpan. Bila serangan belitong bertali arus. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh ahli trip.
Masing-masing akan mengambil giliran menghulur umpan ikan selayang hidup menghanyut di belakang bot. Lepas satu demi satu dapat merasai keperitan menahan asakan belitong. Peringkat permulaan masing-masing berebut untuk hulurkan umpan, lama kelamaan tenaga semakin berkurang, dan kini masing-masing menolak apabila joran yang mengena belitong cuba dihulurkan kepada mereka.
Ia tidak boleh berterusan, dapat dan layan kemudian berehat melegakan sengal otot dan tulang sebelum menyambung kembali. Bila dah mahir dari joran aksi menengah, joran aksi ringan pula dicubanya. Nak merasai pertarungan yang lebih mencabar lagi. Janji dapat layan dengan lebih lama apabila semakin kecil saiz tali dan joran yang digunakan.
Bila hari menggamit senja kelibat belitong turut tenggelam. Umpan ikan selayang hidup tidak lagi dijamahnya. Ini memaksa kami mencari kepuasan yang lain pula. Tekong kemudiannya mencadangkan agar bergerak selepas beliau menyiapkan masakan malam kami. Sebab itu ada juga yang memilih untuk beradu di suasana yang nyaman tanpa mempedulikan lagi sebarang aktiviti memancing yang berlaku di birai bot.
Apa yang terlintas di kepala apabila bercakap tentang mabuk laut. Saya percaya dua perkara akan muncul dengan segera iaitu muntah dan petua.
Apa yang hendak kita bicarakan di sini bukanlah soal muntah tetapi petua. Dan berikut adalah petua bagi mengelak kejadian mabuk laut yang didedahkan sendiri pemancing.
💡 YARES YUNUS (100% berkesan)
➡ Tidurlah secukupnya sebelum keesokan hari nak pergi memancing. 3 jam pun tak apa dah. Janji nyenyak. Yang boleh tidur tu nasib la… telan ubat batuk kalau terpaksa.
➡ Sebolehnya buanglah air Besar dahulu. Buatlah macam mana pun janji ‘isi-isi yang kelmarin punya’ kita keluarkan dari sistem badan.
Sebab isi-isi yang kelmarin punya akan menjadi gas dalam badan.
➡ Kemudian wajib isi semula yakni makanlah makanan yang hangpa suka. Nasi ka… cucuq canai ka… kuih-muih ka… janji hampa kenyang dan agak padat dari perut yang kosong tadi.
➡ Sesudah itu ada dua pilihan sama ada nak telan ubat mabuk sebiji atau tak mau makan langsung terpulang pada hangpa.
Sebab kesan makan ubat mabuk kerap tak bagus sebenarnya… sebab akan ganggu sistem buah pinggang.
➡ Semasa dalam bot apatah lagi setelah bot berhenti di tengah lautan, janganlah sesekali mata terlalu fokus objek yang dekat atau terlalu melihat ke bawah.
Perkara ini boleh menyebabkan hangpa merasa pening. Jadi, kalau nak ikat perambut tu better buat siap-siaplah kat rumah… kecuali yang dah jadi pemancing kebangsaan… depa pro lain la.
➡ Jangan duduk diam macam tokong sayoq semasa memancing. Kalau boleh bawak-bawak la bersembang dengan rakan (mengelak stress… kalau stress boleh mabuk gak), melawak la apa-apa yang patut dan jangan menyanyi.
Sebabnya ada dua. Satu, perut mudah masuk angin. Kedua, suara tak sedap… kawan-kawan menyampah dengaq… hingaq. Tekong pun tak suka.
➡ Sebolehnya pakailah seluar yang boleh pasang tali pinggang. Sebabnya kita boleh ketatkan sedikit kat perut tu supaya tiada ruang-ruang dalam isi perut tadi berkocak-kocak.
Dari berkocak-kocak isi perut tu maka akan menghasilkan gas-gas dalam perut… tu yang rasa nak muntah.
➡ Jangan sesekali tidur terlentang apabila rasa mabuk pening-pening peringkat awal. Cukuplah sekadar bersandar pada tiang bot atau dinding bot yang teduh dari panas.
Sebabnya kalau tidur terlentang maka ruang-ruang perut menjadi luas dan ini akan memberi peluang kepada isi-isi perut untuk berkocak. Bila isi perut berkocak maka gas-gas akan terhasil.
💡 ALAN BEEPEE
➡ Sedikit tips dari aku sebelum turun jigging jangan makan makanan berminyak dan susu. Makan pil tahan mabuk 1 atau 2 biji setengah jam awal sebelum naik bot.
Dan berharaplah supaya tak mabuk.
💡 PAYED ASYRAF
➡ Nak share cara yang boleh nak elak mabuk. Pakai ear plug dalam salah satu telinga. Telinga tempat balance point dalam badan kita.
So far tak mabuk lagi tapi dah sampai darat, buang je ear plug tu… berpusing kepala pening.
💡 NAZLEEY KAMARUDIN
➡ Semua kita sama je… hanya manusia biasa yang lemah. Tak lepas dari mabuk laut… cuma dia serang kuat tak kuat je. Walau dah turun ke laut berkali-kali… mabuk pasti akan datang.
Cara saya, masa tu dalam hati berdoa… ‘Ya Allah, kurangkanlah dugaan ini’ sambil ambil seceduk air beralaskan tapak tangan, sapu ke muka.
InsyaAllah ok… biar kita rasa kita kecik. Allah akan tolong… tapi kalau tidur tak cukup… berbuai juga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...