Kita tidak perlu membelek buku jadual pasang surut setiap kali hendak pergi memancing atau menebing, bagi mengenal pasti waktu yang sesuai.

Apa yang perlu kita hafal ialah satu formula yang berkait rapat dengan hari bulan dalam kalendar hijrah dan pengaruh pasang surut pada hari tersebut.

(Semua tarikh ini adalah bagi bulan Hijrah)

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

1 & 16

 

Air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8.00 malam. Air surut lebih kurang pukul 11.00 pagi. Keadaan air yang penuh dan laju membuatkan pemancingan agak sukar. Ikan-ikan besar makan umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8.00 malam air mula naik tinggi.

 

2 & 17

 

Air masih besar dan penuh. Air mula surut pada pukul 8.00 lebih. Betul-betul surut atau surut penuh lebih kurang pada pukul 11.00 pagi. Ikan-ikan besar mula aktif pada pukul 8.00 malam lebih dan juga pada awal pagi.

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

3 & 18

 

Air masih besar tetapi mula menurun kecil. Air lambat untuk pasang penuh dan surut pada 12.00 tengah hari. Ikan aktif lebih lewat iaitu sekitar pukul 8.30 hingga 9.00 malam.

 

IKLAN

4 & 19

 

Air makin kecil tetapi masih berarus laju. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar elok dipancing pada waktu malam iaitu lebih kurang pukul 9.00 malam ke atas.

 

5 & 20

 

Air makin kecil tetapi masih berarus. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar elok dipancing pada waktu malam iaitu lebih kurang pukul 10.00 malam dan ke atas.

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

6 & 21

 

Air makin kecil dan arus juga makin perlahan. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar makin tipis untuk dipancing. Peluang untuk mendapatkan pari atau senangin masih ada tetapi peluang untuk jenahak semakin sukar.

 

IKLAN

7/8/9 & 22/23/24

 

Air dah mula mati (pasang mati) atau tak ada arus langsung. Ikan-ikan kecil cukup banyak seperti gelama, kunyit, dan lain-lain lagi. Peluang untuk kena ikan besar amat tipis dan atas rezeki masing-masing kalau nak kena pun. Pada waktu ini memang sesuai sangat untuk menebing di kawasan muara.

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

10 & 25

 

Air mula bergerak dan berarus. Ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi. Pakai umpan hidup seperti udang hidup

 

11 & 26

 

Air mula bergerak laju. Ikan juga sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.

IKLAN

 

12 & 27

 

Air bergerak lebih laju dari hari sebelumnya. Ikan juga masih aktif dan galak memburu makanan. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar masih sesuai pada awal pagi. Air mula bergerak surut pada lewat petang.

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

13 & 27

 

Air semakin laju dan pasang besar. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi. Air mula surut pada lewat petang.

 

14 & 28

 

Air semakin laju dan pasang besar. Air pasang penuh awal petang. Waktu target ikan besar juga pada awal pagi. Air mula surut lewat petang dan awal pagi. Ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja.

 

Jadual Waktu Memancing Berdasarkan Pasang Surut Air Laut

 

15, 29 & 30

 

Air semakin laju dan pasang besar.air pasang penuh hampir senja. Kalau anda target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam sedikit. Air mula surut petang dan awal pagi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI